CARA PERAB IKAN BAKAR BONDE STYLE




Assalamualaikum...



Bonde nak kongsikan cara nak Perap Ikan Untuk buat Ikan Bakar:


CARA PERAB IKAN BAKAR BONDE STYLE




Bahan- bahan:

6 ekor Ikan Cencaru
3 Biji Bawang Besar dikisar
5 ulas Bawang Putih dikisar
5 Batang Serai dikisar
5 SB cili kisar
5 SB serbuk cili babas
5 SB serbuk sup adabi
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Cara-caranya:

Siang ikan, cuci dengan bersih dan letakkan dalam dulang.

1. Ikan yang telah dibersihkan.

2. Lumur seluruh ikan dengan garam luar dan dalam ikan.

3. Taburkan kunyit luar dan dalam ikan.

4. Letak halia pada ikan luar dan dalam.

5. Letakkan serai luar dan dalam ikan.

6. Letakkan serbuk rempah sup adabi dalam dan luar ikan.

7. Letakkan cili kisar yang telah dicampurkan sebuk lada babas, luar dan dalam ikan.

8. Ikan yang telah selesai di letakkan rempah perab, di simpan dalam plastik selama 1 jam bagi rempah sebati dengan ikan.


Ikan yang hendak dibakar hendaklah dibungkus menggunakan daun pisang untuk di bakar dan bila gunakan daun pisang aromanye sangat wangi. 



Cara tradisional, Bakar Ikan dengan menggunakan api bara sederhana supaya ikan tidak hanggus.

Cara moden pula,boleh dibakar menggunakan Pan Ajaib.

Ikan bakar sedap dimakan semasa panas.

Ikan bakar sedap dimakan bersama cili kicap.

Selamat Mencuba.....

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Boleh try nie..
    Cam best je..

    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    BalasPadam
  2. yup.. mmg ikan bakar best makan time panas2... kalau saya lebih prefer makan macam tu je tanpa nasi...

    BalasPadam
  3. comelnya ikan-ikan tu.. hehehehe..
    lama x makan ikan bakar gini.. :)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.