Diffenz Junior Beri Nutrisi Tambahan Untuk Tumbesaran Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Pembaca semua... Bonde nak kongsikan berkaitan :


Diffenz Junior Beri Nutrisi Tambahan Untuk Tumbesaran Kanak-Kanak

Trend masalah tumbesaran dan obesiti melibatkan kanak-kanak di Malaysia hari ini sangat membimbangkan. Kanak-kanak berlebihan berat badan dan obesiti berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik berkaitan pemakanan seperti penyakit jantung dan diabetes melitus yang lazimnya akan berterusan sehingga alam dewasa.

Sementara itu, kanak-kanak terbantut pula sering kali mengalami kesan jangka panjang yang memudaratkan seperti daya kognitif dan perkembangan fizikal yang kurang baik yang menyumbang kepada keupayaan produktiviti dan tahap kesihatan rendah di alam dewasa. Maka, adalah amat penting bagi ibu bapa memastikan bahawa anak mereka mendapat pemakanan yang betul bagi tumbesaran dan perkembangan optimum.

 


Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid


Fasa kanak-kanak amat penting dan perlu diberi perhatian khusus oleh ibu bapa. Ini kerana apa saja yang diserap dan berlaku di sekeliling kita akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang. Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam zaman kanak-kanak adalah tumbesaran dan perkembangan mereka.

 

Di luar pengetahuan sebilangan kita, kadar kebantutan dalam kalangan kanak-kanak negara ini berada pada 20.7 peratus iaitu lebih tinggi daripada kadar 7.4 peratus di Tebing Barat dan Gaza yang dibelenggu konflik keganasan.

 


Kanak-kanak di Malaysia juga berhadapan dengan peningkatan risiko obesiti akibat kurang aktif dan pengambilan makanan yang tidak sihat di rumah akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara. Tiada lagi keterujaan dan kebebasan bermain, berlari dan bergerak aktif bersama kawan-kawan demi memenuhi tuntutan norma baharu.

 

Keadaan ini menyebabkan daya ketahanan tubuh dan tumbesaran mereka terganggu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda kesihatan berpunca daripada malnutrisi (kekurangan nutrisi), jangkitan berulang kali dan kurang stimulasi psikososial.

 

Dalam jangka masa pendek, kebantutan boleh meningkatkan risiko kematian dan morbiditi (berpenyakit). Daya pertahanan tubuh yang kuat juga sangat penting dan salah satu caranya adalah dengan memastikan kita mendapat sumber vitamin dan mineral yang lengkap.

 

Apabila merancang hidangan untuk anak anda, ingat 3 petua asas berikut.

 

Seimbang: Diet seimbang bermaksud memasukkan kesemua kumpulan makanan daripada Piramid Makanan Malaysia ke dalam setiap hidangan harian. Makan lebih makanan daripada aras bawah dan kurang daripada aras yang lebih tinggi.

 

Sederhana: Terlalu banyak atau terlalu sedikit adalah tidak sihat, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan makanan dan nutrien. Adalah penting untuk mengambil jumlah yang betul mengikut saiz sajian yang disarankan bagi setiap kumpulan makanan.

 

Pelbagai: Mengambil pelbagai makanan membekalkan kita dengan kesemua nutrien yang diperlukan dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti diet dan menjadikannya lebih menarik!

 

Vitamin ditemui dalam kebanyakan makanan yang diambil setiap hari. Jadi, amat penting untuk ibu bapa menggalakkan makan sayur-sayuran hijau, dan buah-buahan dalam diet bayi mereka.

 

Pun begitu, agak sukar untuk tubuh mendapatkan keperluan mikronutrien, disebabkan kualiti makanan berkurangan kerana proses penanaman (racun perosak, baja), pembungkusan, pengangkutan, simpanan atau pencucian berlebihan, masakan.

 

Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan.

 

 

Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat; makanan yang diambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripada sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela  termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres.

 

Semua itu sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres  kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat. 

 

Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu.

