SUKATAN PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 MELALUI PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)



Assalamualaikum dan Selamat Petang..

Hai reader semua,

Apa khabar,

Emmm lama Bonde tak update blog yea.. Maaflah beberapa hari kebelakang Bonde ada menguruskan game bowling PBT di Pulau Pinang anjuran MBPP.  Agak sebok jugalah menguruskan perlawanan bowling itu.  Itu cerita minggu lepas, untuk minggu ini Bonde ada exam PSL N29 yang tarikhnya telah dipinda dari 15 Ogos yang sepatutnya,

Biasalah untuk menduduki exam bukan setakat ada bahan rujukan dan maklumat sahaja, perlu ada persediaan dari segi mental dan fizikal juga.  Kesihatan penting.  Kalau tak sihat macam mana nak duduk exam betul tak?

Masa exam hari tu Bonde nampak ada dikalangan rakan-rakan yang tidak alert dengan bahan rujukan yang diperlukan.  Dekat sini Bonde Kongsikan bahan rujukkan yang diperlukan untuk anda baca dan bawa masa exam nanti.  Memang tidak dinafikan kalau tak cari memang tak boleh nak jawab nanti.  Jadi persediaan awal bagi anda yang ingin menduduki Peperiksaan PSL N 29 pada tahun hadapan bolehlah cari bahan-bahan dan tag dimana yang perlu dan tag tu penting supaya senang nak jumpa. masa selak-selak nanti.


SUKATAN PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29MELALUI PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)


1.Tarikh Sukatan Peperiksaan Khas Dikuatkuasakan Oleh Jabatan Perkhidmatan Awam:1 Januari 2016

2. Matlamat Sukatan:

i. Untuk mengukur kesesuaian seseorang pegawai dari segi potensinya untuk menjawat jawatan dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29; dan

ii. Untuk menguji kemahiran seseorang pegawai berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan dalam tugas-tugas harian.

3.Tujuan Peperiksaan:

Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 melalui urusan peningkatan secara lantikan.

4. Pegawai Yang Layak Menduduki Peperiksaan :

Pegawai-pegawai yang TELAH DISAHKAN dalam perkhidmatan daripada skim-skim perkhidmatan yang berikut:

i. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19, N22, N26 atau N28;

ii. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 atau N22;

iii. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19, W22, W26 atau W28;

iv. Pemeriksa Cap Jari Gred N19, N22, N26 atau N28; dan

v. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19, N22, N26 atau N28.

5.Sukatan Peperiksaan :

BAHAGIAN I – PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM, PERINTAH-PERINTAH AM, ARAHAN PERBENDAHARAAN, 1PEKELILING PERBENDAHARAAN DAN TATACARA PENGURUSAN STOR KERAJAAN



A. Peraturan-peraturan Pegawai Awam dan Perintah-perintah Am

i. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]

ii. Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A) 75/2010]

iii. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]

iv. Bab B – Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan

v. Bab C – Cuti

vi. Bab E – Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan

vii. Bab F – Perubatan

viii. Bab G – Waktu Bekerja dan Lebih Masa

B. Arahan Perbendaharaan dan 1Pekeliling Perbendaharaan

C. 1Pekeliling Perbendaharaan – Bidang AM (Pengurusan Aset) Topik 6: Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan

D. Pekeliling Perkhidmatan/ Surat Pekeliling Perkhidmatan.
Calon-calon dikehendaki menjawab LIMA (5) soalan daripada lapan (8) soalan yang disediakan.

Soalan : 8 jawab 5 (Esei)
Masa : 3 jam
Calon-calon hanya dibenarkan merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkenaan sahaja semasa peperiksaan.

BAHAGIAN II – PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT, ARAHAN KESELAMATAN, PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM DAN PANDUAN BERKAITAN SERTA PERHUBUNGAN AWAM


A. Panduan Pengurusan Pejabat (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007)

i. Pengurusan Am Pejabat

ii. Pentadbiran Sumber Manusia

iii. Keperibadian dan Ketrampilan

iv. Urusan Surat Kerajaan

v. Pengurusan Fail

vi. Penyelenggaraan, Pemeliharaan dan Pelupusan Rekod Awam

B. Arahan Keselamatan

i. Pendahuluan, Ancaman dan Tanggungjawab

ii. Keselamatan Fizikal

iii. Keselamatan Dokumen

iv. Keselamatan Peribadi

C. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dan Panduan Berkaitan

i. PKPA Bil. 2/1991 – Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan

ii. PKPA Bil. 4/1991 – Garis Panduan Mengenai Strategi-strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

iii. PKPA Bil. 6/1991 – Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam

iv. PKPA Bil. 8/1991 – Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja

v. PKPA Bil. 1/1992 – Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam

vi. PKPA Bil. 1/2003 – Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan

vii. PKPA Bil. 1/2008 – Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan

viii. PKPA Bil. 2/2008 – Panduan Menambah Baik Penyampaian Perkhidmatan Menerusi Penggunaan Kiosk Di Agensi-agensi Kerajaan

ix. PKPA Bil. 3/2008 – Panduan Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Menerusi Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)

x. PKPA Bil. 1/2009 – Penambahbaikan Proses Pengurusan Aduan Awam

xi. Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) - November 2009

xii. PKPA Bil. 1/2006 – Pelaksanaan Hari Inovasi dan Usaha-Usaha Meningkatkan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam

xiii. CTI-PCI dan ETOS

D. Perhubungan Awam Komunikasi Berkesan

i. Komunikasi Berkesan

ii. Penyeliaan Berkesan

iii. Protokol dan Etiket

Calon-calon dikehendaki menjawab LIMA (5) soalan daripada lapan (8) soalan yang disediakan.

Soalan : 8 jawab 5 (Esei)
Masa : 3 jam

Calon-calon hanya dibenarkan merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkenaan sahaja semasa peperiksaan.

BAHAGIAN III – UNDANG-UNDANG UMUM


i. Perlembagaan Persekutuan Bahagian III, IV, V, VI dan VIII

ii. Akta Pencen 1980

iii. Peraturan-peraturan Pencen 1980

iv. Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991

v. Peraturan-peraturan dan Kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991

vi. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

Calon-calon dikehendaki menjawab EMPAT (4) soalan daripada enam (6) soalan yang disediakan.

Soalan : 6 jawab 4 (Esei)
Masa : 2 jam

Calon-calon hanya dibenarkan merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkenaan sahaja semasa peperiksaan.

6.KeputusanLulus / Gagal

7.Markah Lulus80%

8.Pemeriksa Akan DilantiK Oleh:

Panel Peperiksaan,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

9.Bahasa (Soalan dan Jawapan)Bahasa Melayu.

10.Kaedah Permohonan:

Secara dalam talian di laman sesawang:
www.kompetensi.jpa.gov.my

11.Pusat Peperiksaan Akan Ditetapkan Oleh :

Urus Setia Peperiksaan,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

12. Kekerapan Peperiksaan:Sekali setahun.

13. Tarikh Akhir Mengemukakan PermohonanEnam belas (16) minggu sebelum tarikh peperiksaan.

Selamat mencuba dan Good luck.




~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.