• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah

Assalamualaikum Dan Selamat Malam,

Hai reader semua,


29 Oktober 2017, Ahad jam 2:00 petang, Bertempat Kinokuniya Bookstore, kLCC Bonde dapat jemputan dari #AABC members.

Bersedia untuk terbang tinggi dengan Tan Sri Tony Fernandes kerana dia akan melancarkan memori beliau, Terbang Tinggi.


FLYING HIGH, MY STORY FROM AIRASIA TO QPR - TONY FERNANDES


FLYING HIGH, MY STORY FROM AIRASIA TO QPR - TONY FERNANDES


Buku Autobiografi menonjolkan pemimpin perniagaan yang luar biasa - lelaki yang mencipta syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia, pendemokrasian perjalanan udara di Asia dan bangunan AirAsia menjadi sebuah syarikat multi-bilion dolar dalam proses.

Menjadi ilham oleh cerita dan bertemu wira perniagaan sendiri pada majlis menandatangani buku eksklusif.


Yang menariknya.....

Jika Anda membeli Buku Autobiografi ini anda berpeluang untuk memenangi sepasang penerbangan dan 3 malam di Hawaii!


FLYING HIGH


FLYING HIGH, MY STORY FROM AIRASIA TO QPR - TONY FERNANDES

Harga Buku Autobiografi ini adalah RM 86.95


FLYING HIGH, MY STORY FROM AIRASIA TO QPR - TONY FERNANDES

Ketika Bonde sampai di Kinokuniya Bookstore KLCC apa yang Bonde nampak adalah telah ramai yang beratur untuk mendapatkan tandatangan dari Tan Sri Tony Fernandes.

Ramai yang beratur dengan sabar sekali menunggu giliran.

FLYING HIGH, MY STORY FROM AIRASIA TO QPR - TONY FERNANDES

FLYING HIGH, MY STORY FROM AIRASIA TO QPR - TONY FERNANDES

FLYING HIGH, MY STORY FROM AIRASIA TO QPR - TONY FERNANDES

Sesi tandatangan buku sehingga jam 4.00 petang. Tan Sri Tony Fernandes sedia untuk tandatangani buku anda.

FLYING HIGH, MY STORY FROM AIRASIA TO QPR - TONY FERNANDES

FLYING HIGH, MY STORY FROM AIRASIA TO QPR - TONY FERNANDES

FLYING HIGH, MY STORY FROM AIRASIA TO QPR - TONY FERNANDES

FLYING HIGH, MY STORY FROM AIRASIA TO QPR - TONY FERNANDES

FLYING HIGH, MY STORY FROM AIRASIA TO QPR - TONY FERNANDES

Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Tony Fernandes diatas terbitan Buku Autobiografi ini.  Bonde tumpang bangga dengan kejayaan ini.

Bagi anda yang nak baca Buku ini Boleh dapatkan di Konikuniya Bookstore KLCC.

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Petang.

Hai reader semua,

Siapa peminat Neelofa dan Alif Satar angkat tangan, Anda layan tak drama Red Velvet, Drama adaptasi dari novel Acik Lana.  Bonde memang peminat tegar novelis Acik Lana.  Semua novel Acik Lana memang ada dalam koleksi Bonde kecuali PYPAC yang tu dapat baca sahaja pinjam dari kawan dalam group FB Acik Lana.  Novel tu limited tau! 

Kali ni, Novel Red Velvet pula diadaptasi ke drama.  Yeayyy sedikit sebanyak dapat jugalah bayangan Haleena dan Izzat wujud di alam nyata.

NOVEL RED VELVET KARYA ACIK LANA 


Novel Red Velvet karya Acik Lana yang akan ditayangkan menerusi slot MegaDrama di Astro Ria. Bakal menampilkan gandingan Alif Satar dan Neelofa. Turut membintangi Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nadya Syahera, Alif Hadi dan ramai lagi. 

