Assalamualaikum Dan Selamat Tengahari...
Hai reader semua...
Bonde memang peminat tegar Laksa Penang, Laksa Kedah dan Laksa Johor, tapi bonde selalu dengar kalau dalam pantang tak boleh makan laksa selama setahun, Bonde jadi tertanya-tanya kenapa tak Boleh makan Laksa, dalam hati bercakap mungkin sebab kuahnya dibuat dari ikan kembong kot tu yang tidak boleh makan. punca gatal datang dari ikan..agaknya!
Kenapa laksa dikatakan salah satu menu yang menjadi pantang besar bagi ibu yang baru lepas bersalin? Apakah relevannya makanan ini tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu lepas bersalin? Ok jom semak...
1. Kuah Punca Angin
Tahu tak, rupa-rupanya daun kesum dan bunga kantan paling bisa dan itulah punca angin. Dan ada juga yang kata jenis ikan yang digunakan untuk membuat laksa takut ikan yang digunakan itu ada bisa dan ada jenis-jenis ikan tak boleh dimakan semasa pantang sebab ianya gatal.
2. Laksa dimasak dua kali
Ibu berpantang tak boleh makan makanan yang dipanaskan semula atau dimasak dua kali.
Memang laksa dibuat daripada beras tetapi laksanya sejenis makanan dikeringkan.
Bila ia dikeringkan, laksa akan direbus atau direndam. untuk menyediakan menu itu bersama dengan kuahnya...
Inilah punca dan sebab kenapa ianya tidak boleh dimakan.... inilah yang bisa buat ibu berpantang.
Bila dah masak dua kali ia memerangkap angin dan kandungan angin itu makin tinggi. Kesannya boleh sakit urat dan sakit badan.
Paling takut, boleh kena BENTAN!
Semasa berpantang pun, memang ibu baru bersalin dilarang sama sekali makan bihun dan nasi yang dipanaskan semula. samalah macam laksa juga.
3. Ada timun
Ulam laksa selalunya ada timun dan kacang panjang.
Ibu berpantang wajib elakkan, janganlah sampai makan walau ak sengaja. Timun sejenis sejuk dan kacang panjang itu boleh buat angin.
Lagi satu, nenas... cukup bisa dan tak sesuai untuk ibu berpantang makan.
Nasihat Untuk Para Suri dan Ibu,
Jadi................
Berpantanglah betul-betul sebab badan kita ini nak pakai lama. Kesan makan laksa ni, kita takkan rasa sekarang. (elert) Tapi bila dah berumur nanti, mula lah sakit pinggang, sakit lutut dan sebagainya. (jagalah kesihtan yea)
Jangan nanti anda rasa kesan dikemudian hari dan bila badan dah masuk angin anda baru nak menyesal. Masa itu dah tak guna dan padahnya anda cepat nak marah pada anak. (ni yang kita nak elakkan kalau boleh pantang betul-betul)
Silap-silap boleh meroyan sebab badan tak begitu sihat. Jadi sila berpantang betul-betul. (moga dijauhkan)
Semoga bermanfaat!
Perkongsian Oleh : Majalah Mingguan wanita

~ Bonde Senyum Riang ~
2 Ulasan
fae tak suka makan nenas huhu
BalasPadambtw fae ada buat segmen. kalo sudi bonda can join yea :)
https://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/2017/03/lakastah-join-segmen-belog-urang-brunei.html
new info for me hehe.. menguji kesabaran sungguh waktu berpantang
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.