Biodata Nelydia Senrose



Perkongsian kali ini tentang artis Malaysia yang cantik jelita... Nelydia Senrose . Tidak dinafikan Nelydia Senrose memang mempunyai perwatakan yang lembut dan sopan.  Bagi anda yang nak tahu tentang Nelydia bolehlah baca info yang dikongsikan dibawah :

Biodata Nelydia Senrose

Nama penuh: Nik Zaris Nelydia binti Nik Sen

Nama popular: Nelydia Senrose

Tarikh lahir: 30 Julai 1994

Umur: 28 tahun

Kelahiran: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @nelydiasenrose

Nelydia Senrose
FOTO Instagram Nelydia Senrose


Fakta Menarik Tentang Nelydia Senrose 


1. Mesra disapa Nely atau Nelydia.

2. Bekas pelajar Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya.

3. Lulusan bidang Psikologi di Universiti SEGI.

4. Berketinggian 1.68 meter.

5. Anak kepada pasangan Nik Sen (bapa) dan Rosmizai Mohd Noor (ibu). Kedua orang tuanya berketurunan Siam dan Melayu.

6. Anak ketiga daripada tujuh adik-beradik.

7. Kakaknya, Uqasha Senrose dan adik tirinya, Raysha Rizrose juga merupakan pelakon.

Uqasha Senrose
FOTO Instagram Uqasha Senrose




8. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007.

9. Bergelar aktres seawal usia 13 tahun apabila diberi peranan watak Melissa dalam drama Spa Q pada tahun 2007 hingga 2008.

10. Antara drama popular lain yang dibintanginya termasuk Spa Qistina, Datin Wan Abe, Ahmad Durrah, Friday I’m In Love, Naziha, Setia Hujung Nyawa, Cinta Jannah, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Tundukkan Playboy Itu, Lara Terindah, Encik Suami Mat Salih Celup, Lafazkan Kalimah Cintamu dan Cinta Tiada Ganti.

11. Manakala telefilem lakonannya seperti Anak Aku Artis, Iqra’, Mistik Alam Hitam, Khalifah, Si Tudung Tweet, Setia Hujung Nyawa Raya dan Crush Next Door.

12. Selain itu, Nelydia juga pernah terlibat dalam filem Cinderella dan Mat Tudung.

13. Beliau meraih trofi kategori Favourite Fuyoo Actress di Anugerah Astro On the Go Fans Choice 2013, Bintang Filem MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2015 dan Hero & Heroin Pilihan (bersama Sharnaaz Ahmad) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015.


FOTO Instagram Uqasha Senrose

Nelydia Senrose Menunaikan Umrah Bersama Suami


BERPELUANG menunaikan ibadah umrah sekali lagi, pelakon Nelydia Senrose, gembira apabila pemergiannya  ditemani suami tercinta, Mohd Hafez Halimi.

Berkongsi perkara itu di Instagram miliknya, penama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose itu berkata, dia bersyukur apabila sekali lagi diberi peluang mengerjakan umrah tambahan lagi di bulan yang mulia.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah sekali lagi saya berpeluang mengerjakan umrah di bulan yang mulia ini bersama suami dan kakak.

“Dengan ini saya memohon maaf di atas segala kesilapan diri pada yang mengenali secara dekat mahupun tidak.


“Doakan segala urusan dipermudahkan dan saya akan doakan kalian juga di sana insya-Allah,” tulisnya.

Nelydia berkongsi perkara itu sementara menanti penerbangannya...

Dalam pada itu, Nelydia yang pernah menunaikan umrah pada hujung tahun 2018, turut berkongsi satu doanya ketika itu adalah hasrat untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

Nelydia selamat melangsungkan perkahwinan dengan Mohd Hafez pada 6 April 2019 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Nelydia Senrose
FOTO Instagram Nelydia Senrose



Nelydia Senrose Bersama Suami Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid
FOTO Instagram Nelydia Senrose

Nelydia Senrose Bersama Suami Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid
FOTO Instagram Nelydia Senrose


Moga kekal bahagia bersama suami tercinta.

Lepas ni , anda nak tahu Biodata tentang artis Malaysia yang mana? sila berikan nama di komen.


Catat Ulasan

0 Ulasan