Dua Produk Terbaik Hansaegee Aloe AC Bubble Cleanser Dan Aqua Whitening Cream Pakai Masa Musim PKP

Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Musim PKP ni Bonde memang jarang keluar rumah, kalau keluar hanya membeli barang keperluan "top up' untuk barang dapur mana yang sudah habis sahaja, namun begitu ada kalanya Bonde keluar mengemaskan tanaman sayur dalam pasu dihalaman rumah, ini membuatkan muka terdedah dengan sinaran matahari waktu pagi dan juga waktu petang, aktiviti didapur pula buat masa ni memang kerap masuk ruang dapur untuk masak macam-macam resepi baru dan resepi biasa ulangan menjadi pilihan keluarga. Dengan aktiviti yang dibuat ini memang terasa kulit wajah memang selalu kena dibersihkan dan rasa kering... dan rasa tidak selesa lepas masak mesti kena cuci muka, ini tak bermakna duduk sahaja dirumah kita tak perlu beri perhatian pada kulit wajah yea, sememangnya aktiviti yang Bonde buat ni lagi membuatkan kulit wajah jadi kering dan tidak selesa.

Bonde nak perkenalkan dengan anda semua dua produk yang membantu membersihkan wajah dan memberi kelembapan kekal kepada wajah sepanjang musim PKP dirumah.




Dua Produk Terbaik Hansaegee Aloe AC Bubble Cleanser Dan Aqua Whitening Cream Pakai Masa Musim PKP.

Dua produk yang Bonde gunakan ialah Aloe AC Bubble Cleanser Dan Aqua Whitening Cream bagi yang tidak tahu mengenai Produk Hansaegee dibawah ini ada info tentang Hansaegee.

Info Tentang Hansaegee

Hansaegee Nature adalah jenama penjagaan kulit berasaskan Malaysia dan semua produk yang dibuat di Korea. Ditubuhkan sejak tahun 2011, Hansaegee Nature memulakan dengan mengimport produk berkualiti tinggi dan 100% produk penjagaan kulit asal dari Korea. Dan semua bahan produk diluluskan secara sah dan selamat digunakan. Matlamat Hansaegee Nature adalah untuk menyediakan kualiti dan keselamatan untuk menggunakan produk Korea kepada pelanggan.

Salah satu produk penjual terbaik Hansaegee Nature ialah Gold Nano CC Cream selama bertahun-tahun, dan untuk memberikan pengalaman penjagaan kulit yang lebih lengkap kepada pelanggan; Pada tahun 2016, Hansaegee Nature telah memulakan pelancaran di rumah Brand "Hansaegee Nature" Aqua Whitening Cream. Ikuti Hansaegee Nature oleh Aloe AC Bubble Cleanser pada tahun 2018, semua produk kursus 100% Asal yang dibuat di Korea. Selain itu, Hansaegee Nature juga menceburi Penjagaan Mata, Mask Muka dan banyak produk penjagaan kulit yang baru.

Semua produk penjagaan kulit Hansaegee Nature HANYA boleh didapati di laman web rasmi kami di www.hansaegee.com/shop.  Produk ini tidak dijual daripada mana-mana kedai runcit atau saluran kedai dalam talian. Khususnya hanya untuk laman web Alam Hansaegee.

Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser?

 Video Dari Instagram

Mudah sahaja cara untuk menggunakan ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER sebab botolnya sangat membantu untuk menghasilkan buih-buih hanya tekan dengan cara yang betul. Maka terhasilkan buih-buih yang anda hendak sapukan ke wajah nanti.


Buih yang keluar itu sangat penting kerana buih-buih tersebutlah yang membantu membersihkan wajah dan menghilangkan semua kotoran yang ada pada kulit wajah.

Mengeluarkan kotoran pada liang dan membersih secara mendalam, ia juga mengeluarkan sebum / minyak yang berlebihan dengan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser

Cara penggunaan adalah seperti :

1. Basahkan seluruh tapak tangan 

2. Tadah tangan pada muncung pump dan tekan 2-3 pump untuk sekali penggunaan.

3. Ratakan buih keseluruh kulit wajah, Urutlah kulit wajah dengan penuh kasih sayang secara putaran bulat (Penting! Sambiltu… doa dalam hati moga diberi kesihatan pada kulit wajah dan dijauhkan dari penyakit-penyakit yang tidak diingini.)




4. Kemudian bilas dengan air suam. Pastikan semua kotoran bersih.


Kelebihan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature 


Banyak kelebihan apabila kita konsisten menggunakan krim Aqua Whitening ni. Antara kelebihan krim pelembap Aqua Whitening Hansaegee nature ini ialah:

Membantu menyegarkan kulit

Membantu mengawal lebihan minyak / sebum

Membantu merawat kesan sunburn, muka kemerahan disebabkan panas matahari

Membantu mencerahkan kulit

Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit

Tekstur Aqua Whitening Cream



- Testur ringgan dan tidak melekit

- Percubaan sapuan Aqua Whitening Cream di kulit bahagian tangan

- Titisan air muncul diatas kulit

- Dap-dapkan sahaja, Aqua Whtening Cream cepat menyerap.


Cara Nak Guna Aqua Whitening Cream

Bersihkan muka terlebih dahulu. 

Sapukan Aqua Whitening Cream dengan jumlah yang mencukupi ke muka dan leher.

Titisan air akan muncul di atas kulit selepas beberapa saat. Dap-dapkan atau sapu kulit perlahan-lahan menggunakan tangan sehingga Aqua Whitening Cream pelembap diserap sepenuhnya ke dalam kulit.



Bahan Utama yang Terdapat Di Dalam Aqua Whitening

Camelia Japonica Seed Oil - Non-comedogenic, tidak akan menghalang liang kulit yang menjadi punca jerawat timbul, Dapat membantu memulihkan kulit yang kekeringan dan kerosakan disebabkan sunburn di samping dapat memberi kelembapan sehingga ke lapisan kulit yang terakhir.

Niacinamide - Membantu memperbaiki tona kulit yang tidak sekata, membantu mengawal minyak, membersih dan menegangkan kulit disamping membantu mengecilkan liang pori.

Kandungan lain Aqua Whitening Cream


Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Niacinamide, Pinus Densiflora leaf extract, Sodium Chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officine root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, prunus ameniaca (Apricot) kemel oil, Camellia japonica seed oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia Florida fruit extract.


Dua Produk ini sangat bagus tau, kerana ianya menjadi rutin harian Bonde untuk kurangkan kulit berminyak, Bonde gunakan pada waktu siang dan waktu malam setiap hari.






JENAMA : Hansaegee Nature



Like their Facebook Page : https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Subscribe to their Youtube Channel : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

BUY THEM HERE : Hansaegee Nature website

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~


Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

4 PEMBERI ULASAN

  1. hansaegee bubble tu mmg saya pakaim mmg best. cream tu mesti best juga kan

    BalasPadam
  2. Aqua cream tu mesti sedap pakai kan. Moist je gayanya. Kita pakai cc cream dia je tu pon best..

    BalasPadam
  3. produk terbaik akan menghasilkan kesan terbaik juga.

    bagus dan berbaloi untuk duit.

    BalasPadam
  4. Memang bagus produk nie kan Bonde.. Kak Sue pun dah cuba hari tu..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.