BondeZaidalifahDotCom: IDAMAN VILLA @ MALACCA HOMESTAY PILIHAN BILA BERCUTI DI MELAKA

IDAMAN VILLA @ MALACCA HOMESTAY PILIHAN BILA BERCUTI DI MELAKA

4:53 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang.

Minggu lepas Bonde dan beberapa sahabat blogger yang lain diberi perluang untuk berkumpul dan berehat bersama family masing-masing.  Kami telah memilih lokasi kali ini di sebuah rumah 3 tingkat yang terletak di Melaka.

Idaman Villa @Malacca

Idaman Villa @Malacca terletak di Taman Kota Syahbandar, Melaka. Terletaknya di tengah-tengah bandar Melaka. 

Dengan hanya 5 minit ke Jonker Walk, 8 minit ke Taming Sari, 9 minit ke Dataran Pahlawan, 11 minit ke The Stadthuys, 12 minit ke A'Famosa, dan pelbagai destinasi bersejarah di Melaka.

Idaman Villa @Malacca ini dilengkapi dengan 7 bilik tidur, 6 tandas, TV dengan lebih 50 siaran di ruang tamu, TV dengan lebih 20 siaran untuk bilik tidur utama (master bedroom) di tingkat 1 dan 2 dan juga TV di semua bilik tidur. 

-WiFi disediakan dengan kelajuan internet 30Mbps. 

-Dapur yang tersedia boleh digunakan untuk memasak. Sesuai untuk apa jua aktiviti sama ada melancong atau urusan perniagaan. Kalau anda sedang mencari-cari di mana mahu bermalam di Melaka, Idaman Villa @Malacca ini lah tempatnya.

IDAMAN VILLA @ MALACCA HOMESTAY PILIHAN BILA BERCUTI DI MELAKA


Idaman Villa @Malacca

Belum masuk lagi sudah rasa teruja yang amat sangat... besarnya rumah, dari luar dah kira ada berapa tingkat rumah ni... Wow sangat jom masuk tengok apa yang ada dekat dalam...

1) Pintu Utama


Pertama kali Bonde masuk rumah yang tak gunakan kunci! tak gunakan kunci habis tu gunakan kad macam kat hotel tu ke? Salah semua jawapan tu... pintu rumah ni menggunakan sistem automatik iaitu mengunakan sistem touch n password.  Canggih dan sangat morden sekali. (rumah ko hado) hi hi hi... 

Mungkin ini adalah sistem yang bagus dan nampak terbaik sebab apa kalau duduk satu rumah macam ni, tak takut kalau ada yang tertinggal kunci rumah dan nak balik waktu malam pon tak yah nak jerit-jerit dekat luar suruh orang bukak pintu.  Sistem ni nampak memudahkan ahli-ahli yang duduk disitu.

 2) Ruang Tamu

Ruang tamu dilengkapi dengan TV dengan lebih 50 siaran untuk ditonton dan juga WiFi selaju 30Mbps.

Waktu santai-santai bersama keluarga memang best tengok tv sambil gerak-gelak dan layan WIFI yang laju tu. 
  

3) Ruang Legar Dan Ruang Makan 

Terdapat 2 meja makan diruang ini iaitu :
- meja makan bujur besar untuk 8 orang 
- mini bar untuk 4 orang

Terdapat 1 meja bulat besar diluar
- meja bulat disebelah luar untuk 8 orang, 

Idaman Villa @Malacca

Idaman Villa @Malacca

Jom terjah tingkat 2 

4) Bilik 2-1. 

-Bilik tidur tingkat 2 ini dilengkapi dengan dua katil king dan penghawa dingin. mempunyai kelengkapan lain seperti seterika elektrik,iron board dan sejadah.

-Bilik Mandi pula terdapat shower, pemanas air,  gel mandian dan tuala mandi. 

Idaman Villa @Malacca

Idaman Villa @Malacca

- Ada juga sudut santai di balkoni dengan set kerusi meja.

5) Bilik 2-2. 


- Bilik tidur ini dilengkapi dengan dua katil single. Bilik ini sesuai untuk mereka yang masih single. sama ada untuk anak dara atau anak teruna.  Berkongsi berdua.

