RESEPI LOKAN MASAK STIM LIMAU KASTURI



RESEPI LOKAN MASAK STIM LIMAU KASTURI



Lokan adalah sejenis siput yang tinggal di dalam lumur dan dicelahan pokok bakau ... kalau nak cari lokan memang susah sedikit kerana terpaksa meredah hutan bakau dan selut .

Tapi disebabkan rasanya yang sedap... permintaan untuk Lokan semakin tinggi dan harganya juga mahal sekarang.

Didihkan air untuk merebus lokan.. bila lokan terbuka terus ambik isinya

Bahan-Bahan :

Cili Api 10 tangkai dipotong halus
3 btg Serai ditumbuk
1 inci halia dikisar
5 biji limau kasturi ambill airnya
1 biji bawang merah besar di kisar
5 biji bawang putih dikisar
sedikit air 
sedikit garam 
sedikit serbuk cukup rasa maggi

Untuk Hiasan :
3 btg daun sop dihiris halus
2 btg cili merah

Cara Memasak Lokan Masak Stim Limau Kasturi :


Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia, setelah garing masukan sedikit air dan masukan lokan, seterunya masukan air limau dan cili api, selepas itu masukan serai yang telah ditumbuk, letakkan sedikit garam dan serbuk cukup rasa maggi.

Angkat hidangan kedalam mangkuk taburkan daun saderi dan cli merah...Siap untuk santapan.

Selamat mencuba...


~Bonde Senyum Riang~




Catat Ulasan

5 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.