Garci Pro Gel Membantu Hilangkan Kebas-Kebas Lutut

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Hai pembaca semua Salam 11 Ramadhan. Moga sepanjang Ramadhan ini kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna, cergas dan sihat. Bonde memang mengalami sakit lutut kebelakangan ini, lutut sering sakit selepas balik kerja nak jalan memang ambik masa, kadang nak berdiri pun tidak stabil sebab sudah duduk terlalu lama dipejabat dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang sepanjang bulan Ramadhan ini memang kurang berjalan maklumlah tidak ke cafe untuk membeli sarapan dan makan tengahari jadi duduk terlalu lama juga adalah punca lutut menjadi krem dan sakit. Maklumlah sebelum ni Bonde sekeluarga mengalami kemalangan kereta terjunan ke dalam parit kira-kira lima belas tahun dahulu , akibat kemalangan itu lutut Bonde cedera koyak dan terpaksa dijahit. Benarlah kata Mak masa kemalangan kalau tak sakit, sakit tu akan datang kemudian bila usia kita meningkat sakit akan terasa dari hari ke hari.


Kalau lutut sakit sebelum ini Bonde sapu dengan minyak panas dan urut/gosok pelahan-lahan untuk rasa lega... seperti biasa kelegaan tidak tahan lama. Ianya hanya membantu kurangkan sakit seketika. Macam mana solat fardu dan terawikh bulan Ramadhan ni, jika sakit lutut berlarutan.




Garci Pro Gel Membantu Hilangkan Kebas-Kebas Lutut


Satu hari suami belek-belek facebook dia terbaca info tentang ubat sakit lutut bernama GarciPro.

Apa Garci Pro Gel tu?


Untuk makluman anda Garci Pro Gel adalah dari campuran enam herba

- Minyak Kayu Putih

- Epal Hijau

- Daun Teh

- Aloe Vera

- Peppermint

- Minyak Argan


Dari info yang suami ceritakan kepada Bonde, ianya buat Bonde menjadi semakin teruja nak cuba Garci Pro Gel ni sendiri.  Ada ramai testimoni telah kembali sembuh dan boleh mula solat dengan sempurna.  Memang itu harapan dan doa yang sentiasa Bonde mohon selepas solat agar di kurangkan sakit dan disembuhkan sakit lutut ni, selama mengalami sakit lutut Bonde impikan dapat melakukan solat dengan sempurna kembali seperti dahulu.  





Syukur Alhamdulillah dengan beberapa kali guna Garci Pro Gel ini, Lutut Bonde rasa lega dan kebas-kebas tu berkurangan , Moga dengan istiqamah menggunakan Garci Pro Gel ini dapatlah solat seperti biasa. InsyaAllah.

Ciri-ciri Garci Pro Gel


- Tekstur Ringan Dan Lembut 

- Sejuk Dan Berangin

- Tidak Melekit

- Lebih Pantas Menyerap

- Tidak Panas

- Bau Yang Menyegarkan







Manfaat Garci Pro Gel ini dapat membantu ;


- Melancarkan Pengaliran darah dan merawat saluran darah tersumbat.

- Membantu proses rawatan kebas pada anggota badan

- Merawat urat saraf yang rosak penyebab kebas

- Melegakan kekejangan otot dan sendi

- Melegakan sakit urat dan sakit lutut

- Membantu mengelak risiko strok dn serangan jantung mengejut

- Melegakan selsema dan pening kepala

- Melegakan sakit perut dan sengugut

- membuang angin dalam badan

Bonde pon teruja nak tahu tentang detail produk Garci Pro Gel ini. Anda boleh tengok video dibawah berkenaan produk ini.
 


Cara Penggunaan Garci Pro Gel


Penggunaan yang simple, Hanya picit sedikit gel dan sapu pada bahagian rasa kebas, sambil tu urut perlahan-lahan.


Siapa Yang Sesuai Guna Garci Pro Gel?


Lelaki dan Wanita yang mempunyai masalah :

- Mereka yang sering kebas-kebas dan lenguh-lenguh anggota badan

- Mereka yang ada masalah lutut dan tumit

- Mereka yang ada penyakit darah tinggi dan strok

- Mereka yang mengalami masalah saraf

- Mereka yang sukakan aktiviti sukan


Kalau anda sakit lutut, sakit pinggang, sakit betis, sakit tumit, atau selalu rasa kebas-kebas di tangan, di kaki. Sapu losyen Garci Pro Gel, Insyallah rasa sakit akan hilang.




Bonde memang akan bawa Garci Pro Gel ini kemana-mana bukan apa, kalau nak pakai senang dah ada dalam beg telekung Bonde.
 


