Resepi Sambal Udang Geragau Garing, Ranggup Dan Sedap



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat petang, Hai pembaca semua... Bonde nak kongsikan resepi mudah dan ringkas nak buat.  Sambal ni rasa dia macam Sambal Che Nor, yang ni Bonde buat versi udang geragau.  Mudah nak buat, bahan semua 'ready made'

Resepi Sambal Udang Geragau Garing, Ranggup Dan Sedap



Bahan-Bahan :

Bahan bahan:
300 gram udang geragau ( rendam dan toskan)
100 gram bawang goreng (ready made)
80 gram cili hancur (ready made)
Sedikit - gula
Sedikit garam
Sedikit cukup rasa maggi
Sedikit minyak masak


Cara memasak :

Panaskan minyak
Goreng udang geragau yang telah ditoskan sehingga garing ketepikan
Kurangkan minyak
Masukkan cili hancur gaul rata hingga garing
Masukkan semula udang geragau dan bawang goreng, gaul rata
Masukkan gula, garam dan cukup rasa gaul hingga rata
Ketepikan minyak yang berlebihan


Masukkan sambal yang telah siap kedalam botol kata, sambal boleh tahan lama.  Sesuai buat stok sahur bulan puasa nanti.

Sambal ni sedap makan bersama bubur, nasi panas  dan sedap juga buat telur dadar.

Sambal ni sesuai juga untuk dibawa pergi travel, pada yang suka travel tapi tekak nak makan masakan pedas maklumlah orang  Malaysian, tu kena bawa yang kering dan mudah dibawa.

Selamat Mencuba.

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. wah sedap ni buat persiapan untuk bulan puasa ni

    BalasPadam
  2. Sedap...suka sambal macam ni....

    BalasPadam
  3. laa.. semalam kalau tau ni buat sambal ni makan dengan bubur.. sedapnya la

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.