PKP 6 Daerah Di Negeri Selangor

Assalamualaikum dan Selamat Malam, Petang tadi Majli Keselamatan Negara telah membuat pengumuman mengenai PKP jadi Bonde ingin kongsikan disini dan sebagai info untuk anda semua rakyat negeri Selangor yang terlepas tentang pengumuman ini.

PKP 6 Daerah Di Negeri Selangor






Intipati sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan PKP, PKPB & PKPP.


- Enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat serta Sepang dikenakan PKP berkuatkuasa 6 hingga 17 Mei 2021.

- Tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor kekal di bawah PKPB.

- Pergerakan rentas daerah tidak dibenarkan dalam tempoh tersebut, kecuali untuk kes kecemasan atau tujuan bekerja. 

- Aktiviti ekonomi di enam daerah terbabit dibenarkan dengan SOP ketat namun aktiviti sosial tidak dibenarkan.

- Takbir raya di masjid/surau di benarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP namun mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri, takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan.

- Solat sunat Aidilfitri dibenarkan di masjid/surau di kawasan PKP, PKPB dan PKPP, mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

- Jamuan hari raya di masjid/surau selepas solat sunat Aidilfitri hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP sahaja.

- Ziarah hari raya di kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa.

- Ziarah hari raya di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan dari 1 hingga 3 Syawal, terhad 20 orang (PKPB) dan 25 orang (PKPP) pada satu-satu masa.

- Tuan rumah digalak menyediakan pengimbas suhu badan, kod QR MySejahtera atau buku pendaftaran kehadiran tetamu.

- Ziarah kubur hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP, terhad enam orang bagi setiap petak kubur serta tidak melebihi 30 minit.

- Penganjuran rumah terbuka sama ada di kawasan PKP, PKPD, PKPB atau PKPP adalah tidak dibenarkan.

Bersama-samalah kita berdoa agar Covid 19 segera lenyap dan kita semua hidup aman, sihat dan sejahtera seperti sebelum ini.  Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan untuk kita semua.


~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

2 PEMBERI ULASAN

  1. Dua kali Ramadan. Dua kali raya. mewah rasa yang disulami rasa sedih dan air mata. Semoga didikan sabar ini menjadikan kita hamba yang terus kuat.

    BalasPadam
  2. semoga cepat la berlalu covid ni

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.