• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah

Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai Reader Semua...

Bonde nak tanya anda semua yang baca entri ni ? Ada tak anda mengalami masalah seperti berikut ?

TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI MASALAH RESDUNG.


1) Hidung sentiasa berair/selsema setiap masa terutama cuaca sejuk dan waktu pagi

2) Berlendir pada hidung walaupun tidak selsema

3) Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang-ulang

4) Batuk yang kronik tidak berhenti dalam tempoh yang panjang

5) Alahan kepada habuk, Bersin tidak berhenti bila terkena habuk.

6) Muka terdapat banyak jerawat

7) Nafas berbau, hidung tersumbat dan berbau busuk.

8) Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata.

9) Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan.

10) Kerap sakit kepala.

Apabila tanda-tanda diatas muncul secara berulang anda mesti berasa tidak selesa sekali dan lemah-lemah badan. Ia akan mengakibatkan hilang deria bau dan rasa, daya ingatan menjadi lemah, hidung bengkak dan tersumbat, tidur tidak lena kerana sering berdengkur dan terjaga, telinga juga berasa sakit dan tekak terdapat tonsil. 

Apabila anda diserang penyakit-penyakit diatas, anda akan menjadi murung sehinggalah anda pulih sepenuhnya....

Anda juga terpaksa menjauhi makanan kesukaan anda seperti makanan laut, makanan yang mengandungi belacan, budu, cencalok dan sebagainya.

Resdung

Kawasan yang kerap dijangkiti Masalah Resdung.

Mahu bebas dari masalah resdung diatas?

Terdapat ubat Penawar yang membantu anda untuk pulih dan sembuh dengan segera. 

PENAWAR RESDUNG PALING MUJARAB


Untuk mengatasi masalah resdung ini, anda boleh cuba Ubat Resdung Paling Berkesan yang dihasilkan daripada serbuk akar kayu dan herba tradisional. 

Ubat ini juga mampu menyembuhkan penyakit resdung dari dalam.


Cara Pengunaan dan Pengambilan Ubat :

1. Sebiji sebelum tidur di waktu malam dan sebiji di waktu pagi.

2. Untuk mendapat kesan yang lebih cepat, adalah lebih baik kita membuka sarung kapsul dan memasukan serbuk akar kayu di dalam segelas air kosong.

Memaparkan ubat-penawar-resdung.png

NASIHAT : 

-Untuk permulaan dos yang anda hanya perlu makan 1 biji sebelum tidur di waktu malam dan 1 biji di waktu pagi. 

-Sekiranya penyakit sudah berkurangan, anda tidak perlu lagi ambil dos setiap hari.

-Ambil bila perlu sahaja. 

- Ibu mengandung tidak digalakkan mengambil ubat ini.

- Jangan dilangkah

CONTOH :

- Dalam seminggu cukuplah mengambilnya 1 biji atau 2 biji.

- Anda boleh juga mengambilnya selepas memakan makanan laut.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN PENAWAR RESDUNG PALING MUJARAB IALAH :



BERIKUT ADALAH MAKLUMBALAS DARI PENGGUNA DAN TESTIMONI 


Memaparkan testimoni-penawar-resdung-1.png

Memaparkan testimoni-penawar-resdung-2.png


Memaparkan testimoni-penawar-resdung-5.png

PENGALAMAN PENGGUNA TERHADAP PENAWAR PALING BERKESAN

Memaparkan testimoni-penawar-resdung-3.png

Memaparkan testimoni-penawar-resdung-4.png



Memaparkan testimoni-penawar-resdung-6.png
Memaparkan testimoni-penawar-resdung-7.png
Memaparkan testimoni-penawar-resdung-8.png


Sekiranya ANDA rasa ada simptom-simptom diatas dan berminat nak dapatkan rawatan mengenai Penawar Resdung Paling Mujarab dengan lebih lanjut, 

Anda boleh hubungi terus Puan Aisyah Bedol di talian 013-9871616

Bonde mendoakan Moga anda cepat sembuh dan sihat dari masalah resdung, InsyaAllah Aamiin.

klik utk info>" PENAWAR BUASIR PALING MUJARAB BAGI KAUM LELAKI DAN WANITA"

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamulaikum dan Selamat Petang...


Hai Reader Semua,

Diharap semua dalam keadaan sihat sahaja hari ini.  Kali ini Bonde nak cerita pada anda semua berazam pada tahun ini Bonde berangan dan target nak dapatkan barang-barang yang terdapat di web site Lazada.

