RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN "TEMPAHAN 2018 KINI DIBUKA " JOM BOOKING!



Assalamulaikum Dan Selamat Petang..


Hai reader semua,

Ada tak kakitangan awam yang nak pergi bercuti bersama keluarga pada tahun hadapan.   Masalahnya sudah ada destinasi yang hendak di tuju , tapi masalah kerana tiada tempat tinggal lagi.  

Cuba anda masuk ke laman sesawang www.bph.gov.my/sbbph kerana sekarang permohonan tempahan telah dibuka bagi tarikh penginapan 03.01.2018 hingga 02.05.2018.

Sebelum ini Bonde bersama family pernah menempah sebuah bilik besar dekat rumah Banglo di Bukit fraser memang sangat selesa sekali.  Anda boleh survey rumah banglo tu dekat laman sesawang sbbph.

Sesekali lari dari kebisingan kota memang mententeramkan dan mendamaikan. (hilang semua stress).


RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN "TEMPAHAN 2018 KINI DIBUKA " JOM BOOKING!


RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN "TEMPAHAN 2018 KINI DIBUKA " JOM BOOKING!

Kali ni Bonde nak cop cepat-cepat rumah peranginan dekat bawah ni untuk family trip tahun 2018 antaranya :

1) Langkawi (trip jalan-jalan beli coklat)

2) Cameron Highland (kene booking lelaju sebab selalu kecewa)

3) Tasik Kenyir (Booking untuk family kaki pancing)

Buat masa ni tiga rumah ni dulu dalam jadual Bonde ( he he he) Berangan jugalah nak duduk yang dekat Port Dickson tu (lepak-lepak bbq bersama family) tapi tengah di ubahsuai.  Bagilah siap dulu yea tak... lepas tu kita tempahlah.

Untuk info lanjut dan sebarang tempahan sila lawati : www.bph.gov.my


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Jimat tuu..
    Kaklong pun nak pi Cameron tahun depan. Minta2 la berjaya kali ni.

    BalasPadam
  2. Bestnya bonde. Tak pernah terfikir nak book Sedangkan ayah mama pesara tentera. Nak Cuba plan lah nanti

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.