Budaya Kulinari Kuno Dan Lestari Türkiye Diraikan Di Seluruh Dunia Sepanjang Minggu Masakan Turki



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Petang... Bonde nak kongsikan info berkaitan:

Budaya kulinari kuno dan lestari Türkiye diraikan di seluruh dunia sepanjang Minggu Masakan Turki 


Kuala Lumpur, 29 Mei 2023 – Minggu Masakan Turki (Turkish Cuisine Week) yang berlangsung mulai 21-27 Mei setiap tahun bakal menjadi perayaan antarabangsa gastronomi Turki yang memiliki jejak pelbagai tamadun serta dilimpahi tanah yang subur dan warisan sejarah. Sepanjang edisi kedua Minggu Masakan Turki berkenaan, tumpuan diberikan kepada hidangan makanan serantau Hatay, yang diiktiraf sebagai "Kota Gastronomi ke-26 Dunia" oleh Rangkaian Kota Kreatif UNESCO. Minggu Masakan Turki ini juga akan mengetengahkan amalan pengeluaran lestari dan sifar sisa dalam budaya makanan Turki.


Minggu Masakan Turki diselaraskan oleh Kementerian Budaya dan Pelancongan Republik Türkiye. Misi diplomatik Türkiye di seluruh dunia menganjurkan pelbagai aktiviti dan kempen media sosial untuk mempromosikan citarasa tersendiri sajian Hatay.


Acara Minggu Masakan Turki di seluruh dunia tahun ini memaparkan menu unik yang menyatakan dedikasi kepada citarasa masakan Hatay. Hatay, sebahagian daripada Rangkaian Kota Kreatif (Creative Cities Network) UNESCO dalam bidang gastronomi, merupakan salah satu daripada bandar Turki yang menggamit perhatian lantaran sajian makanannya yang tersendiri. Masakan Hatay menggabungkan minyak zaitun dan bijirin berkualiti tinggi, kekacang, sayur-sayuran,  buah-buahan, herba tempatan dan dan rempah-ratus yang ditanam di tanah subur yang dikuasai iklim Mediterranean. 

Di Malaysia, Minggu Masakan Turki dimulakan dengan majlis makan malam eksklusif yang dihoskan oleh Duta Türkiye ke Kuala Lumpur, Tuan yang Terutama (H.E.) Emir Salim Yüksel, diikuti oleh aktiviti dalam talian yang menampilkan Chef Maximilian J. W. Thomae dan bengkel demonstrasi Hidangan Turki yang mengetengahkan kısır (salad bulgur) dan Sini Kebabı/Tepsi Kebabı kepada 29 pelajar Le Cordon Bleu Malaysia. 


Kedutaan Türkiye di Malaysia Memulakan Minggu Masakan Turki 


Sebagai sebahagian daripada Minggu Masakan Turki, Duta Türkiye ke Kuala Lumpur, H.E Emir Salim Yüksel menganjurkan majlis makan malam eksklusif untuk memperkenalkan menu istimewa tahun ini yang terdiri daripada hidangan tempatan  masakan Hatay.   


“Menerusi Minggu Masakan Turki selama seminggu, hidangan tradisional Turki yang menyihatkan, bebas daripada sisa dan lestari ini dipromosikan pada skala antarabangsa. Türkiye ialah antara lima negara utama yang mempunyai nilai warisan paling tidak ketara yang tercatat dalam senarai Warisan Budaya Kemanusiaan Tidak Ketara (Intangible Cultural Heritage of Humanity) UNESCO . Antara hidangan berkenaan, kami juga menyediakan resipi tradisional Turki seperti roti pipih serta keşkek, sejenis hidangan Turki daripada daging dan gandum; dan pes mesir, adunan daripada 41 herba dan rempah-ratus. Kopi Turki juga menjadi sebahagian daripada  Senarai Warisan Tidak Ketara UNESCO yang melambangkan bukan sahaja teknik bancuhan istimewa tetapi juga khazanah budaya dan sejarah tradisional kaum,” kata Duta Türkiye ke Kuala Lumpur, H.E Emir Salim Yüksel.




Duta Türkiye ke Kuala Lumpur, H.E Emir Salim Yüksel mengalu-alukan tetamu di kediaman rasminya.


H.E Emir Salim Yüksel menambah, “Warisan budaya tidak hanya merujuk kepada monumen dan artifak, ia sebenarnya menjangkau lebih daripada itu dengan budaya, adat resam, upacara, kemahiran dan resipi yang diwarisi daripada nenek moyang kita dan diturunkan kepada anak cucu, seperti ditakrifkan oleh UNESCO. Hidangan yang kami sediakan untuk anda hari ini datangnya dari bandar Hatay, salah sebuah bandar dalam bidang gastronomi Rangkaian Kota Kreatif UNESCO.”

Sewaktu majlis makan malam berkenaan, peserta turut menyaksikan demonstrasi penyediaan "daun anggur dengan daging sumbat " dan kısır disediakan oleh chef Turki yang terkenal, Chef Turgay Gündodu dan disajikan dengan hidangan Hatay, termasuk biberli ekmek (roti pipih dengan pes lada merah), salad buah zaitun, hummus, kısır dan “kunefe” (pencuci mulut kadayıf dengan keju).


Chef Turki, Chef Turgay Gündodu menunjukkan demonstrasi menyiapkan kısır, sejenis salad bulgur daripada tomato dan herba segar


Tradisi Masakan Turki Kuno, Lestari, Sifar Sisa, Sihat dan Tak Lapuk Dek Zaman


Peserta acara Minggu Masakan Turki turut menyertai aktiviti dalam talian secara langsung yang mana Chef Maximilian J. W. Thomae menyediakan hidangan asli Hatay kısır menggunakan bahan tempatan dan teknik memasak tradisional, sekali gus mendekati dengan lebih terperinci masakan Turki kuno dan lestari ini. Siaran langsung berkenaan ditonton oleh peserta yang diundang dan mereka berpeluang untuk mempelajari masakan Turki yang kaya biodiversiti serta kesediaan dan potensinya untuk seiring dengan pelbagai trend pemakanan. Peserta mempelajari secara langsung kaedah masakan Turki yang berasaskan pendekatan lestari dan sifar sisa. Resipi sihat dan tak lapuk dek zaman menyatukan peserta sekitar acara makan minum Turki ini yang diatur dalam suasana perpaduan, kebersamaan dan kelestarian budaya. 





Kisir (salad bulgur)

Meja dilimpahi Tamadun Hatay

Sebagai sebahagian daripada acara menyebarkan warisan kulinari kota berkenaan yang menyaksikan pelbagai tamadun sejarah, Chef Turgay Gündodu turut mengadakan demonstrasi kepada 29 pelajar kulinari Le Cordon Bleu Malaysia. Ketika demonstrasi berkenaan, pelajar terbabit berpeluang menyediakan kısır dan Sini Kebabı/Tepsi Kebabı.



Chef Turgay Gündodu menunjukkan demonstrasi hidangan kepada pelajar  Le Cordon Bleu Malaysia 


Untuk maklumat lanjut mengenai Minggu Masakan Turki, sila layari laman sesawang turkishcuisineweek.com/homepage


~Bonde Senyum Riang~

Catat Ulasan

3 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.