NOVEL RED VELVET KARYA ACIK LANA



Assalamualaikum Dan Selamat Petang.

Hai reader semua,

Siapa peminat Neelofa dan Alif Satar angkat tangan, Anda layan tak drama Red Velvet, Drama adaptasi dari novel Acik Lana.  Bonde memang peminat tegar novelis Acik Lana.  Semua novel Acik Lana memang ada dalam koleksi Bonde kecuali PYPAC yang tu dapat baca sahaja pinjam dari kawan dalam group FB Acik Lana.  Novel tu limited tau! 

Kali ni, Novel Red Velvet pula diadaptasi ke drama.  Yeayyy sedikit sebanyak dapat jugalah bayangan Haleena dan Izzat wujud di alam nyata.

NOVEL RED VELVET KARYA ACIK LANA 


Novel Red Velvet karya Acik Lana yang akan ditayangkan menerusi slot MegaDrama di Astro Ria. Bakal menampilkan gandingan Alif Satar dan Neelofa. Turut membintangi Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nadya Syahera, Alif Hadi dan ramai lagi. 

Drama sebanyak 20 episod arahan Hadith Omar. Akan menemui penonton bermula 23 Oktober ini setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

JUDUL : RED VELVET 

EPISOD : 20 episod

TARIKH TAYANGAN : 23 Oktober

HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam

SIARAN : MegaDrama (Astro Ria 104 & Ria HD 123)

PENGARAH : Hadith Omar

TERBITAN : Cube Film sdn bhd

PELAKON : Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Sharifah Shahora, Alif Hadi, Hani Nazrina, Nasz Sally, Qara Lyana, Nadya Syahera, Fatin Afeefa

WATAK PELAKON 

Alif Satar sebagai Izzat

Neelofa sebagai Helena

Hafidz Roshdi sebagai Fareeq

Amira Othman sebagai Suhaila

Nina Nadira sebagai Izzati

Sharifah Shahora sebagai Faizah

Alif Hadi sebagai Daniyal

Hani Nazrina sebagai Aida

Nasz Sally sebagai Kuza

Qara Lyana sebagai Zuhira

Fatin Afeefa sebagai Sophie

Nadya Syahera sebagai Biha

sumber info : myinfotaip.com

Sinopsis Novel Red Velvet :

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati.


Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?



“Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, Tak berharta seperti putera raja, Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.”


NOVEL RED VELVET KARYA ACIK LANA


Haleena Dan Izzat

NOVEL RED VELVET KARYA ACIK LANA , NEELOFA, ALIF SATAR,

Neelofa sebagai Helena

NOVEL RED VELVET KARYA ACIK LANA , NEELOFA, ALIF SATAR,

Alif Satar sebagai Izzat

NOVEL RED VELVET KARYA ACIK LANA , NEELOFA, ALIF SATAR,

Haleena Dan Izzat

NOVEL RED VELVET KARYA ACIK LANA , NEELOFA, ALIF SATAR,

Haleena Dan Izzat

NOVEL RED VELVET KARYA ACIK LANA , NEELOFA, ALIF SATAR,

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan