15 Tips Murah Rezeki



Ingat bahawa nasib adalah sesuatu yang tidak dapat diramalkan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, dengan tindakan yang bijak dan usaha yang gigih, anda boleh meningkatkan peluang anda untuk mencapai lebih banyak berkat dalam hidup anda. Sentiasa bertindak dengan penuh integriti dan akhlak dalam perjalanan anda menuju "nasib baik" itu.

 15 Tips Murah Rezeki

15 Tips Murah Rezeki


1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.

2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.

3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.

4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.

5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!

6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.

7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.

8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.

9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!

10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.

11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.

12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.

13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).

14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.

15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri.


5 Zikir Pembuka Rezeki




Pastinya ramai yang tercari-cari cara untuk menambah pendapatan tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak. Berikut adalah beberapa petua yang boleh membantu anda meningkatkan pendapatan anda tanpa membelanjakan banyak wang:

13 Petua Meningkatkan Pendapatan

1. Berdoa: Doa adalah cara yang sangat penting untuk meminta pertolongan kepada Yang Maha Kuasa. Sentiasa berdoa dan memohon rezeki.

2. Bersyukurlah: Bersyukur dengan apa yang anda miliki sekarang boleh membantu anda menarik lebih banyak berkat. Jangan rasa tidak puas hati dengan apa yang sudah ada.

3. Perkongsian: Memberi kepada yang memerlukan boleh membuka pintu rezeki yang lebih besar. Apabila anda berkongsi dengan orang lain, anda mungkin berlipat ganda sebagai balasan.

4. Kerja Keras: Kerja keras adalah kunci untuk mencapai kejayaan dan meningkatkan pendapatan. Tingkatkan kemahiran dan pengetahuan anda, dan teruskan usaha untuk mencapai matlamat anda.

5. Belajar Melabur: Mempelajari cara mengurus wang anda dengan bijak dan melabur dengan bijak boleh membantu anda menjana pendapatan pasif daripada pelaburan anda.

6. Simpan dan Urus Kewangan: Rancang belanjawan anda dan urus kewangan anda dengan baik. Elakkan hutang yang tidak perlu dan uruskan hutang anda dengan bijak.

7. Jaga Kesihatan Anda: Kesihatan yang baik adalah aset yang berharga. Apabila anda sihat, anda boleh melakukan yang lebih baik dan memanfaatkan peluang yang timbul.

8. Pendidikan dan Pembangunan Peribadi: Teruskan belajar dan mengembangkan kemahiran anda. Pendidikan dan pembangunan diri boleh membantu anda mendapatkan pekerjaan yang lebih baik atau meningkatkan peluang perniagaan anda.

9. Rancang untuk Masa Depan: Buat rancangan untuk masa depan anda. Ini mungkin termasuk perancangan persaraan, simpanan kecemasan atau pelaburan jangka panjang.

10. Jadi Positif: Menjadi positif dan yakin boleh membantu anda mengatasi halangan dan mencapai matlamat anda.

11. Kekalkan Hubungan Baik: Hubungan baik dengan orang lain boleh membantu anda mendapatkan sokongan dan peluang yang boleh meningkatkan kekayaan anda.

12. Cari Peluang: Sentiasa cari peluang baharu untuk menambah pendapatan anda. Buka mata dan telinga anda kepada peluang yang mungkin timbul di sekeliling anda.

13. Kesinambungan dalam Pendidikan Agama: Pendidikan agama dan moral boleh membantu anda menjalani kehidupan anda dengan prinsip yang baik dan moral, yang boleh membawa berkat kepada hidup anda
.

Doa Agar Dapat Melunaskan Hutang




Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.

Sumber : The Tazkirah Iman

@telepesanbonda

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian bonde...menarik...

    BalasPadam
  2. Semoga org yg kongsi tips ni dapat pahala sebanyak mana amalan org yg amalkan tips ni..

    BalasPadam
  3. Sedekah, bersyukur, istighfar. InsyaAllah mudah rezeki masukm

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.