Persediaan Kalau Ada Kematian Di Rumah



Assalamualaikum dan Selamat Malam hai pembaca semua... Bonde nak kongsikan kepada anda semua tentang Persediaan Kalau Ada Kematian Di Rumah, dulu pernah belajar di sekolah dan dekat kursus pengurusan jenazah... tapi maklumlah kalau nak ingat balik makan masa, jadi boleh terbaca tentang ini dan refresh semula.

Persediaan Kalau Ada Kematian Di Rumah



Urusan Untuk Mendapat Permit Perkebumian


1) Call Ambulans.  Doktor akan sahkan kematiàn. Mereka akan bagi beberapa surat atau borang untuk dibawa buat laporan ke balai polis.

2) Call orang surau atau jiran yang terdekat

3) Bawa document yang diberi doktor tadi. IC simati, sijil lahir. Segala surat perubatan jika ada ke balai polis untuk buat laporan.
  
4) Ingat, bahagikan tugasan. Apabila disahkan oleh doktor tentang kematiàn. Sebelum hadirnya jiran-jiran. 

Urusan Dirumah


1) Letak jenazah atas tilam, kaki ke arah kiblat. Muka mengadap kiblat.

2) Chek seluar atau pampers jika ada terkeluar najis, terkencing. Jika ada cuci dulu. 

3) Salin seluar baju yang bersih. 

4) Cari perca kain bersih.  Buat beberapa tali.  
sedia kan minyak zaitun atau baby oil.  mulakan dari muka.  Urut pelan-pelan muka, rapatkan mulut dan ikat dari dagu ke kepala. 
 
5) Urut mata pelan-pelan, rapatkan.  Jika tak rapat.  letak duit syiling 50sen dikelopak. boleh dah rapat, keluarkan duit tu.  

6) Tangan, siku urut pelan-pelan. Kiamkan elok-elok, ikatkan kemas-kemas.  

7) Punggung,peha rapat kan elok². Urut pelan².

8) Lutut rapatkan elok-elok.  ikat tali.  

9) Betis rapatkan. ikat tali.

10) Penggelangan kaki urut, dengan minyak rapatkan dan ikat kemas². 
 
11) 2 ibu jari dirapatkan dan ikatkan.  

12) Ambik kain tudung bawal putih jarang, tutup bahagian muka..

13) Ambik kain batik panjang, tutup keseluruhannya.


Untuk Persiapan Yang Lain-Lain



1) Siapkan dalam beg. Kain batik panjang 4 helai. Towel satu. 

2) Daun pandan sepokok, dibersihkan dan kerat-kerat. Simpan dalam plastik. 

3)  Sebelum kedatangan jiran-jiran .  anak-anak yang lain mesti tutup aib. Dengan cepat-cepat bersihkan rumah.  

7) Bila jenazah dirumah dah ready semua.  sementara tunggu urusan yang seterusnya. Cuba ambik kesempatan membaca surah.    

Note,
Tujuan urut tadi. supaya segala sendi-sendi tetap lembut sehingga memudahkan waktu nak mandi atau kapan. Buat pelan-pelan,  sambil tu sedekah Al-Fatihah. Ni kerana jenazah yang tercabut nyawanya, didalam keadaan perit dan sakit.  

Wallahua'lam
Memoga bermafaat untuk saya dan semua.
Maaf sekiranya ada kekilafan dan kelemahan didalam catitan..


Simpan mesej ni.. 
Sebagai pedoman 
Kredit kepada Penulis 🖊️


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. perkara yg semua org kena tahu. satu hari akan berdepan juga dgn situasi ni

    BalasPadam
  2. Bagus laaa bonda tulis ni. Aritu anak jiran sebelah meninggal. Huhu tak reti sgt nak handle. Ikut makcik2 kat sini jer

    BalasPadam
  3. cik en memang blur ms arwah abah meninggal. panik. tp panduan ini bagus untuk panduan

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang sangat bagus ni bonde. Mudah mudahan dapat membantu yang lain bila berlaku kematian

    BalasPadam
  5. tiba2.. teringatkan arwah ayah dan mak.. persediaan macam ni semua orang kena ambil tahu

    BalasPadam
  6. penting kan semua ni tapi masih ramai ambil sambil lewa bab ni..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.