Datuk K Dedah Perubahan Asyraf Disebabkan Bimbingan Datuk Wira Dr. Azizan Osman



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua.. Bonde nak kongsikan tentang Asyraf Khalid, siapa Asyraf Khalid nih? Ada yang tak kenal lagi dengan beliau ke?

Tentang Muhammad Asyraf Khalid 


(lahir 31 Mei 1992) ialah seorang usahawan Malaysia dan merupakan Pengasas & CEO syarikat A Klasse Essentials Shd Bhd, syarikat yang mengeluarkan barangan keluaran artis seperti Mutyara, Jiwaku Kids & juga Kilafit.[ Beliau juga merupakan Bekas Pengarah & CEO di syarikat kosmetik halal Malaysia SimplySiti.  Asyraf Khalid juga adalah anak kepada  Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

Datuk K Dedah Perubahan Asyraf Disebabkan Bimbingan Datuk Wira Dr. Azizan Osman



Datuk K Dedah Perubahan Asyraf Disebabkan Bimbingan Datuk Wira Dr. Azizan Osman 



Perubahan Asyraf Khalid disebabkan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dedah bapanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K baru-baru ini. 





Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh tiga tahun saja. 


Datuk K Dedah Perubahan Asyraf Disebabkan Bimbingan Datuk Wira Dr. Azizan Osman


Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu. 


"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. 


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. 

Asyraf Khalid Seorang Budak Nakal?


Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya. 


Tambah Asyraf, beliau faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.


Datuk K Dedah Perubahan Asyraf Disebabkan Bimbingan Datuk Wira Dr. Azizan Osman 

 


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. 



"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya. 

Asyraf Khalid Anak Didik Datuk Wira Dr. Azizan Osman

 


Datuk Wira Dr. Azizan Osman Sebagai Mentor


Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa. 


"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. 


Asyraf Khalid Anak Didik Datuk Wira Dr. Azizan Osman


"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya. 

Datuk K Cemburu Pada Datuk Wira Dr. Azizan Osman


Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. 


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya. 


Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.




Kejayaan Asyraf Khalid


Kesimpulannya dalam sesuatu perkara yang dilakukan ianya perlu ada sokongan moral dan doa dari Ibu Bapa.  Barulah perkara yang dilakukan menjadi berkat.

Kejayaan Asyraf Khalid

Kejayaan ini bukan milik Asyraf seorang ia adalah kejayaan milik bersama, semua ahli keluarga yang sama-sama memberi sokongan, dari sudut positif dan semanggat kepadanya.


Kelas Bimbingan Bersama RichWorks

Ayuh bangkit dan berubah sertai kelas bimbingan yang di buat oleh RichWorks sekarang.  Moga jadi insan yang berjaya, hebat dan maju jaya di masa akan datang.


RichWorks Lahirkan Jutawaan

Sudah ramai  yang berjaya dengan mengikuti kelas bimbingan RichWorks,  Mungkin anda juga dapat gelaran anak didik Dr Azizan Osman akan datang.. 


Kelas Titanium RichWorks

Nak tahu lebih lanjut tentang Kelas Titanium RichWorks Anjuran RichWorks dan Dr. Azizan Osman, boleh terus layari www.richworks.com.

Semoga perkongsian ini, menjadi inspirasi kepada anda semua yang sedang berusaha untuk maju di dalam dunia perniagaan, ilmu untuk berjaya dalam perniagaan itu perlu dicari, teruskan berusaha jangan putus asa untuk berubah kepada peringkat yang lebih baik, tanpa usaha ianya tak akan berjaya.  InsyaAllah, Aamiin.


Jangan lupa ikuti RichWorks di Channel : https://t.me/AzizanOsmanOfficial untuk dapatkan info lengkap berkaitan kelas bimbingan   Datuk Wira Dr. Azizan Osman



~Bonde Senyum Riang

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Tahniah RichWorks dan Asyraf..

    BalasPadam
  2. kagum dgn nilai dan value yang diajar or Dr Azizan ni. patutlah ramai yg berjaya. tahniah asyraf

    BalasPadam
  3. Terbaik. Moga dapat membantu lebih ramai lagi orang di luar sana

    BalasPadam
  4. Kagum dengan kejayaan Asyraf. Walaupun anak datuk tapi tak menempek kesenangan ayah

    BalasPadam
  5. Mentor dah tak asing lagi ...
    buat sampai jadi
    kena cekal

    BalasPadam
  6. itulah ada juga tengok video dia di IG sebab saya memang follow Asyraf ni.. tak sangka rupanya Dr Azizan Osman yang bimbing dia selama ni..

    BalasPadam
  7. Nak berjaya ni memang perlukan mentor yang betul. Dapat suntik kekuatan sama bila rasa down.

    BalasPadam
  8. Tahniah Dr Azizan n Asyraf.
    Bila baca kejayaan usahawan, x kisah la siapa, rata2 semua ada mentor sendiri.

    BalasPadam
  9. Tahniah Dr Azizan n Asyraf.. Nak berjaya perlu ada mentor.. Sbb mentor ini lebih banyak ilmu, dapat bagi motivasi dan sokongan dgn kita kan

    BalasPadam
  10. siapa sangka kan budak nakal boleh berjaya. Itulah, yang penting kemahuan kita. mahu + usaha, pasti berjaya. Tahniah Asyraf Dato K, tia arifin & Mutyara.

    BalasPadam
  11. Hebat Dr. Azizan dapat ubah hidup ramai orang kan. Memang siapa berguru dengan dia nampak cara dia mengajar memang bagus juga bab agama ni.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.