Serius Bonde cakap sempena promosi CNY RED HOT SALE memang banyak barangan dapat pada harga yang sangat-sangat murah.

Jika anda lihat di CNY RED HOT SALE anda pasti rasa resah dan gelisah tak boleh duduk diam mesti nak shopping on line dekat lazada. 

PROMOSI CHINESE NEW YEAR DI LAZADA



Terdapat 5 barangan yang telah Bonde pilih untuk dibeli... semua sudah ada dalam wishlist lazada Bonde. hu hu hu tinggal nak bayar jer hu hu hu 

Pertama Bonde pilih Dapur  Tempered Glass ni, Memandangkan dapur yang digunakan sekarang telah berusia 14 tahun, mesti anda tahu macam mana rupa dapur tu... Dapur fesyen lama hadiah masa Majlis Perkahwinan Bonde dulu, barang dulu-dulu memang tahan lama.

Saja nak beralih arah beli yang baru dan moden. Lagipun yang ini ada 3 burners.

Baca dari review pengguna dapur ni bagus dan tahan lama.

Jadi Bonde pilih ini dan letak di nombor 1.

1) Rubine RGH-VENOSA3B-BL 8mm Tempered Glass 3 Burner Built-in Designer Hob - 4.8Kw


CNY RED HOT SALE LAZADA
RM 689.00 Sebelum promosi RM 1,076.00 = jimat 36%

Kedua Bonde Pilih Stem Iron jenama Philips kerana ini memang sudah lama nak beli tapi harga agak mahal.  Bila survey kali ni eh murah pulak jadi Bonde pilih dan masukkan dalam 'troli' (dengan lajuuuu gitu he he he.)

2) Philips Steam Generator Iron GC7620 (220g Steam Boost)

CNY RED HOT SALE LAZADA


RM 597.00 Sebelum promosi RM 1,199.00 = jimat 50%

Yang ketiga Bonde pilih Fujifilm Instax Camera ini... Syyyytttt nak bagi hadiah untuk Fatin sebab dia memang sudah lama minta Bonde belikan.  Tapi Bonde 'ignore' sahaja.  Tapi dalam diam Bonde ada niat nak belikan juga. Jadi masuk dalam 'troli' sebab yang ini nampak macam menarik dan sesuai dijasikan hadiah.

3) KEEP/Season Greeting 12 Item Fujifilm Instax Camera Hamper Mini 8 (Raspberry) 
CNY RED HOT SALE LAZADA

RM 438.00 Sebelum promosi RM 665.00 = jimat 34%

Yang Keempat, Haaaaa dah kenapa pilih  Multipurpose Utility Exercise Fitness ni,  Syytttt yang ni sebenarnya nak hadiahkan pada Kanda.  Nak galakkan dia bersenam dirumah.  Dan jaga perut supaya tak nampak boroi (huuuhhh tak kacaklah perut boroi)

Nanti boleh sama-sama bersenam dalam rumah.  Bonde kayuh basikal, Kanda buat exercise kat sebelah. (yeayyyy baru semangat)

4) High End Foldable Multipurpose Utility Exercise Fitness Gym Bench

CNY RED HOT SALE LAZADA




RM 239.00 Sebelum promosi RM 350.00 = jimat 32%

Yang kelima iaitu yang terakhir,
Bonde pilih  Lunch Bags & Boxes, Bukan apa semenjak diet ni Bonde selalu bawa bekal ke opis, kalau masak bubur, lauk bening sayur, asam rebus atau sop senanglah letak dalam luch bags & boxes ni, sebab ia berfungsi sebagai thermos atau pemanas juga.  Lagipun Bonde tertarik pada warnanya tu... (pinky gitu)...

5) 2-tier stainless steel insulated 1.7L lunch box/tiffin carrier (pink)                 


RM 54.00 Sebelum promosi RM 73.20 = jimat 27%

Baiklah...

5 barangan yang Bonde pilih semuanya memang berguna dan harga murah.  Rasanya tiada barang yang tidak berfaedah yang dipilih oleh Bonde.

Total perbelanjaan dalam 'troli' Bonde :

RM 689.00 + RM 438.00 + RM 597.00 + RM 239.00 +RM 54.00 = RM 2017

Untuk mengelakkan pembaziran belaku.  Setiap barangan yang hendak dibeli telah dibuat perbandingan terlebih dahulu. (harga barangan akan bertukar-tukar dari masa ke semasa mengikut promosi)

Untuk anda yang nak membeli belah online seperti Bonde silalah ke pautan : CNY RED HOT SALE, kerana harga barang telah di turunkan dan nikmati potongan diskaun terendah.

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN

Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Hai reader semua...

Kali ni Bonde nak perkenalan Smartphone terbaharu yang telah menjadi hak milik kekal ewahhhh...

Memang Bonde sangat memerlukan Smartphone yang dapat membantu kerja-kerja harian Bonde.  Semua rekod dan note dapat disimpan didalamnya.

Produk GT Mobile ini adalah Keluaran dari Singapura.

REVIEW GT MOBILE GT-888 



REVIEW GT MOBILE GT-888



Smartphone GT - 888

Semasa Majlis Perlancaran GT Dollar pada 16 Januari yang lalu... GT Dollar telah memperkenalkan produk keluaran GT Mobile terkini iaitu smartphone GT - 888.


REVIEW GT MOBILE GT-888



Rezeki 2017

Syukur Alhamdulillah Kerana Bonde salah seorang Blogger telah terpilih untuk  review produk GT Mobile ini. Iaitu GT - 888.



REVIEW GT MOBILE GT-888



Smartphone GT Mobile GT - 888


Smartphone yang bonde terima lengkap dengan :

- Battery

- Ear Phone

- Screen Protector

- Plastik casing

- Chager



REVIEW GT MOBILE GT-888

 Warna Kelabu milik Bonde :)

Smartphone ini terdapat 2 warna iaitu :
Kelabu dan putih.. ( bonde dapat warna kelabu yeayyyh)


JUSTIFIKASI MENGENAI GT - 888


Model: GT-888

Dimensions: 158.9*77.5*8.6mm


CPU: MT6735P 4*Cortex-A53 1GHz


GPU: ARM Malit720-MP1 600MHz


RAM: 1GB / 2GB


Storage: 16GB 


Display: 5.5”720*1280 pixels


Battery: 2550mAh


OS: Android 5.1


Camera: Rear-8.0MP,Front-5.0MP


SIM card: Dual SIM (SIM+MicroSIM)


WI-FI: 802.11a/b/g/n


USB: Micro 5pin


Bluetooth: 4.0


Positioning: GPS A-GPS

REVIEW GT MOBILE GT-888


REVIEW BONDE TENTANG GT MOBILE GT - 888

Setelah Bonde buat semakkan dan sedikit kajian tentang smartphone GT - 888 ni,  Apa yang buat Bonde kata smartphone ni menarik dan dapat memudahkan kerja-kerja harian anda ialah :

1- Smartphone ini sebaik anda buka kotak anda kene charging battery dahulu, anda akan dapati ianya tidak memakan masa yang lama untuk penuh apabila ada mengecas kerana ianya 'Quick Charging'

REVIEW GT MOBILE GT-888


2- Sebaik anda on anda akan dapati ianya telah pre install android 5.1 lollipop, ianya telah tersedia rangkaian media sosial anda hanya perlu log in sahaja.

3- Smartphone ini tidak berat. Memudahkan untuk anda bawa dan memegangnya

REVIEW GT MOBILE GT-888

4- Smartphone ini mempunyai 2GB dan 64-bit quad-core processor (sama setanding smartphone lain)

REVIEW GT MOBILE GT-888

5- Camera belakang mempunyai 8.0 MP sangat menarik gambar yang dirakam dan hadapan 5.0 MP tidak sesuai untuk anda yang kaki selfie. Jika ingin juga berselfie ianya memerlukan pencayaan yang baik.

REVIEW GT MOBILE GT-888

6. Line dalam 4G (up!)

REVIEW GT MOBILE GT-888


7. Ianya boleh digunakan untuk dual sim.

8. Ianya sesuai di jadikan smartphone standby jika smarphone anda kehabisan battery.

9. Smartphone ini juga telah tersedia app GT Dollar dan GT Watch senanglah anda nak shopping nanti... (jangan lupa tangkap bee)

10. Android 5.1 Lollipop... (bestkan)

REVIEW GT MOBILE GT-888


11. Paling best senang nak share apa-apa lagu ke? pic ke ?(... hebat kan!)

REVIEW GT MOBILE GT-888

12. Harga pula memang mampu milik iaitu RM 1580.00 sahaja.


Jika anda berminat untuk dapatkan keterangan lanjut tentang produk ini... bolehlah ke :

GT MOBILE WEBSITE

Bonde masih lagi belum habis explore lebih lanjut tentang smartphone ni, nanti Bonde akan share di next entri yea...

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
4 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...


Hai Reader semua...