Drama sebanyak 20 episod arahan Hadith Omar. Akan menemui penonton bermula 23 Oktober ini setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

JUDUL : RED VELVET 

EPISOD : 20 episod

TARIKH TAYANGAN : 23 Oktober

HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam

SIARAN : MegaDrama (Astro Ria 104 & Ria HD 123)

PENGARAH : Hadith Omar

TERBITAN : Cube Film sdn bhd

PELAKON : Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Sharifah Shahora, Alif Hadi, Hani Nazrina, Nasz Sally, Qara Lyana, Nadya Syahera, Fatin Afeefa

WATAK PELAKON 

Alif Satar sebagai Izzat

Neelofa sebagai Helena

Hafidz Roshdi sebagai Fareeq

Amira Othman sebagai Suhaila

Nina Nadira sebagai Izzati

Sharifah Shahora sebagai Faizah

Alif Hadi sebagai Daniyal

Hani Nazrina sebagai Aida

Nasz Sally sebagai Kuza

Qara Lyana sebagai Zuhira

Fatin Afeefa sebagai Sophie

Nadya Syahera sebagai Biha

sumber info : myinfotaip.com

Sinopsis Novel Red Velvet :

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati.


Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?



“Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, Tak berharta seperti putera raja, Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.”


NOVEL RED VELVET KARYA ACIK LANA


Haleena Dan Izzat

NOVEL RED VELVET KARYA ACIK LANA , NEELOFA, ALIF SATAR,

Neelofa sebagai Helena

NOVEL RED VELVET KARYA ACIK LANA , NEELOFA, ALIF SATAR,

Alif Satar sebagai Izzat

NOVEL RED VELVET KARYA ACIK LANA , NEELOFA, ALIF SATAR,

Haleena Dan Izzat

NOVEL RED VELVET KARYA ACIK LANA , NEELOFA, ALIF SATAR,

Haleena Dan Izzat

NOVEL RED VELVET KARYA ACIK LANA , NEELOFA, ALIF SATAR,

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN

 LIRIK LAGU  SESUNGGUHNYA AKU 

OST RED VELVET - ALIF SATAR

LIRIK LAGU  SESUNGGUHNYA AKU  OST RED VELVET - ALIF SATAR


Apa ku rasa tak pernah ku duga
Hadir dirimu merubah semua
Dan tanpa ku sedari kau mengajar diriku
Membawa hidup erti baru

Sesungguhnya aku...Telah jatuh pada dirimu
Sesungguhnya aku...Cintai hanya dirimu
Kerna Sesungguhnya Ku sedari Kau lengkapi diriku
Sesungguhnya aku...Mencintai dirimu
Sesungguhnya

Siapakah aku didalam hatimu
Harus ku tahu kerna aku rindu
Dan tanpa ku sedari kau mengajar diriku
Membawa hidup erti baru

Sesungguhnya aku...Telah jatuh pada dirimu
Sesungguhnya aku...Cintai hanya dirimu
Kerna Sesungguhnya Ku sedari Kau lengkapi diriku
Sesungguhnya aku...Mencintai dirimu
Sesungguhnya...Kaulah yang terbaik yang pernah diriku miliki
Kan kuberikan sepenuh jiwa hanya untuk dirimu

Sesungguhnya aku telah jatuh pada dirimu
Sesungguhnya aku mencintai hanya dirimu
Kerna sesungguhnya ku sedari kau lengkapi diriku

Sesungguhnya aku mencintai dirimu sesungguhnya
Sesungguhnya...


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan selamat petang...

Hai reader semua,

Bonde pertama kali datang Kulai, pertama kali juga beberlanja di SUPER COWBOY kedai Memborong Dan Menjual Barangan Keperluan Harian.  Macam-macam keperluan ada dijual disini.  Dari tak nak beli apa-apa terbeli jugalah he he he.

