Spring Roll Veggie Dan Sos Hijau Thai

Assalamualaikum dan Selamat Malam, seperti yang dijanjikan Bonde ingin kongsikan resepi... yang menggunakan Ketumbar Jawa sebelum ini, Kalau anda terlepas info anda boleh baca di sini.

Spring Roll Veggie Dan Sos Hijau Thai


Resepi Spring Roll Veggie Dan Sos Hijau Thai

Spring Roll Veggie

Bahan-bahan :

Rice Paper secukupnya

200 gram soon rendam dan rebus

1 batang timun potong memanjang

1 batang lobak merah potong memanjang

20 helai daun ketumbar jawa




Bonde suka guna Rice Paper seperti jenama dibawah, mudah didapati di pasaraya, (Bonde beli di Jaya Grocer)


Cara-cara :

Sediakan air suam didalam pinggan.  Celupkan rice paper didalam air suam, letak diatas landas susunkan satu persatu dimulai dengan soon, timun, lobak merah dan daun ketumbar jawa.


Lipat dan gulungkan seperti menggulung popia. Susun dalam pinggan sehingga bahan habis (jangan buang boleh simpan dalam peti ais tahan 5-6 jam dalam bekas tertutup.


Sos Hijau Thai



Resepi Sos Hijau Thai 

Bahan-bahan:

10 tangkai cili padi hijau

3 ulas bawang putih

6 sudu mayonis

5 sudu jus limau 

2 sudu sos ikan

5 sudu gula perang

1 sudu kecil garam

10-15 daun ketumbar jawa

Cara-cara:

Masukan semua bahan dalam blender dan kisar. Masukkan garam dan gula secukup rasa boleh olah ikut selera masing-masing.  Jika tak suka pedas boleh kurangkan cili.

Ketumbar Jawa



Kalau anda nak tambah seafood dalam spring roll ni boleh sahaja tak ada masalah pun, cuma masa ni Bonde nak makan yang versi sayur sahaja... lepas tu Bonde ak celur tau lobak  merah dengan timun tu semua segar dan bila makan krup krap crunchy best!

Kalau suka, anda bolehlah buat nanti Selamat mencuba!


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

2 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.