Tips :

1) Sakit kebas kurang dari enam bulan - dinasihatkan guna 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur

2) Sakit kebas lebih dari dari setahun dan stroke - dinasihatkan supaya sapu gel empat jam sekali

Berapa Harga Garci Pro Gel ?

Jika anda berminat nak cuba Garci Pro Gel ini, Harga untuk 100 ml adalah : RM 90.00

Untuk maklumat dan info lanjut anda boleh layari laman web dibawah dan sosial media Garci Pro Gel yea.


Laman Web : garciprohq.com

Instagram: garcipromalaysia




~ Bonde Senyum Riang ~












Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

28 PEMBERI ULASAN

  1. Zaza pun ada masalah kebas tapak kaki..kalau duduk beberapa jam je jadi..mmg risau gak fikir hari tu..ada jgk try cream ni

    BalasPadam
  2. bonde pun pakai ini juga.. cik en pun pakai.. mmg best tau produk ni.. cik en sakit tumit pun dah lega

    BalasPadam
  3. Ni mcm boleh beli untuk mak iza je ni. Mak iza selalu jugak kebas lutut.

    BalasPadam
  4. Bagus ni buat hilang lenguh2 badan..kita ni dahla selalu sakit2 je.

    BalasPadam
  5. Sis pun mmg lemah lutut..memang sdg cari yg sesuai utk lutut ni, nanti boleh cuba yg ni pulak

    BalasPadam
  6. Ana pun kerap sakit lutut especially bila banyak jalan atau dukung baby lama2. Nak try lah garci pro ni nanti.

    BalasPadam
  7. I also need Garci Pro Gel coz I kerap sakit lutut juga.

    BalasPadam
  8. selsema pun boleh guna.. best la krim serbaguna mcm nie..

    BalasPadam
  9. Fatin bagi parents guna. Diorang pun suka dgn efek garci pro ni

    BalasPadam
  10. Saya lutut tak kebas tapi sakit lah. Memang kena brli ni standby untuk kegunaan bila lutut sakit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Da try mmg sejuk2 best guna..sha bg mertua guna skali

      Padam
  11. at least kene ada satu ni

    BalasPadam
  12. Bagus nie.. Boleh cuba beli ni utk hilangkan lenguh2

    BalasPadam
  13. Rasa macam nak try juga lah, kadang2 meragam juga lutut ni lagi2 dah tak berapa aktif sekarang.

    BalasPadam
  14. Beli sebagai hadiah untuk mak yang lenguh badan dan sakit lutut bagus juga ni kan.

    BalasPadam
  15. Nak kena beli satu la untuk mak, Yaya pun macam perlu satu ni.banyak angin dalam badan. Hihi

    BalasPadam
  16. Sha siap parking kat opis jee garci pro ni.. sebab berguna time keje banyak😁

    BalasPadam
  17. Wow this looks like a good gel to help us joint pain and all sorts of other ailments and aches too. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  18. Ramai yang kata Garci Pro ni bagus . Rasanya nanti nak kena beli jugak satu sebab mudah nak bawak waktu pergi hiking atau masa kayuh basikal. Standby bebenda macam ni sebagai rawatan keemasan. Kita tak guna mungkin orang lain ada yang memerlukan. Bila buat aktiviti outdoor ni macam2 boleh jadi.

    BalasPadam
  19. Bagus produk ni. Masalah kebas dan sakit lutut ni kalau dah menyerang memang terganggu aktiviti harian.

    BalasPadam
  20. Boleh belinsatu untuk parent I. Org tua kadang kadang kebas lutut, tangan. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  21. dah banyak tengok orang share benefit garci pro ni, macam best je nak try bonde

    BalasPadam
  22. Nampak gaya macam elok untuk kebas-kebas dan sakit sendi ye. Rawlins boleh nak rekomen kat my parents la, harapnya berkesan dan serasi dengan diorang

    BalasPadam
  23. Besfren Sis setakat ni, memang ada je dalam bag tu heheheh.. mudah nak guna, dan kesannya secara pelan sangat efektif.. tau-tau yang sakit jadi elok..

    BalasPadam
  24. Krim ni memang elok kita standby dalam beg. Ruby pula selalu cramp kaki. Tapak kaki, betis dan peha. Kalau sekali kena, takleh jalan haaaaa. So krim ni kita wajib ada. Hehe

    BalasPadam
  25. mmg bagus produk ni.. sbb membantu sangat hilangkan kebas kat bahagian kaki. wajib setiap rumah simpan satu stok

    BalasPadam
  26. I need this kat rumah juga! boleh try ni nanti and recommend kat my family sekali...

    BalasPadam
  27. Banyak jugak baca good review Garci Pro Gel nie. Sesuai la simpan kat rumah terutama kalau yang stay dengan parents..org tua memang kerap kebas2 ni kan

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.