SAMBAL TOTOK CILI API DENGAN BILIS TUMBUKKAN CIK FATIN

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua,

Hari ni Bonde belanja dua resepi mudah... dan ringkas sangat senang disediakan sepantas kilat siap dan sedap dimakan bersama kuah lemak putih, masak bening dan makan dengan kari tanpa santan yang Bonde masak tadi ha ha ha...

Sambal Totok ni memang fav Bonde, Mana dapat nama Sambal Totok ia adalah hasil dari perkataan ketuk atau tumbuk.. he he he sambal pon ada nick name tau...

Kali ni, Sambal ni Fatin yang buat,  sekali sahaja Bonde ajar Fatin buat terus dia expert buat sendiri.

Kadang-kadang Fatin masak dekat rumah lauk simple-simple, dia buat juga sambal totok ni... kalau teringin makan meu pedas.. dengan telur dadar pon dia makan sedap katanya.

Emmm senang lepas ni Bonde order dekat Fatin sahaja.


SAMBAL TOTOK CILI API DENGAN BILIS , SAMBAL CILI API, IKAN BILIS, LIMAU KASTURI, LESUNG BATU,

Bahan-bahannya ialah :

10 biji Cili api
1 gengam Ikan bilis (rendam dulu, kemudian tapis)
2 Biji Limau kasturi
Sedikit Garam

Cara-Caranya :

Tumbuk cili bagi lumat, selepas itu masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi , masukkan garam secukupnya.. Tumbuk bagi rata dan sebati ... Bila dah lumat letak kat piring perah limau ...

Siap


~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

13 PEMBERI ULASAN

  1. x makan sgt sambal but suke try resepi baru. hehe

    BalasPadam
  2. Aduhhh kecur air liurrrr. Ni cicak ngan Ikan goreng pun sedap. Paling best celur pucuk ubi kawan kan ngam Ulam. Aduii ohooooiiiii sedapnya

    BalasPadam
  3. Nampak sedap ni. Saya memang hantu sambal belacan kalau makan nasi. Tapi kadang-kadang rasa nak tukar jugak jenis sambal. Boleh cuba ni nanti

    BalasPadam
  4. Ini antara resepi sambal totok paling simple lagi sedap. Limau kasturi tu membangkitkan rasa.

    BalasPadam
  5. Nampak lazat sambal ni. Sedap tu. :D

    BalasPadam
  6. Sedapnya nmpak ni...kalau diet ni boleh ke laut ni gayanyaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    BalasPadam
  7. MashaAllah Bonde, pandai dan rajin Fatin. Onie teringin nak masak sambal totok ni, cukuplah kalau dapat nasi putih panas-panas berlaukkan sambal macam ni pun sebenarnya dah cukup selerakan,hihi.... terima kasih bonde atas perkongsian ini. Salam perkenalan dari Mek Onie <3

    BalasPadam
  8. suka makan sambal totok ni sebab tak payah letak belacan, senang pulak tu nak buat. Sedap pun sedap :D

    BalasPadam
  9. Nama resipi pun dah cukup purba apa tah lagi rasanya mesti klasik dan memikat wow menarik boleh cuba hehehehe..

    BalasPadam
  10. Terima kasih kongsi resepi ini bolehlah cuba nanti sedap jugak tu nampaknya

    BalasPadam
  11. Sedappp mak oii! kalau makan dengan nasi panas panas and ikan goreng, aduhh teringin nak buat sambal macam ni juga.

    BalasPadam
  12. Wow nampak pedas tapi kalau makan dengan buat kedondong atau ulam mangga muda memang sedap.

    BalasPadam
  13. Akak terima kasih denganperkongsiaan resepi ni, hari tu buat sambal cili hijau tak jadi. :(

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.