GILER SHOPPING GADJET DAPUR DEKAT COWBOY KULAI JOHOR



Assalamualaikum dan selamat petang...

Hai reader semua,

Bonde pertama kali datang Kulai, pertama kali juga beberlanja di SUPER COWBOY kedai Memborong Dan Menjual Barangan Keperluan Harian.  Macam-macam keperluan ada dijual disini.  Dari tak nak beli apa-apa terbeli jugalah he he he.

Baru Bonde tahu SUPER COWBOY ni ada banyak cawangan di Malaysia seperti dibawah ni:

Cawangan Termeloh

Cawangan Kuantan

Cawangan Kulai

Cawangan Batu Pahat

Cawangan Melaka

GILER SHOPPING GADJET DAPUR  DEKAT COWBOY KULAI JOHOR


Kali pertama, masuk SUPER COWBOY hanya beli bekalan makanan dan juga barang keperluan yang tertinggal dekat rumah, maklumlah packing barang last minit.. macam tulah jadinya.. Maklumlah bilik yang kami sewa ni dekat sangat dengan SUPER COWBOY tu jadi boleh pergi banyak kali.  

Kali kedua masuk SUPER COWBOY inilah hasil tangkapan... Beli Gadjet untuk dapur.


1. Fry Pan.

Bonde beli Fry Pan ni... sebab tengok kualitinya bagus dan tebal pula tu.  Bonde suka masak gulai atau masakan berkuah dalam kuali sahaja.  Lepas masak nanti pindahkan dalam periuk.  Suka macam tu.  Jadi tak salah kalau beli fry Pan ni gantikan kuali yang sedia ada yang dah berumur 15 tahun.

Harga RM 32.00


2. Tapis Kelapa


Ini beli sebab nak gantikan yang ada dekat rumah tu.  Hari tu beli yang murah dah tergoyang-yang.  Ni ambik yang saiz besar sekali.

Harga RM 4.90


3. Papan Landas 


Bonde beli sebab dekat rumah punya Papan Landas jenis plastik dah berusia 15 tahun, beli sejak berumah tangga.  Rasanya perlu diganti dan nak dijadikan cerita baru-baru ni terjatuh. pecah pula.

Yang jenis kayu ni berat dan nampak kukuh.

Harga RM 12.50


4. Pisau


Pisau ni beli sebab nampak menarik rekabentuknya dan juga hobi Bonde memang suka collect Pisau.  Ada pelbagai jenis pisau dekat rumah.  Yang sedap selalu guna untuk masak.

Harga RM 3.95


p/s list harga tu bonde letak jer tau.. sebab dah hilang resit belian hari tu. kalau jumpa nanti Bonde update. Harga lebih kurang yang diletakkan sahaja.

Kalau berminat nak cari barang-barang macam Bonde beli bolehlah cari dekat :

Super Cowboy
Lot 1566, Batu 20, Jalan Kulai - Air Hitam, 81000 Kulai, Johor


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. pernah sekali masuk comboy kulai...memang rambang biji mata ...hehe

    BalasPadam
  2. Best. Echa pun suka juga brg dapur tau. Tp selalu window shopping je.

    BalasPadam
  3. Boleh tahan juga harga dia. Berpadanan dengan barang dia tu kan bonde. Banyak juga cawangan cowboy ni ye.

    BalasPadam
  4. Seronok menggoreng kalo guna fyr pan tu...huhu

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.