BondeZaidalifahDotCom: RESEPI KENGSOM THAI @ ASAM PEDAS THAI

RESEPI KENGSOM THAI @ ASAM PEDAS THAI

9:14 pm

Assalamualaikum... dan selamat malam,

Semalam Bonde ada kongsikan gambar semangkuk Kengsom yang Bonde Makan di Intagram dan Facebook.


RESEPI KENGSOM THAI @ ASAM PEDAS THAI


Sebenarnya,

Bonde pertama kali makan Kengsom ni dekat Hattyai hari tu, pertama kali cuba terus suka, Buat pengetahuan semua Bonde tak pernah masak lagi, Kengsom ni selepas makan di Hattyai hari tu, Bonde ada mencuba resepi yang sama di Restoran di Malaysia, Lokasi pertama Bonde cuba di Area Dato' Abu Bakar Banginda Bangi, Restoran MZ  Cafe namanya.. Memang sedap sekali rasanya pon sama seperti makan dekat Hattyai hari tu, kali kedua Bonde cuba order dekat sebuah Restoran di Nilai Amira Seafood... memang puas hati rasa memang sebiji sama.

Semalam Bonde ke The Mines Shopping Fair balik singgah makan di Restoran MZ Cafe sekali lagi... Emmmm memang dah kecurlah air liur dalam mulut bila tunggu Kengsom tak sampai-sampai pula.



Bonde dah siap google resepinye... Jom tengok nanti nak cuba buat sendiri..  : 


RESEPI KENGSOM THAI @ ASAM PEDAS THAI


Bahan-bahan:

1. Seekor ikan.



( Ikan Siakap, paling sedap masak ni, kalau nak guna  ikan lain pon boleh.. kerat ikut macam biasa seekor saiz sedang-sedang cukup untuk makan 4-5 org.

2. Bawang Putih - 5/6 ulas    *

3. Cili Padi - 10 biji (kalau nak pedas lagi, tambah lagi)   *

4. Kunyit - setengah inci  *

5. Belacan - besar ibu jari  *

6. Nenas - sebiji. 
(kalau tak suka nenas, letak separuh je. nenas ni cari yang masak jangan terlalu muda nak rasa manis air nenas tu)

7. Sayur Kangkung - seikat atau dua. 
(ikut suka, kalau suka sayur, letak banyak pon tak pe.)

8. asam jawa

9. garam secukup rasa


Cara nak masak:

1. Blend semua bahan yang bertanda *

2. Letak bahan yang diblend tadi dalam periuk dan tambah air dan jerang. air ni korang agak-agaklah, kalau suka kuah banyak, letak banyak tapi kena pastikan bahan yang diblend tu balance la dengan air tu. kalau nak kuah lebih, anda boleh jugak tambah bahan-bahan yang dikisar tu jadi tak de la cair kuah nanti.

3. Lepas tu, agak-agak kuah dah mengelegak, letak ikan dan nenas.

4. Lepas tu, letak garam secukup rasa.  jangan lupa asam jawa. bagi rasa masin masam manis semua la. manis dari buah nenas tu mmg umphh la. sebab tu nenas beli yang masak tau.

5. Last sekali baru letak kangkung. Kalau suka makan sayur, boleh letak kangkung sampai 2 ikat boleh juga tambah kubis bulat dan jagung manis bukan jagung yang kecik tu tau.

Selamat mencuba.



~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

5 TEGURAN MEMBINA

  1. wow... sedap sis... thanks for sharing leh try buat ni...

    ReplyDelete
  2. tengok bahan-bahannya pun dah tahu memang sedap bonde :)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi rasa menu ni bonde. Terima kasih for resepi. Nampak dari gambar macam menyelerakan je....hihi....

    ReplyDelete
  4. wow..tak pernah try..mcm sedap ni !

    ReplyDelete
  5. Owh.. kena bubuh nenas ye.. Cam sedap je.. teringin nak cuba.. bookmark dulu..

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN