REVIEW FILEM PENGABDI SETAN



Assalamualaikum Dan Selamat Malam

Hai reader semua...

Kali ini Bonde nak review filem yang sedang di tayangkan di pawagam di Malaysia iaitu Filem Pengabdi Setan.

Memandangkan Rabu yang lepas Bonde telah di hantar oleh Unit Latihan untuk Kursus Bina Insan di Ulu Bernam, Perak selama tiga hari dan berakhir pada hari Jumaat yang lepas Bonde telah tamat Kurus lebih kurang 10.00 pagi dan perjalnan pulang ke Pejabat di Cyberjaya lebih kurang jam 12.30 tengahari , Memandang kami boleh terus pulang ke rumah kerana sudah dikira berkursus pada hari itu , Sementara menunggu waktu pejabat berakhir jam 5.30 petang kerana menunggu Kanda untuk pulang satu kereta. (maklumlah tak boleh ulang alik hantar Bonde minyak sekarang sudah mahal).


REVIEW FILEM PENGABDI SETAN



Waktu yang panjang itu Bonde ambil keptusan  untuk menonton wayang filem Indinesia yang telah ditayangkan di Malaysia mulai 23 November 2017.

Genre: Seram

Durasi: 1 jam 47 minit

Tarikh tayangan di Malaysia: 23 Nov 2017

Nasihat Pengguna: Untuk 18+ dengan elemen untuk penonton matang (keganasan, seram, seks, politik, agama, budaya balas)



Dibintangi: 

Bront Palarae ... Father 

Tara Basro ... Rini 


Endy Arfian ... Tony 


Dimas Aditya ... Hendra 


Nasar Annuz ... Bondi 


M. Adhiyat ... Ian 


Ayu Laksmi ... Mother 


Egy Fedly ... Budiman 


Arswendi Nasution ... Ustadz (as Arswendi Bening Swara) 


Elly D. Luthan ... Grandma 


Fachry Albar ... Batara 


Asmara Abigail ... Darminah

Sinopsis Pengabdi Setan



Ia berkisarkan tentang sebuah keluarga di mana si ibu telah mengalami sakit yang aneh selama tiga tahun sebelum meninggal dunia. Si bapa kemudian telah mendapat kerja di luar kota dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya di rumah. Namun kejadian aneh mula berlaku apabila roh si ibu muncul di rumah. Pada mulanya anak-anak itu merasakan si ibu mahu datang melawat mereka tetapi akhirnya mengetahui bahawa roh ibu mereka mahu membawa mereka pergi ke dunianya.

Pengedar: Filem GSC

Diarahkan Oleh: Joko Anwar




Review dari Bonde :

Sesungguhnya : 

Dengan kasih sayang antara adik beradik dan keluarga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara mereka.


Si ibu telah mengalami sakit yang aneh selama tiga tahun sebelum meninggal dunia. Si bapa kemudian telah mendapat kerja di luar kota dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya di rumah. Namun kejadian aneh mula berlaku apabila roh si ibu muncul di rumah. Ibu yang pergi dengan nama Mawarni Suwono (Ayu Laksmi) di Pengabdi Setan dan seorang penyanyi piring hitam.

Setelah si ibu meninggal dunia, Pada mulanya anak-anak  merasakan si ibu mahu datang melawat mereka tetapi akhirnya mengetahui bahawa roh ibu mereka mahu membawa mereka pergi ke dunianya.  Nenek mereka adalah orang pertama yang mati selepas ibu mereka.  Setelah kedua mereka mati ..... Loceng kepunyaan ibu terus berbunyi, kerusi roda kepunyaan nenek juga berjalan sendiri. (ini semua gara-gara setan)

Sebenarnya :

Sebelum ini Ibu mereka tidak ada zuriat dan menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan anak, Ibu berjanji dengan setan untuk memberikan anaknya yang berusia tujuh tahun sebagai ganti dan perjanjian antara mereka.  Setelah Iu mereka meninggal , disangkakan rohnya yang kembali tapi sebenarnya silap.  Yang kembali itu adalah setan yang mendiami dalam badan ibu mereka.  Setan menyerupai ibu mereka untuk menutut janji.  Mahukan nyawa adik bongsu iaitu Ian yang akan menyambut hari jadinya yang ke tujuh tahun.  

Mereka adik beradik terpaksa melepaskan adik bongsu Ian, kerana perjanjian tersebut walau berat hendak melepaskannya. 

Tapi adalah kerana terpaksa.  Semua roh dikuburan datang untuk mengambil adik bongsu mereka untuk dibawa pulang seperti yang dijanjikan antara ibu mereka dengan setan telah dibuat  tujuh tahun dahuu.

Bagi anda yang masih belum menonton filem ini anda bolehlah menonton di pawagam yang berdekatan dengan anda, kerana filem ini masih di tayangkan. Bagi Bonde filem ini ada part seram dan ada part tidak seram ianya tidak seram sepanjang  masa atau sepanjang tempoh filem ini ditayangkan.  

Bagi anda yang penakut untuk menonton seorang diri jangan belagak sombong yea,  anda bawalah kawan untuk temankan anda menonton (mana tau pengsan terkejut kan susah pulakkan) atau anda bawak siap-siap selimut senang nak tutup mata anda bila part seram keudara (he he he).

Bagi Bonde filem ini agak tergantung di hujung cerita.  (maaf jika salah apa yang dikatakan, ini adalah komen ikhlas dan matang dari Bonde selaku penonton apa yang dapat di tafsirkan... mungkin filem ini ada sambugannya)


Pengabdi Setan Official Trailer

boleh tengok dekat akaun ini juga :
@pengabdisetanofficial 
@indonesiamovie_



Dan klik # dibawah : 
#pengabdisetan 
#ibudatanglagirameramejangannontonsendirian
#ibudatanglagi


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Woww bonde...berapa bintang nak bagiii

    BalasPadam
  2. ada banyak tgk review pasal filem ni tapi rasanya jiwa tak kuat lagi nak pi tgk...tapi nak tgk Bront! hahahaha

    BalasPadam
  3. Ramai kata cerita ni seram. Huu. Tak sabar pulak nak tengok. Hee.

    BalasPadam
  4. Agak seram juga jalan ceritanya....boleh ajak cik abg tengok ni

    BalasPadam
  5. Bonde, tapi cerita ni tergantung kan? Apa pendapat Bonde? Macam Ian kan diambil, siapa punya si mak dia jadi pengabdi dan apa function biji saga tu?

    BalasPadam
  6. seram juga ni...hehe takut nak tengok

    BalasPadam
  7. Macam nak ajak suami g tengok tapi macam xkuat je nak tengok cerita hantu ni.. terbayang2 lak nanti..

    BalasPadam
  8. Ramai yg da tgok n review, teringin gak ni nk tgok 😂 Tpi cuak haha kne ajak teman ni

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.