Bendera Selangor



Bendera Selangor ialah bendera yang mewakili negeri Selangor, Malaysia. Bendera ini mempunyai reka bentuk ringkas.

Warna-warna pada bendera Selangor ialah:


Merah

Kuning 

Putih

Setiap warna mempunyai makna dan simbolisme tersendiri:



Bendera Selangor

Maksud Bendera Selangor


Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.

Maksud Bulan sabit Dan Bintang

Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam, agama rasmi negeri Selangor.


warna putih malambangkan kesucian agama Islam.

Siapa Yang Cipta Bendera Selangor


Bendera Negeri Selangor telah direkabentuk semasa Sultan Selangor yang keempat, Sultan Abdul Samad (1859-1898). Satu per empat bahagian bendera terdiri daripada warna kuning dan merah, manakala logo Negeri Selangor dan bintang memberi erti negeri Islam dan lima pegangan utama.

Sejarah Negeri Selangor

Negeri Selangor Darul Ehsan adalah salah satu negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana kedua-duanya pernah bernaung dibawah Kerajaan Selangor satu ketika dahulu.Negeri Selangor berkeluasan 8,104 km2 (3,129 sq mi)km2.


Ibu Negeri Selangor

Ibu negeri Selangor adalah Shah Alam yang menjadi bandaraya pertama di Malaysia yang terancang dan tersusun.

Seperti negeri yang lain, Selangor juga mempunyai Bandar Diraja iaitu Klang yang pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum bertukar ke Shah Alam. Selangor adalah satu-satunya negeri yang mempunyai lebih dari satu bandaraya di Malaysia.





Jata Selangor


Maksud Jata Negeri Selangor


Tulisan khat "Selangor" di bahagian atas dicipta dengan Lembing Sembuana di tengah-tengah membentuk puncak dan diapit oleh Keris Panjang Beruk Berayun di sebelah kiri manakala di sebelah kanan ialah Keris Terapang Gabus. 

Lembing dan kedua-dua keris merupakan di antara Alat-alat Kebesaran Negeri Selangor. Bulan Sabit dan Bintang Berbucu Lima berwarna kuning diterapkan pada lakaran tersebut. Tulisan khat "Dipelihara Allah" adalah Cogan Kata Negeri Selangor ditulis di bahagian bawah lakaran. Bengkung di bawah Cogan Kata merupakan pengikat Jata Negeri yang juga digunakan sebagai pengikat pinggang pahlawan-pahlawan zaman dahulu. Di bawahnya adalah Tali Batung yang merupakan salah satu senjata zaman dahulu. Reben kuning dengan tulisan "Selangor" merupakan dasar kepada rekabentuk lakaran keseluruhan Jata Negeri.






~Bonde Senyum Riang~


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. hihi walaupun duduk selangor tak penah nak baca sejarahnya.. tq bone share

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.