Biskut Cornflakes Ranggup

Biskut Cornflakes Ranggup Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua.. Bonde nak kongsikan dengan anda semua satu resepi yang mudah nak dibuat mengunakan cornflakes.  Biskut ni memang sedap dimakan bukan sahaja waktu raya, tapi bila-bila masa pun sedap dimakan. Kalau rasa teringin nak makan cari bahan-bahan lepas tu buat.  Untuk tidak membuang masa jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Biskut Cornflakes Ranggup.

Biskut Cornflakes Ranggup



Bahan-Bahan

250 gm mentega

3/4 cawan gula aising

1 sudu kecil esen vanilla

1 biji kuning telur

250 gm cornflakes (ramas-ramas sikit)

2 cawan tepung naik sendiri (diayak terlebih dahulu)

mangkuk kertas secukupnya

ceri merah dihilis kecil atau ikut saiz kegemaran anda


Cara-cara :

1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati

2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi, setelah itu masukkan esen vanilla


3. Masukkan tepung naik sendiri dan conflakes yang telah di ramas... gaul sebati gunakan senduk kayu 

4. Masukkan dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri merah 

5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15-20 minit

6. Biarkan sejuk seketika dan simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Resepi ni Bonde Google jer, Bonde gunakan ceri merah sahaja, anda boleh gunakan ceri yang berwarna hijau jika suka.
Sedap tau!

Selamat Mencuba.

 
~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

4 PEMBERI ULASAN

  1. Satu2nya kuih yg saya reti buat ialah cornflakes madu haha. Btw, Selamat Hari Raya buat Bonde ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya... Juga, cornflakes Madu senang jerkan!

      Padam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.