Idaman Villa @Malacca

6) Bilik 2-3.

-Bilik tidur ini dilengkapi dengan dua katil single. Pun sama untuk sama ada untuk anak dara atau anak teruna. Berkongsi berdua.

Idaman Villa @Malacca

Jom terjah tingkat 3

7) Bilik 3-1.

-Bilik tidur (Master Bedroom) tingkat 3 ini dilengkapi dengan dua katil queen dan penghawa dingin. Bilik besar dan selesa sangat untuk family yang besar.

Idaman Villa @Malacca


Idaman Villa @Malacca

8) Bilik 3-2. 

Bilik ini dilengkapi dengan 2 katil single. Sama juga, untuk ahli keluarga yang mempunyai anak dara dan anak teruna bilik ini memang sesuai untuk mereka berkongsi. 


Idaman Villa @Malacca


9) Bilik 3-3. 

-Bilik ini dilengkapi dengan 1 katil queen. Pemandangan sangat menarik sekali, bahagian tepi menggunakan dinding kaca  membuatkan suasana bilik lebih romantik.  Sesuai untuk mereka pasangan yang baru berkahwin "mood honeymoon"


Idaman Villa @Malacca

Bilik ini juga menghadap ke pantai, Kalau lepak tepi balkoni memang  banyak idea nak tulis entri masuk mencurah-curah bagai air hujan gitu.

10) Bilik 1-1.


Bilik ini dilengkapi dengan 1 katil queen. Bilik tidur yang terletak di tingkat bawah ianya juga besar dan selesa mempunyai bilik air sendiri. 

Pilihan terbaik bagi mereka yang mempunyai sakit lutut atau kaki, ibu mengandung, family yang mempunyai anak yang sedang menyusu botol senang nak buat susu sebab bilik ini terletak berhadapan dapur tak perlu naik dan turun tangga semata-mata nak bancuh susu.

Idaman Villa @Malacca

11) Ruang Dapur. 


Kemudahan dapur memasak yang lengkap. Kalau bercadang mahu masak-masak, jangan risau dengan kelengkapan yang tersedia. Lihat seperti di gambar bawah ; dapur dilengkapi dengan periuk nasi elektrik, cerek elekrik, dapur gas, pinggan mangkuk dan sebagainya.


Idaman Villa @Malacca

Baiklah bagi Bonde, Homestay Idaman Villa ini memang sesuai untuk anda yang nak buat aktiviti bersama keluarga, untuk yang nak buat aktiviti bersama rakan juga sesuai seperti nak buat BBQ, nak buat Mini Gathering, nak buat Mini Reunion semua sesuai. Akan datang Bonde bercadang nak buat family day bersama family Bonde disini, bukan apa ianya memang seronok masa bersama ahli keluarga yang lain memang perlu diluangkan memandangkan hari-hari lain semua sebok dengan tugasan dan komitmen kerja masing-masing. 

Lepas ni, Bonde  nak bermalam disini lagi... InsyaAllah kalau ada rezeki.


Idaman Villa @Malacca

Kami sudah ready nak balik, semua kenangan dah tercipta disini, Kalau anda yang tertanya-tanya macam mana nak duduk dekat sini, anda bolehlah berhubung dengan owner homestay ni yea.

Untuk Pertanyaan lanjut dan tempahan Idaman Villa, sila hubungi

Tel : 012-2118246
Tel : 016-2098623
Email : support@idamanvilla.com
Website : http://idamanvilla.com/idaman-villa-malacca/

Idaman Villa @Malacca


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

6 TEGURAN MEMBINA

  1. Memang selesa sangat duduk sini. Recommended !

    ReplyDelete
  2. wahhh..besarnya..puas hati kalau buat family gathering ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang puas hati... dekat dengan bandar, semua tahu Melaka selalu sesak, jadi ini adalah pilihan yang terbaik.

      Delete
  3. Nmpk selesa sgt villa ni. next time boleh try kalau p melaka

    Singgah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu. ❤
    theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. Memang selesa sangat duduk sini. Recommended !

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN