KISAH LELAKI KIRIMAN TUHAN DI PBAKL 2017



Assalamulaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua,

Apa khabar anda semua.... berakhirlah sudah kisah... PBAKL 2017 tahun ini semalam pada 7 Mei 2017.  Hingga berjumpa lagi pada PBAKL yang akan datang... 

Kali ini, Bonde seorang diri terjah ke PBAKL pada hari pertama Bonde terjah adalah pada 1 Mei 2017 (Isnin) cuti umum hari pekerja... memang ramai sekali... masa naik ktm komuter dari Nilai lagi dah berdiri (sakit pinggang) sampai ke BTS Bonde turun naik LRT pulak... sebab nak turun betul-betul depan PWTC, Alhamdulillah masa dalam LRT dapat duduk ( kurang sakit pinggang).

First sampai di PBAKL di PWTC tempat dituju adalah tandas he he he... Biasanya akan begitu awal pagi tak ramai sangat jadi kene buang apa yang patut.

Bonde dah rancang... baik punya plan datang hari ni nak beli novel dan jumpa Penulis kesayangan.

Booth pertama akan ke Karyaseni, sebab dekat sini ada Sesi Kak Umie Nadzimah, Sara Aisha dan Anjell.  (kisah novel Anjell  Dr. Alpha Male)

Lepas bayar tu... dekat meja penulis ada soal jawab bersama penulis... dapat hadiah hamper...

Bonde yang beratur agak dibelakang terus angkat dan jawab...

Soalan kacang jer... dari Kak Umie, dah Bonde jawab... dapatlah... hamper tu jadi milik Bonde...

Soalan yang Kak Umie tanya ialah....

Soalan pertama :

Tajuk novel sebelum novel terbaharunya, Lelaki kiriman tuhan... ????

Jawapan Bonde... Si Baju Kurung, Kasut Kanvas. (Alhamdulillah betul)

Soalan kedua :

Apa yang ada dalam cover novel Lelaki kiriman tuhan... ????

Bonde jawab Burung... apa burung? burung icon twitter (Alhamdulillah betul)

Hi hi hi dalam beratur panjang tu dapat terus minta sain terus dekat kak Umie hi hi hi dengan pantas.... (Alhamdulillah syukur)

DAPAT HAMPER DIBOOTH KARYASENI



Terima kasih Karyaseni...


LELAKI KIRIMAN TUHAN



Lelaki Kiriman Tuhan , Kak Umie dan  Bonde :)

Anda jangan lupa dapatkan novel Kak Umie tau, bagi yang nak dapatkan sinopsis LKT baca disini.

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Alhamdulillah.. Murah rezeki bonda dapat hamper.. dapat jumpa penulis.. Seronoknya.. Sha tahun nie tak dapat nak ke PBAKL 2017.. maybe next year..

    BalasPadam
  2. Memang padu tajuk novel tu, "Lelaki Kiriman Tuhan." Tahniah bonda sebab dapat hamper ;)

    Tak pernah lagi pergi PBAKL ni sebab tinggal kat Sabah. Tapi dengar2 memang best, banyak buku menarik boleh jumpa.

    Mungkin lain kali saya harap dapat pergi PBAKL ni ;)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.