STATUS PUASA QADHA' + PUASA 6 SYAWAL



Puasa Qadha' dan Puasa Sunat 6 Hari dalam Syawwal menjadi Soalan Lazim saban Tahun. Boleh ka gabung puasa? Sah ka? Dapat tak Pahala Puasa 6 kalau Gabung? 


Bismillah, mari kita lihat tiga pendapat Ulama yg mana kesemuanya adalah betul, sahih dan boleh diamalkan. Jadi selepas ini tidak perlu pening kepala lagi untuk mencari mana satu yang lebih Rajih/ Sahih jika anda bukan seorang yang berkemahiran dalam Ahli Tarjih.


 STATUS PUASA QADHA' + PUASA 6 SYAWAL


STATUS PUASA QADHA' + PUASA 6 SYAWAL


Pendapat 1 : Melakukan secara berasingan yakni mendahulukan Puasa Qada' terlebih dahulu kemudian melakukan Puasa Sunat 6 Syawwal. 


Pendapat ini boleh diamalkan bagi mereka yang tidak banyak jumlah Puasa yang perlu diQadha' dan yakin akan sempat melakukan kedua-duanya sebelum habis bulan Syawwal. Dan ini adalah Pendapat yang paling Afdhal menurut sisi semua ulama dalam Mazhab Syafie.



Pendapat 2 : Boleh melakukan Puasa Sunat 6 Syawwal terlebih dahulu Kemudian melakukan Puasa Qadha'.


Berdalilkan riwayat dari Sayyidatuna A'isyah r.a : 


ูƒุงู† ูŠูƒูˆู† ุนู„ูŠَّ ุงู„ุตูŠุงู… ู…ู† ุดู‡ุฑ ุฑู…ุถุงู† ูู…ุง ุฃู‚ุถูŠู‡ ุญุชู‰ ูŠุฌูŠุก ุดุนุจุงู†، ู„ู…ูƒุงู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…. ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡.


Maksudnya: “Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya’ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah saw. 


Berdasarkan dalil di atas maka sebahagian ulama' menghukumkan harus bagi seseorang untuk menangguhkan Puasa qadha' dan memberi isyarat bahawa qadha' puasa itu tidaklah seperti qadha' solat  yang mesti disegerakan sebaik sahaja teringat. 


Kepada sesiapa yang merasakan tidak mungkin sempat menghabiskan puasa qadha' terlebih dahulu kerana banyak jumlah yg perlu digantinya. Atau mungkin kerana tidak mahu terlepas dari kebaikan dan fadilat 6 hari  Syawwal, maka bolehlah dia beramal mengikut pendapat ini.


*Namun di sisi Ulama' Syafie, ianya Makruh kerana mendahului perkara yang wajib daripada yang sunat itu adalah lebih disukai.



Pendapat 3 : Menggabungkan kedua-duanya sekaligus akan mendapat hasil pahala bagi kedua-duanya. 


Inilah merupakan Pendapat sebahagian Ulama' Syafie dengan menggunakan Qiyas terhadap Solat Fardhu yang dikerjakan seseorang ketika mana ia masuk kedalam masjid, dia telah pun menggugurkan kesunnahan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid keatas dirinya. Yakni Pahala solat Sunat Tahiyyatul Masjid akan terhasil sekali dengan Solat Fardhu tersebut.


Fatwa ini juga dinukilkan dari Imam yang muktabar didalam Mazhab syafie antaranya , Imam Ar Ramli, Imam Ibn Hajar Al Haitami dan Syaikhul Islam Zakariya Ansari.

*Berkata Imam Ramli*: Terhasillah puasa qadha tersebut walaupun disertakan niat yang lain dan terhasil juga pahala puasa enam sepertimana yang dinukilkan oleh golongan mutaakhirin. (Fatawa al-Ramli). 


Maka sesiapa yang merasakan lebih selesa atau kesuntukan masa untuk melakukan kedua-duanya secara berasingan bolehlah menggabungkan kedua sekali, terutamanya untuk kaum wanita yang mempunyai suami supaya tidak terhalang untuk puasa sunat dan dalam masa yang sama ingin berkhidmat kepada suami.


