PAK CIK KEREK SEMANIS SEMANIS PAVLOVA KARYA ALIESHA KIRANA

Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua...


Seperti yang dijanjikan.... disini... Bonde nak share Novel keluaran PBKL 2017, Novel Keempat karya Penulis : ALIESHA KIRANA, bertajuk : PAK CIK KEREK SEMANIS SEMANIS PAVLOVA Terbitan KARYASENI.

PAK CIK KEREK SEMANIS SEMANIS PAVLOVA

PAK CIK KEREK SEMANIS SEMANIS PAVLOVA

SINOPSIS PAK CIK KEREK SEMANIS SEMANIS PAVLOVA


Kehidupan Ajda Sajidah, peniaga manisan pavlova yang dulunya baik-baik saja berubah selepas dia memohon sebagai vendor di butik Talqisya. Dia tidak pernah menyangka yang pemilik butik itu adalah seorang lelaki bujang terlajak yang kerek lagi dingin seperti Megat Talhah. 


“Lain kali, berjalan tu tengok depan.”- Megat Talhah 

“Errr, maaf Encik Megat. Saya tak sengaja.”- Ajda Sajidah 

“Orang yang cemerkap memang selalu cakap dia tak sengaja.”- Megat Talhah 

Pertemuan antara Ajda Sajidah dan Qisya, sahabat ketika di universiti kembali menceriakan suasana. Kehadiran Ajda Sajidah dalam hidup Qisya membuatkan dirinya kembali bersemangat untuk meneruskan hidup sebagai orang kelainan upaya. 

“Kahwin dengan pak su aku. Jadi mak su aku.”- Qisya 

Permintaan Qisya agak sulit diterima, namun dia pasrah. Demi kebahagiaan sahabatnya Qisya, dia sangggup berkorban. Namun, pertemuan antaranya dan pak su Qisya membuatkan keputusannya goyah. Mahukah dia terima pak su Qisya a.k.a pak cik kerek a.k.a Megat Talhah itu sebagai suaminya? Apatah lagi lelaki itu juga sepertinya, tidak rela! 

“Saya tak boleh nak cuba cintai awak, macam mana saya nak hidup seumur hidup dengan orang yang saya tak pernah cinta?”- Megat Talhah 

Apa pengakhiran episod ini? Adakah keputusannya perlu dikaji lagi atau terima saja pak cik kerek ini? Siapa yang sanggup terima lelaki dingin seperti pak su Qisya itu? 

Pak Cik Kerek Semanis Pavlova 🎂 🎂 

Harga : RM 23.00 (SM) // RM 26.00 (SS)

Penulis : Aliesha Kirana 

Keluaran : Mei, 2017

Terbitan : Penerbitan Karyaseni

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

0 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.