Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh



Sebagai seorang "covid fighter" Bonde suka membaca pengalaman-pengalaman yang dikongsikan oleh bekas pesakit covid 19.

Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh

Saat kuarantin memang diri terasa sangat "down".  Terima kasih tak terhingga diucapkan buat suami yang sangat telili menjaga Bonde semasa kuarantin.  Menyediakan ubat, makan dan minum dan keperluan  semasa kuarantin sangatlah tak terbalas rasanya.

Macam mana rasa sakit ketika itu,  untuk motivasi diri Bonde tanamkan tekat untuk sihat dan pulih seperti biasa sentiasa cakap pada diri "aku kena kuat semangat" ada orang lagi teruk ujian sakitnya dari aku nih! kena kuat! kena kuat!

Bonde membaca buku ini, pengalaman Norni Osman sebagai pesakit Covid-19 tahap 5, ketika beliau berdepan ujian paling kritikal. Tatkala beliau diuji debar getaran pukulan sakaratul maut, bergelut dan bertarung nyawa dalam keadaan seakan telah mati.

Saat ditidurkan dan diintubasi sebanyak dua kali, banyak keajaiban yang terjadi, dan diceritakan dengan terperinci, sehinggakan pembaca seolah-olah turut bersama melalui perjalanan tersebut. 

Saat Roh Di Sempadan Barzakh



Pengalaman yang sangat meruntun jiwa dan mengundang sebak sesiapa yang membacanya.

Kandungan Menarik :



Ada 33 Bab Yang Bagus Untuk Dibaca :

Saat Roh Di Sempadan Barzakh


Bab 1 : Mimpi Apakah ini?
Bab 2 : Tidur Yang Damai
Bab 3 : Kisah Bermula
Bab 4 : Igauan Ngeri Jadi Nyata
Bab 5 : Hari Yang Panjang di MAEPS
Bab 6 : Insiden di Tandas
Bab 7 : Wad 7A Hospital Sungai Buluh
Bab 8 : Ujian Semakin Getir
Bab 9 : Saat Hampir ditidurkan
Bab 10 :Intubasi

Saat Roh Di Sempadan Barzakh

Bab 11. 9 Hari Di Ambang Maut
Bab 12. Semangat Yang Pulang
Bab 13. Kematian Di Sisi
Bab 14 : Aku Mahu Pulang
Bab 15 : Saat Separa Sedar
Bab 16 : Jururawat Budiman
Bab 17 : Mengidam Buah
Bab 18 : Kama Kali Kedua
Bab 19 : Keajaiban Dalam Tidur
Bab 20 : Rindu Rumah
Bab 21 : Berpindah Ke Wad Biasa



Saat Roh Di Sempadan Barzakh

Bab 23 : Selamat Tinggal Tempat Kenangan
Bab 24 : Perantau yang Pulang
Bab 25 : Pertemuan yang Syahdu
Bab 26 : Semua Nikmat Dari Allah
Bab 27 : Khabar Gembira Akhirnya
Bab 28 : Rumahku, Syurga Duniaku
Bab 19 : Rutin Baru Di Rumah
Bab 30 : Proses Penyembuhanku
Bab 31 : Pengajaran Dari Covid
Bab 32 : Apa Selanjutnya?
Bab 33 : Pesanan Akhir Buat Diri

Biodata Penulis Norni Osman

Saat Roh Di Sempadan Barzakh

Apa Yang Boleh DiPelajari Dari Buku Ini

Sesungguhnya COVID-19 itu adalah benar. Jangan ambil ringan. Ramai yang sudah tewas kerananya.

Sama ada ianya konspirasi, agenda Dajjal atau sememangnya musibah biasa, ingatlah, semua ini tetap dari Allah. Sebagai ujian dan peringatan, agar kita sentiasa insaf akan kekuasaan-Nya.

Kita sebagai manusia, hanyalah makhluk yang lemah dan tiada daya. Maka bertawakkal dan bergantung haraplah kepada-Nya, semata-mata!

Jangan banyak mengeluh. Sebaliknya sentiasalah bermuhasabah, memohon ampun dan mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan. Jiwa akan jadi lebih tenang dan bahagia.

Sayangi keluarga dan sahabat setia. Di saat sakit, mereka inilah sebaik-baik penawar yang kita perlukan.

Belajar juga menghargai insan-insan yang baik di sekeliling kita. Cari kebaikan yang ada, bukan asyik menuding jari mencari silap manusia.

Sentiasa beringat, hidup ini sangat singkat. Kematian boleh datang bila-bila masa saja. Justeru, sebarkanlah kebaikan dan kasih sayang, selagi hayat dikandung badan.

Saat Roh Di Sempadan Barzakh

Buku Ini Sesuai Untuk :

1. Anda yang nak tahu rasanya sakit dijangkiti COVID-19, seperti yang sering diperkatakan.

2. Anda yang nak cuba memahami, bagaimana perasaan pesakit yang sedang dijangkiti virus ini,

3. Bekas pesakit Covid 19 yang pernah melalui pengalaman yang sama dan mungkin yang masih trauma

4. Sebagai bahan bacaan yang menarik, untuk mengisi keperluan dan hobi membaca anda.

5. Dijadikan hadiah kepada keluarga dan sahabai handai, untuk motivasi dan pengajaran.

Saat Roh Di Sempadan Barzakh


Bonde suka buku ini, ianya menjadikan diri Bonde terus bersemangat buku ini juga  berjaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi diri Bonde sebagai bekas pesakit Covid 19. Untuk anda yang sentiasa rasa tak yakin dan 'down' selepas terkena Covid, anda boleh baca pengalaman dari buku ini, moga kita semua sentiasa dilindungi teruskan jaga kesihatan dan patuhi SOP untuk terus sihat sejahtera.

Testimoni Pembaca Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh :


Tempahan Pre Order :

Mesej : 012-4220677



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. buku yang bagus untuk motivasi dan renungan

    BalasPadam
  2. Menarik ni..banyak citer menarik..especially bab koma tu..SA pun ada pengalaman kan

    BalasPadam
  3. sangat-sangat disarankan oleh seseorang yang dah 2 kali kena covid. :)

    BalasPadam
  4. menariknya buku ni sebagai motivasi untuk kita.

    BalasPadam
  5. perkongsian menarik pesakit untuk orang ramai

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.