Ustaz, ada pendapat kata tak sah gabung? Yang ni Qoul Dhoif didalam Mazhab Syafie. Intaha! 



BOLEH KE GABUNG NIAT PUASA QADA DAN PUASA SUNAT 6 HARI DI BULAN SYAWAL?”


▶️ PENDAPAT YANG PERTAMA


1) Adalah lebih baik jika dilakukan secara berasingan niat puasa syawal dan puasa qada. Kerana ada ulama berpendapat bahawa tidak sah tetapi akan dikira puasa yang fardu sahaja dan puasa sunat Syawalnya tidak dikira. 


Ini adalah menurut pendapat Imam Al-Asnawi, Syeikh Ibn Al-Salah, Abu Makharamah. Mereka berhujah bahawa tidak boleh digabungkan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.


๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—˜๐—ก๐—”๐—  ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ


๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—˜๐—ก๐—”๐—  ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ


๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น :

1) Diibaratkan Puasa Selama Setahun.

2) Menyempurnakan Kekurangan Ibadah Puasa Di Bulan Ramadan.

3) Disediakan Pintu Syurga Bernama Ar-Rayyan.

4) Dapat Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT.

5) Melatih Diri Untuk Istiqamah Melakukan Kebaikan Walau Berlalunya Ramadan.


๐—ก๐—œ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—˜๐—ก๐—”๐— 


๐—ก๐—œ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—˜๐—ก๐—”๐— 


๐—ก๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—˜๐—ป๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ท๐—ฎ

ู†َูˆَูŠْุชُ ุตَูˆْู…َ ุบَุฏٍ ุนَู†ْ ุดَูˆَّุงู„ْ ุณُู†َّุฉً ู„ِู„َّู‡ِ ุชَุนَุงู„َู‰

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa sunat Syawal pada esok hari, kerana Allah Taala.”


๐—ก๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ค๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ (๐—š๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ) ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—˜๐—ป๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น


๐—ก๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ค๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ (๐—š๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ) ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—˜๐—ป๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น

ู†َูˆَูŠْุชُ ุตَูˆْู…َ ุบَุฏٍ ุนَู†ْ ู‚َุถَุงุกٍ ูَุฑْุถَ ุฑَู…َุถَุงู†ً ูˆَุตَูˆْู…َ ุดَูˆَّุงู„ْ ุณُู†َّุฉً ู„ِู„َّู‡ِ ุชَุนَุงู„َู‰

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa ganti Ramadan yang wajib ke atas diriku beserta puasa sunat Syawal pada esok hari, kerana Allah Taala.


Semoga Allah SWT Mengangkat Segala Amal Ibadah Kita๐Ÿคฒ๐Ÿผ



▶️ PENDAPAT YANG KEDUA


2) Adalah SAH jika menggabungkan niat puasa 6 dibulan Syawal dengan puasa qada serta mendapat ganjaran pahala kedua-duanya.


Ini adalah menurut pendapat Imam Ibn Hajar Al-Haitami, Syeikh Muhammad Ramli, Imam Al-Barizi, Syeikhul Islam Syeikh Zakaria Al-Ansari dan kebanyakan ulama mutaakhirin. 


๐Ÿ“ŒDatuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan:


“Saya lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dua niat”


FADHILAT PUASA HARI PUTIH

FADHILAT PUASA HARI PUTIH


Daripada Qatadah bin Milhan RA, katanya:


“Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 haribulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”


Riwayat Abu Daud (2449)


NIAT PUASA HARI-HARI PUTIH


NIAT PUASA HARI-HARI PUTIH


TARIKH PUASA HARI PUTIH


TARIKH PUASA HARI PUTIH


Semua yang di kongsikan ini saya baca diFB dan saya himpunkan untuk tujuan pembelajaran dan rujukan diri sendiri dan semua dimasa akan datang...


Selamat Berpuasa semua...

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.