Selamat berhujung minggu dan bercuti sempena CNY... Ramai yang mengisi masa cuti dengan balik ke kampung dan plan macam-macam dengan family ohhhh syoknya... tapi bagi yang kene berkerja tak mengapa jalankan tanggung jawab anda dengan ikhlas yea.... kerana berkerja juga adalah satu ibadah...

Throw back balik pada 16 Januari yang lalu, bertempat di MPH Alamanda Putrajaya. Bonde telah menghadiri :

SESI RAMAH MESRA BERSAMA PENULIS MAYA IRIS



BIODATA PENULIS MAYA IRIS


Sedikit Biodata tentang Penulis Maya Iris,  Berasal Klang Selangor... Beliau merupakan lulusan Saujana Sains Komputer Dari Southern lllinois University Carbondale USA.

Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan lima Orang cahaya mata.  Kini memegang jawatan sepenuh masa di sebuah Syarikat telekomunikasi tempatan.  Beliau adalah seorang Penulis yang kreatif dan produktif.

Selain dari Novel Mahar Cinta Cinderella, Konspirasi Suami dan Fugitif beliau juga ada menghasilkan dua buah buku islami berjudul Curahan Cinta Negara. (2007) dan Ku Seru Namamu Kekasih (2008).



SESI KUPASAN NOVEL FIGITIF

Menakluk dunia. Itu agenda  Konsortium Untuk mempersembahkan kepada 'Raja Besar' yang berkuasa menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup.

Namun, perancangan itu terencat akibat campur tangan tidak sengaja dua orang rakyat Malaysia.  Pasangan suami isteri ini harus dihapuskan dengan  apa cara sekalipun.

================================================

Demi keselamatan Dr. Ehsan dan Nur Sayang menjadi perlarian tanpa rela.

"Jangan berpisah, selagi kita bersama, kita kuat"- Nur Sayang

Tragedi menimpa mereka. Mereka terpaksa melarikan diri lagi.  Bersembunyi di sebuah tempat terpencil.  Namun, igauan ngeri itu belum berakhir.

Serangan Konsortium terhadap ahli keluarganya membuatkan DR. Ehsan kembali Mesir. Meminta pertolongan Arielle.  Tapi, bayaran yang diminta adalah perpisahan dengan isteri tercinta.

"Kita mesti berhadapan dengan realiti, sayang.  Sampai bila kita mahu hidup dalam alam fantasi?  Hidup dalam mimpi? Hidup dalam angan-angan? Setiap kisah dongeng. ada pengakhirannya.  Bagi kita, kisah berakhir hari ini". Dr. Ehsan.

Bagaimana Nur Sayang meneruskan hidup? Bertemukah mereka akhirnya?  Berjayakah Konsortium merealisasikan agenda mereka?


Terima kasih pada hadiah yang diberikan.... Bonde suka sekali hadiah Novel Fugitif...


Sesi tandatangan novel....







Terima kasih kepada Penerbitan Buku So kerana menjemput Kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari untuk memeriahkan Majlis. 

Saidila, Bonde & Kak Dell.


Sesi bergambar bersama Penulis Maya Iris.


Bonde sedang membaca kesinambungan novel ini, dari yang Pertama - Mahar Cinta Cinderella, Yang Kedua - Konspirasi Suami, Yang Ketiga- Fugitif.

Apabila ianya habis Bonde akan kongsikan... review Bonde, anda semua jangan lupa baca yea...

Untuk anda yang berminat nak dapatkan Novel FUGITIF ini anda boleh dapatkan di :
www.bukuso.com

Dan dikedai-kedai buku berhampiran anda:
MPH BOOKSTORE, POPULAR,  KINOKUNIYA, HASANI, BORDERS, BOOKCAFE, GALLERY BOOK STORE, SMO BOOKSTORES.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai Reader Semua...

Masih ingat pada Box Of Joy yang dihantar oleh lazada hari tu... Kalau sudah lupa boleh baca disini.

Percubaan pertama Bonde mengunakan Copper Tefal Bonde buat ala-ala sambal  ketuk tu... tapi kali ni tak lah ketuk dalam lesung batu dan nama pon guna Copper Tefal... ianya dah bertukat nama menjadi sambal tarik tefal.


SAMBAL TARIK TEFAL

Macam mana nak buat?

