Mengalami Masalah Rambut Gugur, Dapatkan Rawatan Dan Perkhidmatan Di Klinik Dr Bazilah



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai Pembaca semua... Masalah keguguran rambut adalah masalah yang kerap/biasa berlaku kepada para wanita termasuklah Bonde sendiri. 

Seperti yang anda sedia maklum wanita yang berkerja lapan jam setiap hari seperti Bonde,  bertudung terlalu lama akan membuatkan kepala berpeluh dan berbau kepam.

Kalau anda tidak mencuci dengan bersih, kulit kepala akan mengalami masalah berminyak, kelemumur dan rambut gatal.

Ini akan menjadikan rambut jadi tidak sihat.  Selalunya akan menjadi punca utama.. masalah rambut gugur ! kalau tidak dijaga dengan rapi dan selalu mencuci dengan kerap rambut akan menjadi rosak, gugur dengan banyak dan dan menjadi botak.
 

Ada Pelbagai Punca Berlakunya Rambut Gugur.

1. Most commonly due to genetic and ANDROGEN hormon . Sama ada male pattern or female pattern hair loss. Anda akan perasan yang rambut semakin lama semakin menipis. Boleh menggunakan spray anti androgen iaitu minoxidil spray 2% dan 5% untuk mengelakkan rambut gugur dengan lebih banyak.


2. Jika keguguran rambut anda berlaku dengan sangat banyak dalam masa yang singkat especially selepas tekanan seperti melahirkan anak, sakit , atau diet, Jangan risau kerana ia adalah sementara sahaja. Rambut akan tumbuh seperti biasa selepas episode tekanan tersebut hilang. Keadaan ini dinamakan "TELOGEN EFFLUVIUM". Tiada rawatan diberikan.

 
3. Jika keguguran rambut terjadi setempat dan anda mempunyai kebotakan di kawasan tertentu, anda mungkin mengalami kondisi autoimmune di mana antibodi bertindak dengan menyerang folikel rambut anda sendiri. Keadaan ini dinamakan "ALOPECIA AREATA" (AA).

Untuk Alopecia Areata, rawatan krim steroid diberikan pada kawasan tersebut untuk melemahkan tindakan antibodi itu. Dengan itu folikel rambut tidak dapat dimusnahkan dan rambut dapat tumbuh semula secara normal.


4. Jika keguguran hanya berlaku di kawasan gigi rambut di depan dan tepi, Anda mungkin mengalami "TRACTION ALOPECIA". Kondisi di mana rambut yang diikat dengan ketat menyebabkan rambut tertarik ke belakang dan kawasan botak di hadapan dan tepi gigi rambut terjadi.


5. Jika keguguran rambut itu disertai dengan parut/luka di kulit kepala, anda mungkin mengalami "DISCOID LUPUS ERYTHEMATOUS". Kajian perlu dilakukan untuk memastikan yang anda tiada masalah yang serius seperti SLE atau masalah autoimun yang lain. Pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk masalah ini. Anda mungkin perlu mendapatkan ubat steroid.


6. Jika keguguran rambut anda seperti baru dimakan binatang seperti kupu-kupu, berlubang-lubang dan tobek di sana sini. Hati-hati, ia mungkin salah satu simptom penyakit kelamin yang dikenali sebagai "SYPHILLIS". Pastikan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan susulan.

Sumber Info : Oh Tidak Rambut Gugur Lagi


Bonde berterima kasih info yang dikongsikan oleh Klinik Dr Bazilah sangat bagus dan bermanfaat.


Jika anda nak tahu lebih lanjut mengenai Klinik Dr Bazilah Dan Perkhidmatan lain yang ditawarkan di Klinik Dr Bazilah Bonde kongsikan dibawah :

Mengalami Masalah Rambut Gugur, Dapatkan Rawatan Dan Perkhidmatan Di Klinik Dr Bazilah



Klinik Dr Bazilah


DR SITI NORBAZILAH BINTI MOHAMED ZAIN

 

Pengasas klinik ini ialah Dr Bazilah, atau nama sebenarnya Dr Siti Norbazilah Binti Mohamed Zain, Dr. Bazilah, mempunyai MBBS(India), Post Graduate Diploma In Aesthetic Medicine (PDAM) .

Terdapat dua cawangan Klinik Dr Bazilah iaitu di Seksyen 13, Shah Alam dan seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor. 

Klinik Dr Bazilah adalah pengamal kesihatan yang bertauliah dan berlesen di bawah KKM yang menawarkan pelbagai rawatan daripada penyakit biasa secara amnya hinggalah kepada masalah kulit dan rambut khususnya.

Klinik Dr Bazilah merupakan LCP Clinic yang diperakui. Doktor-doktor di sini semuanya diperakui dan Health Practitioner yang berlesen dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pakar kulit Klinik Dr Bazilah memberi tumpuan kepada merawat semua masalah berkaitan kulit dan rambut dan hanya menggunakan kaedah terbaik yang terbukti secara klinikal keselamatan dan keberkesanannya.

-Klinik kulit Bandar Baru Bangi 
- Klinik Kulit Shah Alam

Apa yang menarik tentang Klinik Dr Bazilah adalah :


Pelanggan yang datang ke Klinik akan berasa selesa kerana ada banyak lot  parking yang memudahkan pelanggan untuk parking apabila telah membuat tempahan untuk menjalani rawatan. 

Hiasan dalaman klinik berkonsepkan minimalist, membuatkan pelanggan yang datang rasa tenang dan selesa untuk menjalani rawatan. (pasti akan datang lagi untuk temujanji seterusnya)

Tidak hanya terhad melakukan rawatan kepada pelanggan, klinik Dr Bazilah juga ada menyediakan consultation kepada pelanggan untuk mengenalpasti masalah kulit dan rambut. 

