PROJEK 1: SAMBAL CILI API BILIS BELIMBING BULUH versi BONDE

ASSALAMUALAIKUM

PROJEK DIMALAM HARI...

SAMBAL CILI API BILIS BELIMBING BULUH VERSI BONDE...

BAHAN BAHAN:

BELIMBING BULUH
CILI API MERAH
CILI API HIJAU
BAWANG PUTIH
BAWANG MERAH
IKAN BILIS
MINYAK
GULA
GARAM
(KUANTITI BAHAN BAHAN IKUT SUKA)

CARA CARA MEMASAK:

(BAHAN BAHAN DI ATAS DIBERSIHKAN DAN DI KISAR 1 PERSATU)
KISAR BELIMBING TIDAK PERLU LETAK AIR.

BONDE MASAK GUNA PERIUK AJAIB GEN 2

PANASKAN MINYAK, MASUKKAN CILI API HIJAU/MERAH YG TELAH DIKISAR, SETELAH GARING MASUKAN BAWANG PUTIH/MERAH, TUNGGU SEHINGGA GARING, MASUKAN BELIMLING BULUH YG TELAH DIKISAR... KACAU DAN TUTUP BIARKAN MASAK RATA..KECILKAN API, TAK PERLU KACAU SELALU,BIARKAN GARING... DGN PENGGUNAAN PERIUK AJAIB GEN 2 TAK PERLU BIMBANG KERANA FUNGSI NON STICK NYA MASAKAN TIDAK AKAN MELEKAT. BOLEH DITINGGALKAN... DAN BUAT KEJE LAIN...(Sambil buat jeruk PROJEK 2:)
KACAU KALI PERTAMA LETAK GULA DAN GARAM SECUKUP RASA) KACAU RATA DAN TUTUP. BIARKAN SAMBAL GARING DAN KERING SEDIKIT.

DALAM MASA 15 MINIT KACAU SEKALI LAGI...
DAN SIAP SEDIA UNTUK DIMAKAN.

MASAK SAMBAL NI AMBIL MASA LAMA. KERANA SAMBAL NI TAHAN LAMA...JIKA DISIMPAN.. SEPERTI SAMBAL TAUN ORG JAWA..

OK SELAMAT MENCUBA ;)


Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

8 PEMBERI ULASAN

  1. wah yummy...kalau ada belimbing buluh ble try ni..biasa buat sambal lada..samabal bubuk jer

    BalasPadam
  2. dekat pahang panggil sambal hitam ni. sedapnyaaa bonde ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nani betul tu...
      Sambal hitam, warisan Pahang...
      yg ni versi bonde...

      Padam
  3. sambal hitam kan Bonde, memang sedap sangat, kak ana tak pernah buat lagi tapi selalu gak makan..tq share resepi, nnt kak ana cuba versi Bonde ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedappp... Bawak sambal ni g holiday langkawi...
      Selamat mencuba

      Padam
  4. alahai...sedapnya mkm dengan ulam...ishh.mana nk cari belimbing buluh nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. JM Kat kg2 banyak...
      Ada juga yg Jual Kat Pasar malam...

      Padam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.