Baru Bonde tahu SUPER COWBOY ni ada banyak cawangan di Malaysia seperti dibawah ni:

Cawangan Termeloh

Cawangan Kuantan

Cawangan Kulai

Cawangan Batu Pahat

Cawangan Melaka

GILER SHOPPING GADJET DAPUR  DEKAT COWBOY KULAI JOHOR


Kali pertama, masuk SUPER COWBOY hanya beli bekalan makanan dan juga barang keperluan yang tertinggal dekat rumah, maklumlah packing barang last minit.. macam tulah jadinya.. Maklumlah bilik yang kami sewa ni dekat sangat dengan SUPER COWBOY tu jadi boleh pergi banyak kali.  

Kali kedua masuk SUPER COWBOY inilah hasil tangkapan... Beli Gadjet untuk dapur.


1. Fry Pan.

Bonde beli Fry Pan ni... sebab tengok kualitinya bagus dan tebal pula tu.  Bonde suka masak gulai atau masakan berkuah dalam kuali sahaja.  Lepas masak nanti pindahkan dalam periuk.  Suka macam tu.  Jadi tak salah kalau beli fry Pan ni gantikan kuali yang sedia ada yang dah berumur 15 tahun.

Harga RM 32.00


2. Tapis Kelapa


Ini beli sebab nak gantikan yang ada dekat rumah tu.  Hari tu beli yang murah dah tergoyang-yang.  Ni ambik yang saiz besar sekali.

Harga RM 4.90


3. Papan Landas 


Bonde beli sebab dekat rumah punya Papan Landas jenis plastik dah berusia 15 tahun, beli sejak berumah tangga.  Rasanya perlu diganti dan nak dijadikan cerita baru-baru ni terjatuh. pecah pula.

Yang jenis kayu ni berat dan nampak kukuh.

Harga RM 12.50


4. Pisau


Pisau ni beli sebab nampak menarik rekabentuknya dan juga hobi Bonde memang suka collect Pisau.  Ada pelbagai jenis pisau dekat rumah.  Yang sedap selalu guna untuk masak.

Harga RM 3.95


p/s list harga tu bonde letak jer tau.. sebab dah hilang resit belian hari tu. kalau jumpa nanti Bonde update. Harga lebih kurang yang diletakkan sahaja.

Kalau berminat nak cari barang-barang macam Bonde beli bolehlah cari dekat :

Super Cowboy
Lot 1566, Batu 20, Jalan Kulai - Air Hitam, 81000 Kulai, Johor


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
4 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...


Hai reader semua,

Apa khabar anda semua,

Bonde nak sharekan kepada anda semua masa Bonde ke Johor bulan lepas Bonde sempat JJCM Asam Pedas Sedap dekat  Kulai, Johor.

Kedai makan ini berdekatan dengan Pasaraya Cowboy iaitu Medan Arked Mara.  Kedai Makanan Ezool ini yang kawan kami rekemenkan.  Katanya asam pedas dia memang sedap. Bonde memang pantang dengar makanan yang sedap-sedap mesti nak cuba!

ASAM PEDAS SEDAP DEKAT KULAI JOHOR



ASAM PEDAS CLAYPOT EZOOL


Ada pelbagai menu asam pedas yang disediakan. seperti dibawah :

Ikan : 

Pari, Kaci, Merah, Selar, Bawal, Mayung, Siakap, Kembung, Cencaru dan Sembilang.

Seafood :
Lala, Kepah, Ketam, Kupang, Siput Sedut

Lain-lain :
Tetel, Puyuh, Ayam, Sardin, Gearbox, Ekor Lembu


Telur :
Telur Sotong, Telur Mayong dan Telur Tenggiri.



Wahhh... Kami pon tak sabar nak cuba.. tengok menu pun dah kecur air liur.. Jom tengok apa yang sempat kami cuba untuk makan tengahari ini.



Asam Pedas Ayam



Asam Pedas Ikan Kembung



Asam Pedas Telur Mayong

Asam Pedas Ikan Pari

Set Nasi

Asam Pedas memang sedap makan dengan nasi, yang menariknya, kalau kita order set asam pedas ni, Dapat free air sirap dan free nasi tambah. Boleh makan sampai kenyang betul tak? 