Daripada consultation itu, doktor akan mencadangkan rawatan yang sesuai dilakukan untuk pesakit.



Perkhidmatan yang Disediakan di Klinik Dr Bazilah

Untuk makluman anda semua, Klinik Dr Bazilah ada bermacam perkhidmatan selain rawatan muka, klinik Dr. Bazilah juga ada buat rawatan lain. 

Rawatan yang ditawarkan di Klinik Dr Bazilah ialah :

• Rawatan jerawat
• Rawatan parut jerawat
• Ekzema
• Psoriasis
• Allergy
• Skin Pigmentation
• Hair Removal
• Masalah Rambut/ rambut gugur
• Aesthetic
• Fungal
• Minor Surgery - skin tag removal, wart
removal, callus, mole removal, pyogenic
granuloma removal
• Sexual Transmitted Disease - Syphillis,
herpes infection, gonorrhea, chlamydia

Tips Penjagaan Rambut Gugur di kongsikan oleh Klinik Dr Bazilah


1. Jangan Sikat Rambut Semasa Basah

Rambut yang basah lebih rapuh dan senang tertarik. Sebaiknya keringkan dahulu baru disikat untuk mengurangkan rambut gugur.

2. Ubah Gaya Rambut

Kalau anda jenis suka ikat rambut ketat-ketat, anda perlu belajar untuk buat loose ponytail. Kemudian tukar parting rambut sesekali. Jangan biarkan parting sama sahaja ditakuti nanti akan jadi 'highway' di atas kepala tu.

3. Jangan Keringkan Rambut 

Dengan cara menggosokkan rambut ke towel.

4. Jangan Skip Conditioner

Conditioner buat rambut lebih licin dan senang disikat jadi akan mengurangkan rambut gugur.

5. Elakkan Blow Dry 

Atau tukar style rambut yang terlalu kerap

Rebonding atau perming boleh menyebabkan banyak rambut gugur. Ini kerana apabila rambut dipanaskan, natural moisturizing faktor pada rambut berkurang menjadikan rambut kering, lebih brittle dan mudah putus. Tips --> tingkatkan suhu perlahan-lahan semasa prosedur ini. Start with low temperature first.

6. Kerapkan Membasuh Rambut

Kita hilang 50-100 helai rambut sehari on a non shampoo day and 300 helai sehari pada hari bershampoo. Tapi tahukah anda jika rambut dibiarkan lama tidak dicuci, bakteria akan tumbuh dan memusnahkan folikel rambut menyebabkan lebih banyak rambut gugur dari biasa.

7. Elakkan Menyambung Rambut (Hair Extension)


Hair extension menyebabkan folikel rambut terbeban dengan berat rambut lalu menyebabkan ia mudah tertarik lalu putus dan gugur. Sebab itu bila kita potong rambut, kita perasan less hair fall.


Sumber Info : Jom Kurangkan Masalah Rambut Gugur


Testimoni Yang Telah Menjalani Rawatan Rambut Di Klinik Dr Bazilah

Stress dengan rambut gugur yang tak ada ending? Sampai phobia nak sikat rambut sebab selalu gugur je. Ramai patient ada masalah sama.

Rawatan rambut gugur ni perlukan rawatan untuk kuatkan akar rambut tau. Bergantung tahap keguguran rambut kami akan cuba sesuaikan rawatan yang sesuai dengan anda.

Lagi lama tunggu lagi banyak yang gugur, lagi botak kepala. Jangan tunggu lagi. Jom buat appointment anda dengan kami ya.
Tempah Temujanji Anda Sekarang!

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai promosi atau rawatan, boleh DM/Call/Whatsapp Klinik Dr Bazilah :

Whatsapp : +6019-6571563

http://temujanjidrbazilah.wasap.my/

Website : www.klinikdrbazilah.com

Facebook : klinikdrbazilah

Instagram : @klinikdrbazilah


Klinik Dr Bazilah, Bangi

C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.

Phone : 03-8922 9681 / 0111 590 5931

Klinik Dr Bazilah, Shah Alam

R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, Shah Alam, 40100, Selangor.

Phone : 03-5035 7359


Terbaik perkhidmatan di Klinik Dr Bazilah, jadi anda yang ingin mencuba rawatan yang ditawarkan cepat-cepat buat tempahan dekat nombor wasapp yang Bonde kongsikan diatas. 


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. bolehlah rekemen kat kengkawan yg ada masalah ni nanti

    BalasPadam
  2. Masalah rambut gugur ni memang menghantui saya. Masa mengandung jer rambut cantik berkilat dan tak gugur. Saya juga amalkan tak sikat rambut masa rambut basah.

    BalasPadam
  3. kalau dekat dah lama hantarkan sorang yang kat rumah ni hehe

    BalasPadam
  4. Ramai ada rambut gugur ni. Jila teruk sangat bolehlah tu pergi jumpa doktor

    BalasPadam
  5. That's very informative helpful for those in need of these services esp stressful life may cause hair loss. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  6. Nice info. Kdg2 kita gugur rambut ambil tak kisah saja, padahal ianya mungkin penyakit yg perlu dirawat. So yg gugur rambut teruk, boleh try minta treatment kat specialist klinik sebegini.

    BalasPadam
  7. wah menarik..ramai je yg ada problem gini,boleh lah suggest pada yang memerlukan ;)

    BalasPadam
  8. dulu suka sangat sikat rambut lepas mandi.. rupanya tak boleh.. terima kasih kongsi. klinik ni pun boleh tahan perkhidmatannya.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.