Resepi Maruku Meletop!



Resepi Maruku Meletop!

nama diberi, terliur tengok dalam gambar yang dikongsikan di FB oleh Puan Tahrunnisah Jali..

Katanya...

" Alhamdulillah sekali hadap je suami dan anak2 sambil tengok cite..tak sedar dah abis.. adunan saya ni boleh la dapat sebalang besar tu. sekejap sangat goreng je...kalau nak buat lebih nanti boleh gandakan ye adunan ni...saya guna resepi dari samida tp ada sedikit ubahsuai dr saya ..mashaallah mmg kruk krak dan sedap...semoga Allah murahkan rezekinya."


BAHAN-BAHAN :

300g tepung pulut

200g tepung kacang kuda/cheak peas

1 sudu besar serbuk cili

1/2 sudu besar garam halus

60 gm marjerin yang dicairkan dan masih panas

2 biji telur

1 sudu besar jintan manis** disangrai dahulu/digoreng tanpa minyak

1 sudu besar jintan putih** disangarai dahulu

1 sudu besar gula

segenggam udang kering dibersihkan dan kisar halus - 

250 ml santan cair - air ni boleh letak sikit2 sehingga doh menjadi lembut dan tak lekat ditangan..sukatan air ni sesuai



Acuan yang digunakan


CARA-CARA NAK BUAT :

1. tumbuk atau kisar jintan manis, jintan putih dan udang kering hingga halus/hancur

2. satukan bahan-bahan kering .. gaul sebati .. masukkan marjerin cair dan telor n santan cair gaul lagi hingga jadi doh lembut doh ni tak lekat kat tangan.

3. panaskan minyak masak..sebelum pusingkan adunan ramas2 dulu daun kari masuk dlm minyak panas tadi biar bau kari tu melekat pada maruku kita nanti..n pusing adunan .. dah kekuningan boleh angkat .. 




Bonde tengok gambar pon dah rasa sedap, jom sama-sama kita buat.. Maruku meletop ni...

Resepi pon dah ada... Nak pakai bahan apa ? Acuan apa? Cara nak buat macam mana? cuma kene lebih rajin dan kreatif macam Puan Tahrunnisah Jali

Selamat Mencuba Semua...

KREDIT UNTUK : Tahrunnisah Jali

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.