Sayur Goreng

Untuk anda yang ingin merasai kesedapan asam pedas dan nak JJCM ke :

Boleh follow FB Page : ASAM PEDAS CLAYPOT EZOOL




 Call nombor di bawah untuk rujukan atau sebarang tempahan.



~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
6 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan Selamat Petang..

Hai reader semua,

Apa khabar,

Emmm lama Bonde tak update blog yea.. Maaflah beberapa hari kebelakang Bonde ada menguruskan game bowling PBT di Pulau Pinang anjuran MBPP.  Agak sebok jugalah menguruskan perlawanan bowling itu.  Itu cerita minggu lepas, untuk minggu ini Bonde ada exam PSL N29 yang tarikhnya telah dipinda dari 15 Ogos yang sepatutnya,

Biasalah untuk menduduki exam bukan setakat ada bahan rujukan dan maklumat sahaja, perlu ada persediaan dari segi mental dan fizikal juga.  Kesihatan penting.  Kalau tak sihat macam mana nak duduk exam betul tak?

Masa exam hari tu Bonde nampak ada dikalangan rakan-rakan yang tidak alert dengan bahan rujukan yang diperlukan.  Dekat sini Bonde Kongsikan bahan rujukkan yang diperlukan untuk anda baca dan bawa masa exam nanti.  Memang tidak dinafikan kalau tak cari memang tak boleh nak jawab nanti.  Jadi persediaan awal bagi anda yang ingin menduduki Peperiksaan PSL N 29 pada tahun hadapan bolehlah cari bahan-bahan dan tag dimana yang perlu dan tag tu penting supaya senang nak jumpa. masa selak-selak nanti.


SUKATAN PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29MELALUI PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)


1.Tarikh Sukatan Peperiksaan Khas Dikuatkuasakan Oleh Jabatan Perkhidmatan Awam:1 Januari 2016

2. Matlamat Sukatan:

i. Untuk mengukur kesesuaian seseorang pegawai dari segi potensinya untuk menjawat jawatan dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29; dan

ii. Untuk menguji kemahiran seseorang pegawai berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan dalam tugas-tugas harian.

3.Tujuan Peperiksaan:

Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 melalui urusan peningkatan secara lantikan.

4. Pegawai Yang Layak Menduduki Peperiksaan :

Pegawai-pegawai yang TELAH DISAHKAN dalam perkhidmatan daripada skim-skim perkhidmatan yang berikut:

i. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19, N22, N26 atau N28;

ii. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 atau N22;

iii. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19, W22, W26 atau W28;

iv. Pemeriksa Cap Jari Gred N19, N22, N26 atau N28; dan

v. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19, N22, N26 atau N28.

5.Sukatan Peperiksaan :

BAHAGIAN I – PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM, PERINTAH-PERINTAH AM, ARAHAN PERBENDAHARAAN, 1PEKELILING PERBENDAHARAAN DAN TATACARA PENGURUSAN STOR KERAJAAN



A. Peraturan-peraturan Pegawai Awam dan Perintah-perintah Am

i. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]

ii. Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A) 75/2010]

iii. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]

iv. Bab B – Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan

v. Bab C – Cuti

vi. Bab E – Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan

vii. Bab F – Perubatan

viii. Bab G – Waktu Bekerja dan Lebih Masa

B. Arahan Perbendaharaan dan 1Pekeliling Perbendaharaan

C. 1Pekeliling Perbendaharaan – Bidang AM (Pengurusan Aset) Topik 6: Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan

D. Pekeliling Perkhidmatan/ Surat Pekeliling Perkhidmatan.
Calon-calon dikehendaki menjawab LIMA (5) soalan daripada lapan (8) soalan yang disediakan.

Soalan : 8 jawab 5 (Esei)
Masa : 3 jam
Calon-calon hanya dibenarkan merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkenaan sahaja semasa peperiksaan.

