Pertama Kali Makan Tong Mo Viral



Assalamualaikum dan selamat pagi... Hai pembaca semua, Bonde nak kongsikan pada anda semua makanan viral Bonde beli dekat Kanchong Darat Banting. Tong Mo! pernah makan atau pernah dengar tak?  Tong Mo ni sebenarnya berasal dari Kemboja, Tong Mo memang popular di Kemboja. Macam mana rupa bentuk Tong Mo ?

Pertama Kali Makan Tong Mo Viral

Tong Mo Viral

Apa Tong Mo tu?

Asal usul nama Tong Mo adalah dari Negara Kemboja,  Tong Mo ialah  Tong bermaksud daging manakala Mo bermaksud Lembu bila digabungkan menjadi Tong Mo. Rupa Tong Mo ni sama seperti bentuk sosej.  Bagi masyarat Kemboja ianya Tong Mo ialah Sosej Kemboja.

Cara nak buat Tong Mo adalah dengan mencincang daging dan perapkan dengan rempah istimewa dan kemudian disumbat ke dalam usus lembu nipis dan dijemur bagi memadatkan daging tersebut sebelum dibakar.

Tong Mo Viral 
Gambar google

Bagi Bonde nak buat Tong Mo ni agak rumit dan memakan masa, Tong Mo dimulakan dengan proses mencuci usus lembu sepanjang 1.5 meter dengan membuang segala isi di dalam kantung usus berkenaan, untuk dijadikan kulit sosej.

Kemudian bahagian dalam usus diterbalikkan ke luar dan dibersihkan sekali lagi dengan cara mengerik menggunakan pisau secara lembut dan berhati-hati supaya tidak terkoyak dan terputus.

memandangkan tinggal di tanam perumahan dan rumah teres landed agak tak sesuai menghasilkan Tong Mo sendiri, nak jemur dan nak bakar dengan asap-asap memang sangat tak sesuai.  Kalau di kampung memang seronok buat sendiri.. ada tempat nak jemur dan bakar  Tong Mo.. dirumah Bonde nanti ada jiran yang complain pula nanti. 

Tong Mo Viral


Sebenarnya Tong Mo nih dah lama wujud dekat Kampung Bonde di Banting, Di Kanchong Darat memang setiap hujung minggu akan ada pasar kemboja.  Pasar ini kebanyakkannya peniaganya adalah dari Kemboja berniaga kain baju dan makanan dari negara Kemboja.  Bonde sudah sangat lama tidak ke Pasar Kemboja ni.  Pernah pergi masa zaman baru bernikah dulu... rutin setiap minggu memang akan ronda pasar Sabtu dan Ahad disekitar Banting. (Maklumlah masa tu tak ada komitment lagi)

Baru-baru ni Bonde terbaca di Facebook tentang Tong Mo Viral terus teringin nak cuba dan makan, (dahlah masa tu bulan Ramadhan) memang teruja sangat nak makan, yang jual pula adalah warga tempatan juga, Syukur Alhamdulillah masa bulan puasa hari tu belum diumumkan PKP dan masa tu masih boleh merentas Daerah, sempatlah kami berbuka puasa dengan Abah kami di Kampung.. Bonde terus pergi JJCM ke Bazar Ramadhan Kanchong Darat Banting, Alhamdulillah di facebook telah tersedia contact number penjual, jadi Bonde oder melalui talian telefon dahulu...Info dari penjual katanya kalau tidak oder awal dikuartiri akan habis dan memang akan beratur tunggu lama.  Syukur Alhamdulillah rezeki kami sempat oder dan sampai-sampai dah siap tak peru tunggu lama.

 

Review Bonde Tentang Tong Mo


Tong Mo viral ni, dimakan bersama Sos dan juga kerabu betik ala-ala somtam macam tu... Sosnya memang sedap dan agak pedas tapi kenalah dengan selera Bonde yang suka makan pedas, gabungan kerabu, sos dan  Tong Mo sedap sekali. 


Berapa Harga Tong Mo nih?


Bagi Bonde harga Tong Mo dekat Kanchong Darat ni lagi murah berbanding tempat lain. Saiz pula agak besar, Seketul RM 2.50 puas makan.


Baru-baru ini Bonde ada beli dekat Kota warisan, Tong Mo dijual di food truck, Tong Mo nya sangat berbeza dari yang Bonde beli di Kachong Darat... nampaknya Bonde dah merindui makanan di Kampung, Bila boleh merentas daerah nih? Tak sabar nak balik jumpa Abah di Kampung dan jalan-jalan ke Pasar Malam.

Kalau anda nak oder Tong Mo Viral boleh ke Facebook Satay HB tau! terus oder melalui telefon.  Selamat Mencuba!

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Nampak sedap...bila la SA boleh cuba ni

    BalasPadam
  2. RM2.50 ok la bonde berbaloi saiz Tong Mo dgn harga dia

    BalasPadam
  3. owh.. sosej daging... ingat apa lah tadi...

    BalasPadam
  4. kinah pun baru cuba tong mo ni. sedap la jugak tapi tak boleh makan selalu hehhe

    BalasPadam
  5. Kalau di kelate ada gak sosej perut lenbu ni dijual sebab pengaruh dari Thailand yg byk makanan camni. Tp sy x pernah mkn....

    BalasPadam
  6. Waduhhhh sedapnya yang mcm niii. Puas makan. Secucuk 2.50! Besar pulak tu. Ada betik lagiiiii bestnyaaa

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.