Nak Kahwin? What To Do List?



Nak Kahwin? What To Do List? Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai Reader Semua... Apa Khabar? Dah nak mula musim cuti sekolah tak lama lagikan mesti ramai yang dah rancang nak buat kenduri kahwin masa yang sesuai "cuti sekolah" Bonde dulu memang tulis dekat diary sahaja, sebab senang tengok balik nanti. Bukan apa kepala tengah serabut memang banyak benda nak ingat banyak perkara jadi kemana-mana kena ada buku nota dan pen.  Kalau tak disenaraikan pasti ada yang terlupa dan tertinggal.  Sedikit pengalaman yang lepas... Memang banyak mengajar dan boleh diperbetulkan lagi melalui perbincangan. Alhamdulilah semuanya dipermudahkan biasalah ada sedikit yang tak ikut list tu perkara biasa kadang-kala 'last minute" boleh berubah.  Tapi taklah murung sangat sampai tak lalu makan, semua tu boleh "adjust" dan "under control" lagi he he he


Nak Kahwin? What To Do List?

Nak Kahwin? What To Do List?

Bonde sediakan Check List Majlis Kahwin untuk anda bakal pengantin atau family pengantin Kakak, Abang, Adik atau ada Ibu-Ibu dan Bapa-bapa yang bakal terima menantu tu bolehlah kongsikan berkaitan perkara ni kepada mereka untuk persediaan.

 6-12 Bulan Sebelum Majlis

Nak Kahwin? What To Do List?

5 Bulan Sebelum Majlis

Nak Kahwin? What To Do List?

3 Bulan Sebelum Majlis 

Nak Kahwin? What To Do List?

1 Bulan Sebelum Majlis

Nak Kahwin? What To Do List?

 2 Minggu Sebelum Majlis

Nak Kahwin? What To Do List?

1 Hari Sebelum Majlis

Nak Kahwin? What To Do List?

Hari Majlis

Nak Kahwin? What To Do List?


Doa Untuk Pengantin Baru


“Ya Allah, satukanlah hati (nama pengantin)
Seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman keyakinan dan tawakal kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkan rezeki mereka dan kurniakan kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawwadah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat.” –Amin Ya Rabbal Alamin-


“Ya Allah Ya Tuhan Kami, 
Kami memohon doa restumu….
Berkatilah majlis perkahwinan ini, Berjalan dengan sempurna seperti mana yang Engkau kehendaki, Dan semoga jodoh perkahwinan ini akan berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat. Amin, Ya Rabbal Alamin…”


Ya Allah Ya Tuhan Kami
satukanlah hati kedua pasangan mempelai ini dengan iman, keyakinan dan tawakal kepadaMu, panjangkanlah umur mereka, lapangkanlah rezeki mereka, dekatkanlah mereka menuju kebaikan, jauhkanlah mereka dari keburukan, kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat, berkatilah perkahwinan mereka serta berkekalan sehingga akhir hayat.”



Bismillahirrahmanirrahim…. Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
“Kami memohon hidayah dan restu dari Mu. Berkatilah majlis ini, limpahkanlah rahmat ke atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumahtangga mereka aman bahagia dalam ketaatan kepada Mu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini. Semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat.”


Ya Allah Ya Tuhan Kami,

“Andainya Kau telah takdirkan jodohnya berilah mereka berdua kebahagiaan buat selamanya. Tempatkan mereka di antara orang-orang yang paling Kau sayang dan kekalkan jodoh mereka hingga ke akhir hayat.”

Moga apa yang dikongsikan ini bermanfaat kepada semua, Aamiin.

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Sangat berguna info dan perkongsian ni..memang tengah buat list untuk perkahwinan anak nanti...

    BalasPadam
  2. Wowwwww perkongsian yg menarik ni bonde. Tp dh khwin. Blh sharing dgn kwn2 yg merancang ni. Tq bonde

    BalasPadam
  3. Saya sblm kawen mmg buat to do list hehe

    BalasPadam
  4. Bagus perkongsian daripada bonde ni buat bakal raja sehari. At least diorang tahu apa persediaan sebelum menjelang hari bahagia

    BalasPadam
  5. Waa mmg sgt berguna entri dan info dari bonde ni, siap doa2 unt diamalkan tu pon mmg sejuk mata baca hehe. Bagus check list tu, bagi yg nk berkahwin mmg bagus rujuk list tu.

    BalasPadam
  6. Terima kasih Bonda. Bagi Naim dalam list ini ikut kemampuan kita kan. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu takut sanggup berhutang demi hari kawin kita.

    BalasPadam
  7. Thanks for sharing. Malay's wedding & Chinese wedding are slightly different.
    But I dah nak divorce, tak berani nak kahwin dah.

    BalasPadam
  8. Menarik perkongsian ni bonde...good sharing

    BalasPadam
  9. ha bakal pengantin tu elok sangat print check list ni. tak la kelam kabut.. at least boleh tengok apa dah setel & belum lagi

    BalasPadam
  10. Hamboi mcm2 to do list. Nanti la fikir hahaha

    BalasPadam
  11. Sangat lengkap segala to do list bakal pengantin ni. Fuh! Nak tambah cadangan lah. Tambahkan 1 masa utk test make-up. Sebab kadang2 taste MUA tak kena ngan taste kita.

    BalasPadam
  12. Dah nak hujung tahun ni memang musim kenduri la sebab cuti sekolah kan..nk buat majlis besar ni memang kena ada perancangan dari awal sebab kdg2 kita x dpt agak masa yg diperlukan untuk selesaikan persiapan sebelum majlis..

    BalasPadam
  13. Errmm...nasib dah lepas..ahahaha...InsyaAllah dengan kerjasama sama-sama semuanya dipermudahkan... Sha dulu mak ayah banyak tolong.. apa2 pun belanjalah mengikut kemampuan..jangan sampai lepas kawen pusing kepala

    BalasPadam
  14. wah wah, banyak betul ya bnda kena prepare. terima kasih untuk perkongsian ni. mungkin boleh get ready sebelum jumpa calon. eh.

    BalasPadam
  15. Ini baru checklist, duit hantaran RM 55,000 (Lepasan Master)tak cukup-cukup lagi,macam mana nak kahwin. Itu yang duk postpone, next year to next year, umur pun dah makin tua!

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.