 

Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah. Cuba bayangkan jika anda mengambil 6 jenis suplemen, pasti harganya akan mencecah RM400 dan ke atas, tetapi Eskayvie Diffenz Junior menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol.

 


Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

 

Multivitamin Dan Mineral

 


Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), didapati bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari. Ini kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013).

 

Terdapat jurang yang jelas antara jumlah yang anak-anak kita makan dan jumlah yang mereka perlukan. Justeru, pengambilan multivitamin dan mineral yang terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12, vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi, magnesium, fosforus, selenium dan zink sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak yang ‘picky eater’.

  

Kolostrum

 


Anak-anak dilahirkan dengan daya tahan yang rendah kerana sistem imun masih belum berkembang. Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum.

 

Kolostrum atau turut dikenali sebagai cecair emas dikaji dapat meningkatkan sistem imun dan menyokong tumbesaran sihat di kalangan kanak-kanak. Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor).

 

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus kanak-kanak.

 

Vitamin C dan vitamin D

 

Kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang terdedah kepada risiko tidak cukup Vitamin C disebabkan keperluan yang semakin meningkat dan pengambilan yang lebih kurang daripada yang sepatutnya. Kajian di Perancis pula mendapati kira-kira separuh daripada kanak-kanak berumur tujuh hingga 19 tahun mempunyai kadar pengambilan vitamin C di bawah purata jangkaan keperluan.

 

Vitamin C memberi kesan kepada pelbagai komponen maklum balas daya tahan badan dan ia mempunyai khasiat anti-viral. Dengan meningkatkan pengambilan vitamin C, ini boleh memberi manfaat kepada golongan berisiko terdedah kepada jangkitan. Walaupun vitamin C mudah didapati kerana terdapat dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran semula jadi, khasiat vitamin C ini boleh berkurangan apabila dimasak ataupun disimpan terlalu lama.

 

Bukan hanya itu, vitamin D juga penting untuk tumbesaran anak-anak. Vitamin D penting untuk fungsi tulang, kalsium dan metabolisma badan. Apabila anda mendapat kalsium yang cukup, anda juga mendapat vitamin D yang cukup. Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan sumber vitamin D kerana kita hanya perlu mendedahkan diri kepada sinaran matahari pada waktu pagi. Bagaimanapun, vitamin D tidak semudah yang disangkakan kerana kebiasaannya kanak-kanak sudah bersiap untuk ke sekolah pada jam enam pagi dan mereka bertolak ke sekolah sebelum matahari memancarkan sinar.

 

Cendawan Susu Harimau

 


 

Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar.

 

Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk.

 

Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

 

Ibu bapa memainkan peranan penting sebagai teladan kepada anak mereka. Oleh demikian, mereka sendiri harus mengamalkan tabiat pemakanan secara sihat dan kekal aktif. Luangkan lebih banyak masa bersama anak-anak untuk melakukan aktiviti gaya hidup sihat seperti menyediakan hidangan sihat atau bersenam bersama-sama untuk menyemai amalan gaya hidup sihat dalam keluarga.

 


 

Amalan pemakanan yang betul dan gaya hidup sihat sejak kecil serta ditambah dengan pengambilan nutrisi tambahan dengan Eskayvie Diffenz Junior dapat membantu menyokong tumbesaran dan perkembangan optimum kanak-kanak supaya mereka membesar menjadi dewasa yang sihat di masa akan datang.

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan Diffenz Junior ni anda boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie di bawah.

 

Website: https://diffenzjunior.com 



INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/




 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

4 PEMBERI ULASAN

  1. Bagus ada produk macam nie untuk anak-anak kan Bonde. Tambah dalam keadaan macam sekarang nie..

    BalasPadam
  2. Menarik ni Bonde sebab dalam satu produk ada pelbagai vitamin. Bolehlah dicuba untuk anak. Tq infonya ya.

    BalasPadam
  3. kawal pemakanan dan gaya hidup sihat akan memastikan kesihatan berada tip top

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.