Raya Aidilfitri 2023 Bukan Raya Mengejut



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai Pembaca semua... Apa Khabar semua... Hari ini sudah 14 Syawal, maksudnya sudah dua minggu kita semua menyambut hari raya.  

Semuanya mesti sudah mula bertugas dipejabat dan yang suri rumah sudah kembali kepada tugas runtin bila anak-anak sudah mula kembali ke sekolah.

Di kesmpatan ini, ingin Bonde mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.  Moga tahun ini ibadah puasa kita diterima dimana yang tidak dapat bersua muka, maafkan kesalahan yang telah Bonde lakukan antara  sengaja atau tidak sengaja. Ampunkan salah silap, halalkan makan minum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444 H Bersamaan 22 April 2023




Tahun ini Bonde beraya di kampung Bonde dahulu di Sepang dan pada petangnya Bonde beraya di kampung suami di Banting.  

Alhamdulillah kami setiap tahun beraya bergilir-gilir tak sempat nak gaduh dah sampai kampung Bonde, Tak sempat nak habis lagu satu album raya dah sampai kampung suami he he he.  Bersyukur sangat tak tempuh kesesakkan lalulintas yang teruk.  Bila tengok update dekat tv dan radio tentang kesesakkan lalulintas Bonde yang dengar pun rasa pening.  Bagi anda yang menempuhinya apatah lagi kan... Bonde doakan urusan anda semua dipermudahkan dan berhati-hati dijalan raya. 


Tema Raya Tahun 2023


Kami sebulat suara tahun ini telah memilih warna 'nude' sebagai tema hari raya.  Warna ini adalah pilihan Cik Fatin.  Sejak PKP Bonde dan Cik Fatin sudah tidak menempah baju sedondon macam tahun-tahun sebelumnya.  Kami selesa guna warna yang sama dan baju fesyen ikut kesukaan masing-masing.



Tahun ini tak banyak bergambar sebab masing-masing agak sibuk... jadi antara gambar yang ada Bonde edit jadikan kad ucapan digital menggunakan background yang telah tersedia di kongsikan di Facebook.

Gambar pertama background hitam saja edit banyak pic dalam tu nak bagi meriah, sebab selalu nampak bertiga jer... saja nak bagi nampak meriah.

Lokasi gambar adalah diBanting. (rumah bapa mentua)


Menu Apa Di Pagi Raya?

Alhamdulillah PM bagi cuti sehari sebelum raya, Jadi tahun ini dapat buat persiapan raya dengan tenang.. Masak rendang dengan tenang gitu...

Tahun ini kami buat pertama kalinya memasak satu menu yang memang tak pernah kami buat sebelum ini.  Selalunya Rendang ini sangat popular dekat Negeri Sembilan.

Rendang Daging Daun Maman


Selamanya Bonde hanya pernah dengar Menu nih, kebetulan kawan pejabat ada menjual daun maman jadi Bonde tempah 4 kilo untuk buat Rendang pada hari raya.  Maka terhasillah Rendang Daging Daun Maman.

Lepas ini Bonde akan ceritakan dan kongsikan 'The Making Rendang Daging Daun Maman' di next entri.


Rendang Daging Daun Maman






Menu-menu lain yang kami sediakan adalah Rendang Ayam, Kuah Kacang Ayam, Ungkep Ayam Pencen, Masak Lodeh dan Nasi Impit.

Menu kali ini dimasak dengan sopan santun dan tidak terburu-buru seperti tahun sebelumnya.

Jom kongsikan dekat komen, Tema Raya anda, Menu Di Pagi Raya dan lain-lain cerita raya.

Catat Ulasan

2 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.