SAKIT TUH DISINI.....



Assalamualaikum... Salam Petang,

SAKIT TUH DISINI..... DI KAKIKU...


Apa khabar semua, moga sihat adanya.. dah petang baru entri Bonde muncul hari ni...

Apa yang ingin Bonde kongsikan hari ini adalah kisah mimpi semalam.. (Isnin Pagi) Bila terjaga jam dah menunjukkan 7.00 pagi, walaupun sudah terlewat, Bonde kene belagak seperti tiada apa-apa, kalau bergerak secara kelam kabut, nanti lagi rasa nak pitam, jadi kene duduk dan tenangkan diri. Walaupun rasa sangat Penat dan termengah-mengah.

Lebih kurang 5 minit juga tenangkan diri...


Bila nak bangun terasa kaki sakit sangat, tak boleh nak menapak... seperti terseliuh...

Hasil carian imej untuk gambar kaki

Bangun juga gagahkan diri,

Dalam perjalanan nak pergi kerja, Bonde mengadu dekat Kanda kaki sakitlah Bang,  Kanda tanya kenapa boleh sakit pulak? jatuh ke? taklah... sambil tu ingat balik kenapa dengan kaki ni... memang sakit dia lain macam... hu hu hu nagis...

Bila ingat-ingat, rasanya malam tadi Bonde mimpi, hiking tak tahu dekat mana
(hiking tu, macam lawak jer...) Ingat-ingat tempat tu luas, cantik lapang... kene daki-daki sebab dia mcm pengunungan...

Hasil carian imej untuk gambar pemandangan yang tenang

Rupa-rupanya... kaki Bonde sakit sebab jalan/hiking jauh dan tak ingat jalan sampai mana? Hadoiii laaaa.

Tu kisah MIMPI bonde.

Ni ada kisah kawan Bonde pula,

Kawan opis ni, dia dengan cerita dia pula... di cakap sakit bahu, Bonde tanya kenapa dengan bahu tu? dia cakap sakit sebab malam tadi mimpi main rubby.. bila bangun pagi bahu dia sakit... mungkin kene empap maklumlah main rubbykan!

Bonde pon interviewlah dia lepas tu...
kami bertukar cerita...

he he he Betul juga kata orang "mimpi jadi kenyataan"

Sebelum tidur tu Bonde ada tengok.. IG gambar pemandangan-pemandangan cantik... adalah gambar gunung-ganang tu...

sekali masuk dalam mimpi...

Tak nak dah mimpi macam ni sakit... dah 2 hari sakit kaki, rasanye kene cari tukang urut betulkan urat... sebab kalau buat jalan memang sakit sangat, hu hu hu


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.