BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA TAMPIL DENGAN “SELERA NUSANTARA”



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai Pembaca semua... Setiap tahun ada sahaja yang tercari-cari package Buffet Ifftar Ramadan yang manarik.  Bonde nak kongsikan Buffet Ramadhan yang menarik, murah dan sedap di Shah Alam, Selangor.


BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA TAMPIL DENGAN “SELERA NUSANTARA”





Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular denganpelbagai acara dan keramaian. Kali ini mereka kembali lagi dengan majlis Buffet Ramadhan 2023 bertemakan ‘SELERA NUSANTARA’ yang bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.

Menampilkan Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian yang bakal menarik hati semua peringkat umur.


Khas buat yang datang berbuka di Dewan Bankuet MBSA nanti ada gerai yang menyajikan KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa mereka seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado Cik Ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.

Buat pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.

Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telur masin, ikan pekasam, kerabutauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemarsambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.
@bonde_aisheteru BUFFET RAMADHAN 2023 - ‘SELERA NUSANTARA’ DI DEWAN BANKUET MBSA, SHAH ALAM Promosi tempahan awal sebelum/pada 23 Mac 2023: RM88 nett (dewasa) Hayatilah keindahan bulan Ramadan tahun ini dengan berbuka puasa di Dewan Bankuet Shah Alam yang menawarkan ruang parkir percuma, persembahan dari artis jemputan, kids corner, mesra OKU dan pelbagai kemudahan buat semua peringkat umur. Jangan lepaskan peluang ini dan buatlah tempahan awal sementara stok masih ada. Bermula 25 Mac – 20 April 2023 Dewasa RM98nett Kanak-kanak & Warga Emas RM58nett Sila hubungi: @Nusantara_Catering_Event untuk penempahan #nusantaracateringandevent #nusantaracatering #seleranusantara #buffetramadhan2023 #bufetramadan #buffetramadan #iftar #mbsa #fyp ♬ Happy Ramadan(792037) - TimTaj

Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA


Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibelidengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.


Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 24 Mac 2023 amat berbaloi untuksemua lapisan masyarakat.


Pelbagai kemudahan disediakan buat semuapengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.


Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kid corner’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.

Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.

Sementara itu bagi yang mahu menganjurkanRumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan merekadengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuranmajlis dan kenduri memberikan mereka satusisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini.

 Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau Emel: nusantaracatering.event@gmail.com





#buffetramadhan2023

#seleranusantara

#nusantaracateringevent

#dewanbankuetmbsa

#shahalam

#ifftar



~ Bonde Senyum Riang ~


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. meriahnya buffet ramadan walaupun bulan ramadan belum tiba lagi..:)

    BalasPadam
  2. RASA MACAM MENARIK PACKAGE NI...TAK MAHAL X MURAH..BERPATUTAN..BOLEH LA CUBA BERBUKA KAT SINI

    BalasPadam
  3. Menarik juga pakej yang ditawarkan untuk berbuka nanti

    BalasPadam
  4. yumyum mmg sedap2 masakan chef tu

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.