Memperkenalkan Aplikasi Sujood Tabung Digital Masjid Anda



Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Salam Jumaat yang barokah Hai Pembaca semua, Bonde ingin memperkenalkan dengan anda semua tentang satu aplikasi yang diberi nama Aplikasi Sujood.

Memperkenalkan Aplikasi Sujood Tabung Digital Masjid Anda


Tentang Aplikasi Sujood Tabung Digital Masjid Anda


Pendigitalan adalah langkah terbaik untuk merungkaikan permasalahan yang dihadapi oleh Masjid pada masakini.  Aplikasi Sujood menawarkan langkah pengdigitalan masjid bagi membantu institusi agama tersebut untuk menghadapi isu seperti pemerolehan dana, keboleh pasaran dan juga masalah kecurian.

Pembangunan Aplikasi Sujood berteraskan firman Allah didalam surah Saba ayat 39 yang bermaksud "....dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan mengantikannya . " Kami di Sujood percaya komuniti muslim di Malaysia juga berpegang dengan keyakinan yang sama.

Dengan hadirnya Aplikasi Sujood ini, agar usaha yang kecil ini mampu untuk membangkitkan semangat untuk menderma dan bantu membantu didalam komuniti ini.

Luarbiasanya Sadaqah 


Sesetengah orang menganggap Sadaqah itu mesti dalam kuantiti yang banyak. Sehingga ramai yang menunggu sehingga dia benar-benar mencukupi baru hendak menderma. Dan kerana masih menunggu itulah... sehingga hari ini, kita masih tidak mampu untuk menderma. Selagi hati kita berat untuk menghulurkan, selagi itulah rezeki Allah SWT sukar untuk mengalir kepada diri kita. Yakinlah "What you give, you get back"

Sebenarnya banyak lagi alasan lain yang berlegar di fikiran kita sama ada ianya benar atau sengaja dibenarkan oleh minda kita.  Selalu terjadi dihadapan mata... buang sifat selalu beralasan macam dekat bawah ni:

*Tak ada cash nak derma.

*Tengok poster masjid ada nombor akaun bank, nak kena salin atau copy paste dahulu

*Hanya ada duit besar je, nanti nak guna juga untuk beli apa-apa. Dah derma tak boleh minta baki.

*Nak derma? nak kena ke masjid dulu la.

*Cari tabung masjid pun tak jumpa, tak payah dermalah.


Aplikasi Sujood telah dibangunkan untuk membantu menyediakan satu platform khusus perubahan tabung fizikal masjid dan surau kepada Tabung Digital yang lebih efektif.

Apa kelebihan Aplikasi Sujood ini?


1) Anda boleh menderma bila-bila masa.

2) Anda boleh menyumbang berapapun nilai walaupun dalam jumlah yang sangat kecil.

3) Anda boleh memilih masjid atau surau mana untuk anda menyumbangkan sedekah.

4) Setiap transaksi sumbangan anda berekod dan anda boleh menyemak transaksi sumbangan yang telah anda buat.

5) Jangan risau lagi tabung masjid atau surau qariah anda dicuri.


6) Konsisten dalam menyumbangkan sedekah walau dalam jumlah yang kecil.

7) Aplikasi Sujood tidak mengambil walau satu sen dari jumlah sumbangan anda




Empat Sebab Aplikasi Sujood sebagai Platform Melaksanakan Ibadah?

Kita boleh memilih Aplikasi Sujood untuk melakukan ibadah dengan bersedekah secara online kerana anda boleh :

1) Menyumbang di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. 


2) Menjejak sumbangan yang telah dilakukan terdahulu melalui tab Aplikasi Sujood. (lihat dekat history)

3) Sumbangan dilakukan secara berterusan dengan mudah dan selamat. 

4) Rahsiakan sumbangan anda, seeloknya memberi sumbangan secara  rahsia tanpa diketahui oleh individu lain. (Ikhlas dari hati)


5) Untuk kemudahan anda, Sumbangan Sedekah boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit atau melalui online banking.


