TERIMA KASIH BOS! UNTUK APC 2015...



Assalamualaikum dan Selamat Petang

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 Majlis Perbandaran Sepang
Tarikh : 27 April 2016
Masa : 8.00 malam
Tempat : Cindai Ballroom, Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya
Tema : Tradisional

Untuk tahun 2015 ini, Anugerah ini adalah yang ketiga yang telah diterima oleh Bonde sepanjang 16 tahun berkhidmat dengan MPSepang. 

Kali Pertama : Tahun 2002
Kali Kedua : Tahun 2010
Kali Ketiga : Tahun 2015

Untuk Tema pakaian pada malam APC malam tu.  Memandangkan info dan surat untuk penerima APC diterima sehari sebelum 27 April. Memang agak kelam kabut sedikit pada mulanya... tanpa persiapan dan persediaan sebarang persalinan.  Bidan terjun je... Alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan untuk mendapatkan persalinan baju... mengikut Tema.

Memang dari awal berangan nak pakai Punjabi Suit walaupun pada asalnya memang tak tahu akan jadi sebahagian dari penerima APC,  Memandangkan dah verangan nak pakai Punjabi Suit, asyik google serch Punjabi Suit... Kawan Bonde Kak Thila pon banyak bantu dan suggest macam mana nak cari Punjabi Suit yang cantik... dan ianya sesuai dengan saiz Bonde yang comel ni, Akhirnya dapat juga Kak Thila rekemen 1 kedai India di Pekan Nilai.

Alhamdulillah dapat juga sehelai baju Punjabi yang di jahit dalam masa kurang 24 jam, dengan upah yang betul-betul murah RM 50+

Bonde suka yang simple-simple sahaja... tapi nampak cantik, Terima kasih juga dekat Kanda yang tolong Pilih dan taja baju untuk Malam APC 2015.( wah ayat tiru retis)


Pentas Utama


Red Carpet he he he


Kad Udangan


Sijil Penerima Anugerah APC 2015


Kumpulan Koir MPSepang yang mendendangkan 3 buah lagu pada malam itu.  Berseri-seri semua..


Bonde Penerima Anugerah APC 2015 yang disampaikan oleh YB. Dato' Mohd Amin Bin Ahmad Ahya


Bergambar dengan Bos Sulaiman Bin Abi Hashim serta rakan yang sama-sama menerima anugerah APC pada malam itu Mohd. Fikri dan 2 rakan yang lain Hawa dan Afra.  (Ramai yang pakai baju Merah malam itu seperti berjanji hi hi hi)


Semua Penerima Anugerah Bergambar dengan YB. Dato Amin, Dato' YDP, Tuan TYDP dan YDM. OBD Sepang


Rakan-rakan sekerja Jabatan Kawalan Bangunan


Kanda dan turut menyelit Fatin...


Bergambar Dengan Dato' YDP 


Tahniah Semua Penerima Anugerah APC 2015


Kredit pic : armaya.aminzaki


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.