BAHAGIAN II – PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT, ARAHAN KESELAMATAN, PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM DAN PANDUAN BERKAITAN SERTA PERHUBUNGAN AWAM


A. Panduan Pengurusan Pejabat (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007)

i. Pengurusan Am Pejabat

ii. Pentadbiran Sumber Manusia

iii. Keperibadian dan Ketrampilan

iv. Urusan Surat Kerajaan

v. Pengurusan Fail

vi. Penyelenggaraan, Pemeliharaan dan Pelupusan Rekod Awam

B. Arahan Keselamatan

i. Pendahuluan, Ancaman dan Tanggungjawab

ii. Keselamatan Fizikal

iii. Keselamatan Dokumen

iv. Keselamatan Peribadi

C. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dan Panduan Berkaitan

i. PKPA Bil. 2/1991 – Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan

ii. PKPA Bil. 4/1991 – Garis Panduan Mengenai Strategi-strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

iii. PKPA Bil. 6/1991 – Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam

iv. PKPA Bil. 8/1991 – Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja

v. PKPA Bil. 1/1992 – Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam

vi. PKPA Bil. 1/2003 – Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan

vii. PKPA Bil. 1/2008 – Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan

viii. PKPA Bil. 2/2008 – Panduan Menambah Baik Penyampaian Perkhidmatan Menerusi Penggunaan Kiosk Di Agensi-agensi Kerajaan

ix. PKPA Bil. 3/2008 – Panduan Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Menerusi Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)

x. PKPA Bil. 1/2009 – Penambahbaikan Proses Pengurusan Aduan Awam

xi. Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) - November 2009

xii. PKPA Bil. 1/2006 – Pelaksanaan Hari Inovasi dan Usaha-Usaha Meningkatkan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam

xiii. CTI-PCI dan ETOS

D. Perhubungan Awam Komunikasi Berkesan

i. Komunikasi Berkesan

ii. Penyeliaan Berkesan

iii. Protokol dan Etiket

Calon-calon dikehendaki menjawab LIMA (5) soalan daripada lapan (8) soalan yang disediakan.

Soalan : 8 jawab 5 (Esei)
Masa : 3 jam

Calon-calon hanya dibenarkan merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkenaan sahaja semasa peperiksaan.

BAHAGIAN III – UNDANG-UNDANG UMUM


i. Perlembagaan Persekutuan Bahagian III, IV, V, VI dan VIII

ii. Akta Pencen 1980

iii. Peraturan-peraturan Pencen 1980

iv. Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991

v. Peraturan-peraturan dan Kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991

vi. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

Calon-calon dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan daripada enam (6) soalan yang disediakan.

Soalan : 6 jawab 4 (Esei)
Masa : 2 jam

Calon-calon hanya dibenarkan merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkenaan sahaja semasa peperiksaan.

6.Keputusan: Lulus / Gagal

7.Markah Lulus: 80%

8.Pemeriksa Akan DilantiK Oleh:

Panel Peperiksaan,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

9.Bahasa (Soalan dan Jawapan): Bahasa Melayu.

10.Kaedah Permohonan:

Secara dalam talian di laman sesawang:
www.kompetensi.jpa.gov.my

11.Pusat Peperiksaan Akan Ditetapkan Oleh :

Urus Setia Peperiksaan,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

12. Kekerapan Peperiksaan:Sekali setahun.

13. Tarikh Akhir Mengemukakan Permohonan: Enam belas (16) minggu sebelum tarikh peperiksaan.

Selamat mencuba dan Good luck.




~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai reader semua,

Sebelum ni, Bonde ada share dengan anda semua, tentang satu Laman Web best di entri printcious  yang memudahkan anda untuk create hadiah dengan hasil citarasa anda sendiri.

Berita paling gembira.... adalah...jeng jeng jeng yeayyyy Bonde sudah berjaya mencipta pillow cushions sendiri.

Masa Bonde design dekat web printcious pon tak mengambil masa yang lama sebab ia sangat mudah dilakukan. try and eror sahaja semua telah tersedia. Memang betul-betul senang. Semua keperluan ada seperti yang telah diceritakan dalam entri sebelum ini.

Semua penghantar dari Printcious adalah menggunakan perkhidmatan Ninja Van.  Terima kasih Abam Ninja hantar pillow cushions Bonde dengan selamat sekali.


