POPULAR MEMBER SALE 25% [LAST DAY]



Salam dan selamat malam....

Semalam Bonde saja jalan-jalan dekat Popular Book Store Nilai 7 Avenue (area giant) saja-saja jalan tengok-tengok... ada sale ke tak ? sebab macam berbaloi beli "time member sale". 

Lepas tu teringkat Aida ada bagi 1 rebate voucher RM 5.. cari punya cari rupanya tak bawa tinggal dalam diari dekat rumah.... tapi disebabkan Fatin ada beli barang Bonde pon beli 1 novel JS ni... Cafe Morooned harga asal RM 32.00 harga sale rm 22.50 sahaja.  

ketebalan novel ni sama dengan novel MJ 2 inci 1/2 novel cafe morooned ni kompilasi 3 Novel iaitu L.U.V.E + 143, Teja dan Alam Tuah Penulis Pingu Toha.

3 Novel dalam Sebuah Café Marooned


L.U.V.E – tentang Uthman Huzir yang mendambakan gadis pujaan, The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame… dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love. Lalu bagaimana?

143 – kisah cinta yang mengocakkan emosi merah dan biru menjadi warna pelangi cinta ungu. Tiga belahan jiwa yang dipisahkan waktu, jarak dan diri sendiri, dan akhirnya yang menemukan mereka ialah ‘cinta’. Kisah tentang Uth dan Lana.... Lisa dan Haikal. Juga tentang Elina dan Kéri.  Dan tentang Vee dan Bucks dan Rose.

Teja. Alam. Tuah – kisah 3 jiwa yang mencinta. Teja, yang memendam rasa.Alam, yang tak terduga jiwa.Tuah, yang diharapkan cinta.

Dan Café Marooned menjadi saksi pada kisah cinta mereka.
 
* * *
 
PINGU TOHA menulis dengan gaya penulisan tersendiri. Watak-watak yang hidup mampu membuat pembaca tersenyum dan tertawa sambil mengikuti kisah cinta yang unik ini.

POPULAR MEMBER SALE 25% [LAST DAY 15 Nov 2015]




Dan hari ini... 

Bonde sekali lagi ke Popular untuk dapatkan novel terbaru Melur Jelita... The One..

The One lepas harga asal RM 40.00, harga sale RM 30.00 oklah... dengan pembelian RM 35 boleh tolak voucher RM 5 .... yeay... Bonde beli mini planner 2016 RM 3.70 dan ada slot barang fatin 1 dapatlah tukar voucher RM 5 tu..

Apa pun happy sangat... dapat beli 2 novel ni.... yeayyyy... dengan harga sale.

Bila baca tak tahu bila janji hati puas dah lengkapkan koleksi Melur Jelita.

~Bonde Senyum Riang~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Untung beli bila ada promosi diskaun macam ni, Masa ni lah boleh penuhkan koleksi novel penulis pilihan :)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.