NuMee, Mee Kuning Terbaharu Dari Gardenia Sungguh Sedap

NuMee, Mee Kuning Terbaharu  Dari Gardenia Sungguh Sedap Assalamualaikum dan selamat malam, Hai reader semua... Dah Dinner ke tu? Baiklah Bonde nak kongsikan dengan anda semua tentang Nu Mee Gardenia  sapa dah pernah beli dan cuba Nu Mee angkat tangan. Siapa yang tak pernah beli tu, Bolehlah pergi super market cari NuMee Gardenia nih.  Bonde nampak ada banyak pasaraya dan mini market jual NuMee nih.


NuMee, Mee Kuning Terbaharu  Dari Gardenia Sungguh Sedap

NuMee, Mee Kuning Terbaharu  Dari Gardenia Sungguh Sedap

Menarik Tentang NuMee Gardenia


NuMee Gardenia adalah mee kuning segar pertama di Malaysia yang dipasteur, dihasilkan oleh Gardenia. Kepakaran Gardenia menghasilkan roti diaplikasikan dalam proses penyelidikan dan pembuatan mee kuning ini. Penyelidikan intensif selama lebih 2 tahun adalah petanda komitmen Gardenia untuk memberikan yang terbaik untuk para ibu dan penggemar mee kuning di seluruh tanahair.

NuMee, Mee Kuning Terbaharu  Dari Gardenia Sungguh Sedap
Maklumat Tentang NuMee Gardenia:


Diperbuat menggunakan bahan berkualiti tinggi oleh pakar dalam penghasilan tepung, Gardenia.


Dipasteurkan. NuMee Gardenia melalui proses pempasteuran, dimana ianya menghapuskan bakteria dan mikroorganisma berbahaya yang mempercepat kerosakan makanan.

Tiada pewarna tambahan. Warna mee kuning kami terhasil hanya daripada proses semulajadi iaitu daripada campuran garam dan tepung.

Rasa dan bau alkali yang kurang.

NuMee kurang berminyak dan tiada penggunaan Asid Borik di dalam pembuatan NuMee Gardenia.


Rata-rata kawan Bonde yang dah try masak NuMee Gardenia ni, semua cakap ianya sedap kalau masak berkuah contoh mee hailam dan mee kari, Jadi untuk kali pertama mencuba NuMee Gardenia nih, Bonde cuba untuk masak Mee Hailam.  Bahan-bahan ringkas sahaja guna apa yang ada dekat dapur rumah dan stok dalam peti ais.

Resepi NuMee Seefood Hailam 

Bahan-bahan

1 bungkus NuMee Gardenia
200 gram sotong
200 gram udang
1/2 bungkus fishball
1 biji bawang merah (hiris)
9 biji cili akar (tumbuk pecah-pecahkan je)
4 sudu cili kering ( yang telah dikisar)
1 ikat sawi bunga
kicap kipas udang secukupnya
sedikit lada hitam
sedikit garam
sedikit serbuk cukup rasa maggi
sedikit minyak untuk menumis
air secukupnya





Cara-cara Memasak NuMee Seefood Hailam 

Pertama sekali ambik NuMee tadi, letak dalam mangkuk dan basahkan dekat air (caranya lalukan jer dekat air) selalu kalau masak mee Bonde memang buat macam nih! lepas tu gaul dengan kicap kipas udang, letak tepi sementara.

Tumis minyak bila sudah panas masukan cili kering yang telah dikisar, bila sudah garing masukkan bawang merah, bila bawang sudah nampak layu masukkan seafood udang, sotong dan fishball masukkan  air secukupnya, kalau suka banyak kuah bolehlah letak lebih dan tambah kicap dan lada hitam.  Bagi Kuah mendidih lepas tu... masukkan NuMee Gardenia kacau rata, masukkan garam, serbuk cukup rasa maggi, masukkan sayur sawi dan cili akar tadi, kacau-kacau pelahan-lahan bila sudah nampak sebati dan masak rata, NuMee Seefood Hailam siap untuk dimakan.




Mee Hailam ni, kalau dah siap kena cepat-cepat makan baru sedap! kalau tunggu lama-lama kejap lagi kuahnya kering mee akan rasa masin sikit. Memang selera Bonde makan mee panas-panas.


Selamat Mencuba!

Sebarang maklumat dan info boleh rujuk di : https://numeegardenia.com.my/

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

12 PEMBERI ULASAN

  1. macam sedap jer ni. kena try beli nanti. cuma kat srwk payah sikit nak cari nanti dtg semnjg kena beli ni hehe

    btw jemput join segmen :)
    http://www.zianaeunos.com/2019/10/segmen-jom-tukar-link-bloglist.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh dekat Serawak belum masuk lagi stok NuMee Gardenia yea... Nanti kalau ke semenanjung boleh lah cuba

      Padam
  2. Sedapnye mee goreng seafood hailam
    Dah try juga mee kuning gardenia ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti bolehlah cuba resepi saya yang ringkas cepat dimasak sedap dimakan cewah..

      Padam
  3. Kita dah cuba nu mee gardenia ni. Sedap je ikut tekak ni #takcerewet.. Hehe

    BalasPadam
  4. Sejak numee ade mmg slalu pakai brand ni... Tjamin halal. Dan mmg sedap..tq bonda untuk resipi ;)

    BalasPadam
  5. saya pun sekarang kalau masak pakai numee ni ...

    BalasPadam
  6. Alahai...sedapnya Bonde..kalau la Sa ni sihat dan boleh makan semua ni kan best..sekarang gak pi cari bahan buat mee goreng..hahaha

    BalasPadam
  7. Menggodalah new gardenia ni. Resepi bonde pun best boleh try nnti

    BalasPadam
  8. Resipi senang. Boleh try tapi mana gambar NuMee Hailam yang dah siap... Kecewa tak ada baru nak tengok. Hahaha

    BalasPadam
  9. Saya suka mee ni.. Sebab tak de bahan pengawet yang tinggi..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.