Sebab apa Bonde kata Pillow Cushions ni best?


I LOVE THIS PILLOW CUSHIONS BECAUSE 
I CREATED MYSELF AT PRINTCIOUS

Pertama,

Bonde sangat puas hati dengan produk dari Printcious ni, sebab apa? Bonde bagi tahu anda semua... Pillow cushions ni dapat seperti mana yang Bonde design. warna pink yang Bonde nak betul, gambar dan tulisan yang Bonde design betul sama, gambar dan tulisan juga jelas. 

Lepas tu.... Pillow cushions ni sangat gebu dan lembut sedap kalau letak kepala  atas tu selesa sangat,  Sedap juga buat peluk-peluk sambil tengok tv kat rumah guling-guling atas karpet sambil-sambil mood fefeling happy layan drama tu kan... (hak hak hak)



Kedua,

Boleh juga letak dalam kereta untuk kegunaan masa jalan jauh.

- Buat alas pinggang (agar pinggang lengguh).

- Buat alas tengkuk (bagi yang cepat letih tu) bolehlah berhenti tepi buat tido dulu, bagi segar boleh teruskan perjalanan.

- Buat alas perut kalau mengandung dulu Bonde siap beli pillow buat alas perut... maklumlah nak jaga kandungan bukan senang jadi kita kena ambik tindakan berhati-hati.

- Buat alas punggung (bagi yang cepat kebas maklum perjalanan jauh)

- Pillow ni memang cantik dibuat sebagai perhiasan.. tapi boleh diolah untuk keperluan lain. seperti Bonde nyatakan!


Ketiga,

Sarung cushions boleh buka untuk anda basuh jika telah kotor.. ada zip yang memudahkan untuk anda buka dan tutup.  Kainnye juga cepat kering.



Tadaaaaaaa.....
  

Jangan berlenggah-lenggah lagi....

CIPTA SENDIRI HADIAH DI PRINTCIOUS HARI INI

Untuk anda yang ingin memiliki pillow cushions seperti Bonde atau nak buat hadiah untuk seseorang.  cepat-cepat ke laman web printcious untuk rebut peluang dapatkan diskaun untuk kali pertama mendaftar.

We promise 100% satisfaction. If you don't absolutely love it, we'll take it back! - Printcious

70 % DISKAUN UNTUK #MYCYBERSALE2017


Sempena MyCyberSale2017 Printcious mengadakan promosi sebanyak 70% diskaun.

Apa tunggu lagi jom ke laman web printscious dan cipta hadiah untuk mereka yang tersayang,


Nah anda tengok lah harga-harga selepas Mycybersale wahhhh murah giler... cepat rebut peluang kerana hari ini adalah hari terakhir untuk Mycybersale2017


Kali ini,

Bonde nak design pillow cushions bentuk love... ok nanti Bonde sambung yea... nak pi design kejap.. he he he




Untuk maklumat lanjut mengenai Printcious, Anda boleh klik semua media sosial dibawah ni :

Website : https://www.printcious.com/my

Facebook : https://www.facebook.com/printcious

Instagram : https://www.instagram.com/printcious/

Twitter : http://twitter.com/printcious

YouTube : youtube.com/printcious

Email : ask@printcious.com

Hp : 0193232502

Alamat : 

No. 30, Ground Floor, Jalan Tiara 4,
Bandar Baru Klang, 41150 Klang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
10 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Popular Posts

  • 4 Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju
  • Kebaikan Dan Manfaat Premium Shine Bird's Nest
  • Carian Dalam Talian Di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32 % Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina
  • Kadar Bayaran Pengasuh 2018
  • Naturecare daripada Tupperware
  • Pengalaman Indah Di Kids Zania
  • Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com
  • 27 Disember Birthday Fatin... Request Nak Makan Steak
  • 100 Blog Pilihan 2018 HASRULHASSAN.COM
  • TEMA GLAMOROUS NIGHT DI MLM APC 2017

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

Followers

Subscribe

Created with by ThemeXpose