Senang sahaja sediakan bahan-bahan berikut :

1-Ikan Bilis - Rendam dan tapi
2-Cili Api - (jika suka pedas boleh letak lebih)
3-Limau - 3 biji (Bonde guna limau mandrin yang kecil-kecil tu)
4-Garam - (Secukup rasa)






Cara-cara nak buat :

1- Masukan Ikan Bilis dan tarik


2- Masukan Cili Api merah dan hijau.



3- Tarik-tarik dan tarik


4- Tarik hingga anda lihat ianya sudah lumat.


5- Ambil limau belah dan perah....Tadaaaaaa dah siap.



Baiklah kalau anda cuba sambal ni nanti, mesti tanya sedap makan dengan apa?  

Bagi Bonde sambal ni sedap makan dengan kuah bening tak kisah (sawi,bayam,kangkung, petola betik dan labu) dan sedap juga makan dengan masak lemak putih campur nangka,pisang,jantung pisang, pucuk geti, pucuk ubi, pucuk meranti dan anda boleh tambah ikan masin garing tak kisah jenis apa... (wahhh type entri ni dah siap kecur air liur dalam mulut...)

Selamat Mencuba! yea....

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
6 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Malam....

Hai Reader Semua....

Kali ni nak cerita pasal Water Dumbell,  Akhirnya Water Dumbell yang Bonde beli dekat Daiso Setahun yang lepas diguna pakai...

Bonde beli masa tu nak guna time Zumba... sebelum join Zumba dekat pejabat Bonde, Diorang ada gunakan Dumbell ni... 

Sebagai persediaan Bonde pon belilah satu sebelum berzumba tu... murah jer pon harga dia RM 5 setiap 1, Off coz beli warna pink nampak women sangatkan hi hi hi.

Tibalah masa Bonde join Zumba...

Masa Bonde join Zumba dah tak digunakan lagi Water Dumbell... alamak sedihnya, semangat dah beli... jadi, Water Dumbell ni sihat tersimpan dalam almari.

Baru-baru ni, 

Bonde mula bersenam balik dirumah, apa lagi keluarkan balik Dumbell water yang Bonde beli...

WATER DUMBELL MADE IN DAISO



SENAMAN YANG MENGUNAKAN WATER DUMBELL

Ada beberapa senaman yang menghunakan Water Dumbell yang ingin Bonde Kongsikan bersama anda...

Jom kita sama-sama buat... :)

water dumbbell exercises

water dumbbell exercises

water dumbbell exercises

water dumbbell exercises
Bonde ambik yang mudah dilakukan...

Kalau anda nak cuba buat bolehlah pilih yang mana anda rasa mampu... untuk lakukan. 

Kalau tahap kemampuan anda rendah... jangan cuba-cuba untuk buat yang susah dan yang tidak mampu anda lakukan.( takut nanti anda akan sakit)

Ok enjoy yea.... water dumbbell exercises  

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
6 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Popular Posts

  • Koleksi Template Akaun Bank
  • Resepi Daging Bulgogi
  • Hebahan Sedekah Ramadhan Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak
  • Internary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor.
  • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor
  • Rahim Kembang? Ini Cara Mengatasinya
  • Koleksi Template Akaun Bank Versi Cute dan Bunga-Bunga
  • Resepi Sotong Celop Tepung Bestari
  • Gabungan Menu Ringkas Dan Sedap
  • Selamat Tahun Baru 2021

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

Subscribe

GSL Warrior's Blog

  • Suria Amanda
    Dah Ada Unifi...
  • Shuhaida Kabdy
    Resepi Udang Masak Masala
  • KhatyAiman
    CETAPHIL GENTLE BRIGHT TECHNOLOGY AKHIRNYA TIBA!
  • Azlinda Alin
    Brainzyme Focus Untuk Masalah Stress, Fokus, Memori dan Otak
  • Ana Suhana
    Idea Inovatif Mengenai Isu Alam Sekitar Muncul Sebagai Pemenang Pertandingan Samsung ‘Solve for Tomorrow’
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • Bonda Zahra
    Tawaran Sale 11.11 PG Mall
  • The Other Side of Me
    Tanda-tanda Autisme?
  • Mamapipie

