Tips Berjimat Cermat , Kawal Perbelanjaan Harian Bersama Pasangan Dan Keluarga
Antara Tujuh Simpanan Wajib Yang Perlu Simpan Setiap Bulan / tahun adalah:
2. Simpanan Perubatan
3. Simpanan Baikpulih Rumah / Baikpulih Kenderaan
5. Simpanan Untuk Perayaan
7. Simpanan Untuk Bercuti
Bagaimana Nak Simpan Duit Gaji Setiap Bulan?
1. Mula Simpan Duit Gaji Dengan Jumlah yang Kecil
i. Tips Menabung Yang Sangat Berkesan Dan Menyeronokkan
Tip ini Bonde pernah cuba dan kongsikan diblog sebelum ini, Ianya memang berkenan dan sangat menyorokkan. Kita juga akan rasa displin diri untuk menanda jadual pada senarai simpanan mengikut hari, bulan dan jumlah akan dikira pada pada akhir tahun nanti Bulan Disember.
Enam Tips Simpan Duit Setahun Dapat RM 3,300.00
1) RM1 – Setiap hari masuk dalam tabung.
Total setahun genapkan RM 400.
2) RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping.
Total genapkan setahun RM 500.
3) RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping.
Total setahun genapkan RM 1000.
4) RM RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping.
Total setahun genapkan RM 500.
5) RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember).
Total setahun RM 300.
6) RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November).
Total setahun RM 600.
TOTAL keseluruhan setahun RM3,300.
Banyak kan?
2. Simpanan Melalui Pemotongan Gaji
3. Semak Semula Komitmen Bulanan
Senaraikan semua komitmen bulanan yang perlu dibayar sama ada akaun suami dan akaun isteri. Seperti rumah, kereta, pinjaman komputer dan pinjaman bank.
Senarai ini bertujuan untuk mengira jumlah bayaran/komitmen pasangan untuk setiap bulan.
4. Berjimat Cermat Dalam Perbelanjaan Harian
Telah menjadi kebiasaan, untuk membeli barang dapur selalunya barang yang nak dibeli akan disenaraikan terlebih dahulu sebelum pergi membeli, bukan apa? perkara ini sering terjadi pada Bonde yang tidak senaraikan barang yang tidak diperlukan! sebelum ini, kerap terbeli barang yang tidak diperlukan dan ada juga berlaku barang yang perlu tidak terbeli. Sudahnya kena keluar dan pergi beli .
Perkara yang seperti itu, akan membuatkan kita sering terover perbelanjaan dari bajet bulanan.
Apa yang berlaku awal dan pertengahan bulan. (duit sudah tiada dan terpaksa korek tabung simpanan)
5. Rancang Simpanan Bulanan Guna Kalkulator
Bagaimana nak buat pengiraan untuk simpanan menggunakan Saving Calculator

5 Ulasan
Useful tips 😍 Thanks for sharing this ye Bonda... Memang banyak kena buat saving, Dan bijak mengatur strategi..Huhu..
BalasPadamseronoknya menyimpan cara mcm ni.. tq bonde for sharing
BalasPadamAlhamdulillah, saya juga guna tips bonda. Terima kasih bonda kongsi ilmu bermanfaat.
BalasPadamBagus juga tips simpanan ni, tak pernah terfikir nak buat tabung untuk specific keperluan. Hmm esok juga nak ke diy beli tabung nak buat tabung specific mcm ni.
BalasPadamDr Amelina Tempelak Beautifulnara, Ohmedia dan Rotikaya Sebab Putarbelit Kenyataan
kena rajin menyimpan walau dengan apa cara sekalipun kan..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.