Cara-cara Menggunakan Aplikasi Sujood

Cara nak menggunakan Aplikasi Sujood ni mudah sahaja. Jika hendak berinfaq menggunakan Aplikasi Sujood ini, Anda tak perlu mendaftar. Tapi lebih baik kalau anda mendaftar. Kerana jika anda mendaftar, anda boleh semak "history" sumbangan yang telah anda buat sebelum ini.

Tiga Langkah Mudah Untuk Anda Dekat Dengan Aplikasi Sujood Ini : 


1) Muat turun Aplikasi Sujood di Google Play bagi pengguna android atau Apps store bagi pengguna Iphone.

2) Daftar maklumat anda dekat profile dan isi maklumat diri yang diperlukan. 

Jika anda mahu rahsiakan sumbangan anda, anda tidak perlu  mendaftar, klik button HOME untuk memberikan sumbangan. 

Anda boleh pilih masjid atau surau mengikut negeri-negeri di Malaysia untuk menyumbang. 

3) Isikan maklumat yang diperlukan seperti jumlah sumbangan, nama, nombor telefon dan email semasa hendak membuat sumbangan. 


Empat Waktu yang paling baik untuk bersedekah : 

Sedekah merupakan salah satu amalan yang akan membantu kita sama ada masih hidup ataupun sudah mati. Waktu yang dimaksudkan diatas bukan waktu dari hari atau jam masa, tetapi waktu dimana keadaan hidup kita.

Sedekah juga merupakan amalan sunnah Rasulullah SAW. Ia dianjurkan untuk dilakukan sama ada pada waktu susah atau senang.

Rasulullah SAW bersabda yang isinya menyeluruh mengenai waktu yang paling anda untuk anda bersedekah.

1) Bersedekah waktu tubuh badanmu masih sihat

2) Ketika anda ingin sekali untuk menjadi orang kaya

 3. Bersedekah ketika anda risau menjadi miskin

4. Bersedekah sebelum datang kematian


Sama-sama sebarkan info Aplikasi Sujood ini, kongsikan kepada yang lain... sama-sama kita pastikan Aplikasi Sujood ini telah di muat turun di handphone.


Boleh terus tekan link Aplikasi Sujood ini untuk install di android & iphone : https://get.sujood.net



Semoga Aplikasi Sujood ini mampu meningkatkan lagi kekuatan ummah Insya'Allah. Doakan semoga usaha ini dipermudahkan dan berjaya! Aamiin.

Bagi anda yang berminat untuk mendaftar bagi masjid/surau yang terdekat dengan anda..

Sila emailkan hasrat anda kepada:

Layari media social Aplikasi Sujood dibawah untuk info lanjut dan promosi berkaitan Aplikasi Sujood ini.

Laman web :





Jangan lupa kongsikan kepada yang lain moga ianya bermanfaat.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Alhamdulillah... makin mudah urusan kita nak bersedekah... terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  2. Eh bagusnya apps ni. Memudahkan sesiapa yg ada niat nak sedekah utk surau n masjid.

    BalasPadam
  3. Bagus apps ni memudahkan urusan sedekah.

    BalasPadam
  4. Mudah orang ramai nak bersedekaj dan memudahkan masjid dapat dana

    BalasPadam
  5. menarik..thanks kongsi info ni

    BalasPadam
  6. mudah sangat guna ni bonde.. kat mana2 pun boleh bersedekah.

    BalasPadam
  7. Jom download apps ni. Menarik kan.

    BalasPadam
  8. selama arini mmg selalu save dlm maybank jer .. transfer manually .. wah ini pun ada jugak skrg yer

    BalasPadam
  9. menarik dan bagus app ni.. memudahkan pengguna..

    BalasPadam
  10. Bagusnya, dah tak ada alasan untuk tak bersedekah.

    BalasPadam
  11. bagus juga apps ni. mudahkan kita bila nak derma

    BalasPadam
  12. mudah dah sekarang. takde masalah lagi nak miss sedekah subuh setiap hari. Tq share bonde.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.