KISAH ADIK NIZAM BUAT BONDE RASA TERSENTUH...



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Sebagai seorang ibu, memang ada rasa tersentuh bila terbaca kisah yang dikongsikan oleh Adik Nizam di laman Instagramnya. Alamak touchinglah baca... cuma ini hendak dijadikan pengajaran untuk adik-adik yang masih menuntut ataupun lebih molek nak tuju entri ini untuk anak sendiri iaitu Fatin.

Cerita Adik Nizam ini mampu menitiskan air mata Bonde, maknanya ia ada 2 maksud yang Pertama : kerana sedih bila terbaca ayat ini, yang ditulis sebagai tajuk :

Abang Nak Bunga Ke? Mak Dah Tanya Dah Tapi RM100, Mak Tak Mampu Bang'

Bagi  Bonde baca tajuk sahaja hati sudah rasa meruntun, tak sanggup rasanya nak terus baca cerita lanjut, tapi gagahkan juga scrool dari satu perenggan kesatu peranggan yang lain hingga habis.

Keduanya :
Bapa Adik Nizam ni seorang 'security guard' mampu menanggung anaknya belajar di Universiti.  Dan Adik Nizam tak malupun bapanya kerja sebagai 'security guard'.

Kenapa harus nak malu apa pun kerja yang ayah kita lakukan semuanya untuk menampung perbelanjaan kita, pakaian dan makan-minum semua kena ambik kira, semua tu duit.


23dd

Tiba hari konvokesyen, ibunya yang telah banyak berkorban selama ini masih ingin menghadiahkan beliau sejambak bunga. Tetapi, ibunya tidak mampu.


STATUS ADIK NIZAM DI INSTAGRAMNYA


My family's background bukanlah daripada golongan berharta dan berduit. Since I was a kid, hidup hujung bulan beras habis, ataupun kasut dan baju sekolah pakai sampai lusuh sebab tak mampu nak beli baru. Teringin nak join pengawas or librarian, tapi letak tepi je hasrat tu sebab tak cukup duit nak beli uniform baru.

Even when I received my offer letter to pursue my studies in UTP, fikir banyak kali sampai gaduh dengan Abah sebab last minute buat decision masuk UTP instead of IIUM. Some even asked my mum either our family is capable enough to pay my fees in private university. Kadang-kadang Mak sanggup tebalkan muka meminjam semata-mata untuk anak.

Saya tak pernah kisah pun nak masuk UTP, sebab saya tahu UTP tu universiti swasta dan yurannya mahal. Tapi Abah tetap suruh saya apply. Alhamdulillah, saya dapat panggilan dari UTP. Sebelum masuk, saya kena pergi interview dulu. Masa tu Abah sanggup sewa kereta dan dan hantar saya ke Tronoh pada pukul 12 malam.

Selepas interview pada pagi tersebut, kami terus pulang ke rumah. Abah tak mampu nak sewa bilik hotel. Abah suruh saya masuk UTP sebab katanya UTP ni bagus, dan bukan semua orang boleh masuk.

Tapi pada masa yang sama, saya dapat tawaran dari UIAM. Ikutkan hati, saya memang nak masuk UTP, tapi disebabkan duit, saya cakap kat Abah yang saya nak masuk UIAM. Bergaduh juga saya dengan Abah waktu tu. Abah cakap jangan risau pasal duit sebab dia mampu nak tanggung segala kos saya di UTP.

E9d4

Tahniah Adik Nizam... Bonde tumpang bangga dan gumbira dengan anugerah yang kamu kecapi. Sayangi ibu bapa kamu kerana tanpa berkat doa dari mereka tiada kesenangan kamu dunia dan akhirat.

A17b

Restu ibu dan ayah membuatkan kamu berjaya.

Pesanan Nizam untuk para pelajar di luar sana:


  • To all students out there, either you're rich or sebaliknya, make both of your parents proud of you. Don't you even try to flip around during your student life, strive as you can. Tak semua mampu berada dengan apa yang kita ada sekarang, so be grateful dan ingat Abah dan Mak. So, i dedicated this Degree to Mak dan Abah.
Cerita penuh di sini 

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Takdak yang lagi happy dalam dunia ni selain banggakan parents sendiri.

    BalasPadam
  2. Swbak SA baca..nak amik result upsr anak khamis ni pun SA dh seram sejuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan SA sebagai ibu, mesti kita punya rasa yang sama... sedihkan!
      InsyaAllah Result Dania ok...

      Padam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.