Keutamaan Bulan Syaaban

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dan Selamat Petang.. Hai Pembaca semua, Semalam telah masuk 1 Syaaban 1442 hijrah, menandakan lagi sebulan kita akan sampai pada bulan Ramadhan yang dirindui.  Sebenarnya bulan Syaaban juga ada keistimewaannya yang tersendiri.  

Keutamaan Bulan Syaaban

Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah SWT kepada hamba-Nya.

Baginda SAW menyatakan bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda, di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Umatnya sepatutnya turut mencontohi baginda memperbanyak melakukan amal.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah, Baginda SAW bersabda: “Sucikan diri kamu dalam Syaaban dan elokkan niat kamu untuknya. Sesungguhnya kelebihan Syaaban daripada bulan lain seperti kelebihanku daripada kamu.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Sesiapa yang mengagungkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah serta melakukan ketaatan kepada-Nya dan menahan diri daripada berbuat maksiat, maka Allah Taala akan mengampunkan dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

Kemuliaan Syaaban memberi rahmat, pengampunan dan ganjaran pahala berganda kepada sesiapa yang benar-benar menghidupkannya.

Syaaban mempunyai kelebihan sebagai bulan untuk beramal ibadat.

Siti Aisyah r.a. berkata: “Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah SAW ialah bulan Syaaban.”

@quotephotovideo 

Doa Hari selasa

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

ٍاَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga dan para sahabatnya.

Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram…

Yaa ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Yaa ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..

Ya Allah berkatilah kami dalam pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami dan keturunan kami.

Ya Allah terimalah taubat kami. Ya Allah Engkau yang Maha Menerima Taubat dan maha Penyayang.

Ya Allah jadikanlah kami orang yang bersyukur pada nikmat Mu, pemuji nikmatMu, menerima nikmatMu. Ya Allah sempurnakan nikmat kami kepada kami.

Ya Allah jauhkanlah kami dari riak, ujub dan takabbur tatkala kami menumpang di bumiMu ini Ya Allah, berlangitkan kekuasaanMu, bernafas dengan izinMu, berezeki dengan limpahan kurniaanMu.

Yaa ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasanMU, berikanlah kami petunjukMU yang lurus dan yang haq.

Yaa ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkanlah hati kami padaMU.

Yaa ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Yaa ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.

Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepadaMU-lah kami berserah diri.

Yaa ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisiMU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepadaMU.

Yaa ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepadaMU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaanMU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .

Ya Allah sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dariMu juga.

Ya Allah Ya Tuhan kami terangilah cahaya pada hati-hati kami dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu buat selama-lamanya.

Ya Allah bukakanlah pintu kemenangan kepada kami dengan kemenangan yang nyata, kejayaan di dunia dan akhirat.

Ya Allah ampunilah dosa kami yang kami lakukan semenjak dari kami kecil lagi.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang terimalah taubat kami dan sayangilah kami.

Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami dan negara kami dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.

Ya Allah akhirlah hidup kami dengan Islam, akhirlah hidup kami dengan membawa iman dan akhirlah hidup kami dengan husnul khotimah.

Ya Allah limpahkan ketaqwaan kepada kami serta berilah kami istiqamah dalam ibadah kami.

Ya Allah berilah kami kesihatan yang baik agar kami dapat melakukan kesemua ibadah kami dengan tenang dan selesa.

Ya Allah jadikanlah kami melakukan semua ibadah kami dengan bersungguh- sunguh semata mata untuk mendapat keredhaan dan ganjaran Mu.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kemampuan dan kesungguhan untuk beribadah dan lindungi kami dari berbagai fitnah.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang.  Ampuni lah kami dan terima lah taubat kami


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِيْنُ… آمِيْنُ… آمِيْنُ… يَا رَبِّ الْعَالَمِين



~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

2 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.