#BIter's Blogger

  • MrsPipDotCom
    Semak Kelayakan Untuk Tebus Kredit E-Wallet RM100 Percuma
  • Farhana Jafri
    Telemovie Review | Legenda Puteri Bulan
  • Blog Sihatimerahjambu
    Janji Manis Kugiran Masdo
  • SIS HAWA DOT COM
    Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)
  • Ajumohit
    Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tahun 2020
  • Modern Mum's Thingy
    SINOPSIS MELASTIK KE HATIMU TV3
  • iamfuzy.com™
    Drama Melastik Ke Hatimu Online Episod 1 Hingga Episod 13 (Akhir)
  • Blog Wani Sukarno
    Drama Takdir Yang Tertulis Tonton Episod 1 Hingga 15 ( Akhir ) Slot Samarinda TV3
  • Fieza Sani
    Berbaloi Beli Haier Air Fryer Di CJ WOW Shop
  • ABAM KIE : The Man of The House
    10 Petua Bersihkan Rumah Dari Kotoran Dengan Cepat Dan Murah
  • Mrs Liez - Malaysian Lifestyle Blogger
    Tonton Online Drama Melastik Ke Bulan Episod 01 hingga Episod 13 (Full Episod)
  • SHALIMAR YUSOF
    Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
  • MaisarahSidi.com
    Honey Butter Cornflakes Rangup, Ketagih Mengunyah Dibuatnya
  • Maria Firdz - Lifestyle Blogger
    Kalau Stress Cuba Makan Buah Ni, Insha Allah Boleh Reda
  • Eyqa Hasnan's Blog
    Dengan Modal Bawah RM10, Nixoderm Ointment Mampu Merawat Masalah Jerawat
  • Fiza Aizzawa
    Tepung Goreng Ayam Nazri betul-betul buat ayam goreng jadi crispy
  • Blog Adianiez
    My First Giveaway by Blog Sal
  • OMBAKBERGIGI
    Cabaran 15 Hari Menulis Blog | Day 1 - Gambar Terbaru Dan Fakta Tentang Anda.
  • Ardini Humaira
    DR.BEAU PURE NATURAL SKIN OIL SERUM, MINYAK SERBAGUNA YANG PATUT DIMILIKI
  • Lovely Sunshine
    Preparation for Weight Loss Journey Part Two
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Cara Buat "My Goals" Dengan Cimb Clicks (Main Kutu Cara Paling Selamat)
  • Sharing My Ceritera
    SKIN PS5 Jersey Bola
  • Yatie Owner
    MENARIK DI KUALA PENYU, SABAH: BLUE EYES BEACH RESORT, KUALA PENYU, SABAH THE AMAZING SEA AND SUNSET VIEW
  • Yaya Azura
    Resepi Ikan Selayang Masak Asam Mudah Dan Sedap
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    SNUS - A SMOKELESS TOBACCO PRODUCT | IS SNUS BETTER THAN CIGARETTE?
  • Ciktie Dot Com
    Sinopsis Pesan Dari Tuhan
  • Kitepunye Dot Com
    Filem Komedi 10 Tips Tipu Bini Perkongsian Dari Awie!
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • VITAMIN WAWA
    Anda Fikir Anda Tak Perlukan Supplemen?
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
  • CXopportunities
    Pengalaman Dilanda Banjir Penghujung Tahun 2020 di Melaka
  • Cahaya Hayati
    Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar
  • Diary Mama
    Grilled Butter Chicken Menu Paling Popular Kini Kembali Lagi Di The Chicken Rice Shop
  • Opzzpinky
    Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
  • ANNUR SYUHADAH
    Ubat Yang Ibu Makan Boleh Terlepas Ke Dalam Susu Badan! Awas Tau?!
  • apekinah.com
    Senarai Home Bakers Terbaik Yang Setanding Dengan Kedai Kek
  • perrenial
    Love Pizza? Get To Know The Different Crust Styles Of Pizza
  • Shamiera Osment
    5 Things You Must Have at Arabian Village Malaysia.
  • RINA ZUL
    Solat Taubat Bila Perlu Buat (Waktunya)? Ini Jawapannya
  • Usop Ahmad
    4 SEBAB GHOSTWRITER MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA MASA KINI
  • Atul Hamid
    Resipi ayam bakar mudah dan sedap
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    Pullman Hotel Adelaide - Kuarantin Mandatori 14 Hari
  • Atul Hamid ~ Lifestyle
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
  • Norhana Rosmida
    Cara Lebatkan Rambut Dan Hilangkan Kerak Di Rambut Anak Dengan Ardora Natural Kids Hair Oil
  • Stazah Mama LifeStyle
    11 Kelebihan dan Keistimewaan Kurma Ajwa Asli VIP Gred Premium dari Rihura Herbs Enterprise Yang Patut Anda Tahu
  • khalisahazrina.com
    Dengan 50 Kata-kata Positif Ini Membuat Anak Menjadi Semakin Hebat Dan Berkeyakinan

Followers

Created with by ThemeXpose