Nikmati Kemeriahan Berbuka Puasa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai Pembaca Semua... Bonde nak kongsikan tentang Buffet Ramadan yang Bonde pergi minggu lepas.  Dan kali ini berbeza seperti tahun sebelumnya.


Nikmati Kemeriahan Berbuka Puasa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

 


 

Bulan Ramadan Al-Mubarak adalah bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Selain bulan yang penuh barokah dan peluang untuk melipat gandakan pahala, bulan Ramadan juga memberi peluang kepada mana-mana restoran, hotel atau pusat konvensyen untuk memeriahkan suasana bulan Ramadan dengan tawaran pakej berbuka puasa. 



Pada kali ini Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan Iftar 'Bufet Ramadan 2023 yang bertemakan "Cita Rasa Klasik" yang mengetengahkan menu Melayu klasik sebagai pilihan Ramadan kali iniLebih 250 juadah dihidangkan setiap hari kepada pengunjung Cita Rasa Klasik PICC. 


Promosi ini akan berlangsung dari 
25 Mac hingga 19 April 2023 dengan harga RM 98+ untuk dewasa dan RM 49+untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak di bawah 5 tahun, kemasukan adalah percuma. Ruang Legar Aras Concourse dan Restoran Pot&Pan boleh memuatkan seramai 1,500 orang dalam satu masa. Waktu operasi adalah 6.30 petang sehingga 10.00 malam.

 

PICC merupakan destinasi pilihan terbaik bagi mereka yang menginginkan kelainan semasa berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan dengan pilihan menu yang berasaskan Melayu klasik.



Antara 
menu istimewa yang menjadi pilihan pastinya Kambing Golek PICC yang diperap dengan rempah ratus pilihan chef PICC dan dibakar dengan ketelitian bagi memastikan kambing yang menepati selera orang ramai. Selain daripada Kambing Golek PICC pilihan menu lain adalah Nasi Bukhari, Gulai Ayam Bakar Daun Pegaga, Varuval Kambing, Rendang Tok, Colek Perut, Sotong Goreng Kunyit dan banyak kali. Promosi kali ini, PICC mengetengahkan kelainan iaitu Puri India dengan Chutney Kelapa.









Terdapat banyak gerai-gerai masakan panas seperti apam balik, sate ayam, churros, mi goreng mamak, mi kari dan char kuew teow Penang. Terdapat pelbagai jenis kuih-muih Melayu seperti kuih talam, kuih seri muka, kuih lapis pelangi, karipap dan juga pembuka selera seperti Puding Roti dengan sos vanila, Umm Ali (Puding Roti Arab), Pavlova Buah-Buahan, Mousse Coklat Tartlet dan Kek Gula Hangus.


Selain mengetengahkan hidangan tradisional Melayu, 
terdapat juga makanan berasaskan pasta dan nuget di “Kids Corner” sebagai pilihan untuk si kecil anda. 


@bonde_aisheteru Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan Iftar 'Bufet Ramadan 2023 yang bertemakan "Cita Rasa Klasik" yang mengetengahkan menu Melayu klasik sebagai pilihan Ramadan kali ini. Lebih 250 juadah dihidangkan setiap hari kepada pengunjung Cita Rasa Klasik PICC. Jumaat lepas Bonde dan pergi tau! Anda boleh tengok dekat video yg Bonde kongsikan ada Part 2 nanti.. Untuk tempahan Bufet Ramadan, sila hubungi 03-8887 6000 atau talian hotline 013-592 9496. Pelanggan juga boleh membeli voucher Bufet Ramadan melalui platform seperti Klook, Fave, Shopee, Lazada atau layari laman sesawang kami di https://www.picc.com.my (Klik “Dining Reservation” di poster Cita Rasa Klasik). Untuk maklumat yang lebih cepat berkenaan acara atau pakej yang ditawarkan, sila ikuti Facebook rasmi PICC (http://www.facebook.com/piccmalaysia), Twitter, Instagram dan TikTok @piccmalaysia. #buffetramadhan #buffetramadhan2023 #buffetmurah #buffetklasik #buffetkl ♬ Ramadan Kareem - Megan Yagami
@bonde_aisheteru Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan Iftar 'Bufet Ramadan 2023 yang bertemakan "Cita Rasa Klasik" yang mengetengahkan menu Melayu klasik sebagai pilihan Ramadan kali ini. Lebih 250 juadah dihidangkan setiap hari kepada pengunjung Cita Rasa Klasik PICC. Jumaat lepas Bonde dan pergi tau! Anda boleh tengok dekat video yg Bonde kongsikan ada Part 2 nanti.. Untuk tempahan Bufet Ramadan, sila hubungi 03-8887 6000 atau talian hotline 013-592 9496. Pelanggan juga boleh membeli voucher Bufet Ramadan melalui platform seperti Klook, Fave, Shopee, Lazada atau layari laman sesawang kami di https://www.picc.com.my (Klik “Dining Reservation” di poster Cita Rasa Klasik). Untuk maklumat yang lebih cepat berkenaan acara atau pakej yang ditawarkan, sila ikuti Facebook rasmi PICC (http://www.facebook.com/piccmalaysia), Twitter, Instagram dan TikTok @piccmalaysia. ✔️makanan semua sedap ✔️tempat selesa ✔️surau ada Jadi jgn lepaskan peluang tu ke buffet “Cita Rasa Klasik” Ni tau! #buffetramadhan #buffetramadhan2023 #buffetmurah #buffetklasik #buffetkl ♬ Ramadhan Tiba - FADLI AZ

Sambil menikmati makanan dan hidangan berbuka puasa, pelanggan juga akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Artis Residen PICC iaitu Rosma Sidik yang akan mendendangkan lagu-lagu evergreen dan juga lagu-lagu terkini.

 

Seperti tahun sebelumnya, PICC juga menyediakan ruang permainan untuk kanak-kanak sambil ibu dan ayah menikmati juadah berbuka puasa. Terdapat juga aktiviti mewarna untuk anak-anak sebelum berbuka puasa. 

 

Pengurusan PICC juga menawarkan pakej tempahan berbuka khas dengan harga yang istimewa bagi majlis berbuka puasa korporat bagi meraikan pelanggan-pelanggan dan kakitangan-kakitangan syarikat mereka. Tempahan adalah di dewan-dewan yang terdapat di PICC bergantung kepada saiz kapasiti yang dikehendaki oleh pelanggan.

 

PICC juga bersedia untuk menjadi venue bagi penganjuran Rumah Terbuka Hari Raya atau apa jua acara/majlis yang memerlukan ruang dan berkapasiti 1,000 orang dan ke atas.


Untuk tempahan Bufet Ramadan, sila hubungi 03-8887 6000 atau talian hotline 013-592 9496. Pelanggan juga boleh membeli voucher Bufet Ramadan melalui platform seperti Klook, Fave, Shopee, Lazada atau layari laman sesawang kami di https://www.picc.com.my (Klik “Dining Reservation” di poster Cita Rasa Klasik).


Untuk maklumat yang lebih cepat 
berkenaan acara atau pakej yang ditawarkan, sila ikuti Facebook rasmi PICC (http://www.facebook.com/piccmalaysia), Twitter,Instagram dan TikTok @piccmalaysia.



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.