Resepi Oblong Kambing Simple Ramly Mart

Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Dekat sini ada peminat Oblong Kambing tak? Bonde memang suka makan Oblong Kambing nih tapi dekat area taman ni Oblong Kambing selalu habis dan jadi masalah kepada penjual tak buat Oblong Kambing sebab mahal.  Hari tu Bonde pergi Ramly Mart shopping beberapa barangan dapur selalunya akan beli daging burger, Oblong Kambing, kentang goreng, hotdog, daing kambing, roti burger, roti hotdog sos cili dan sos black papper dekat Ramly Mart sebab Kalau jadi member dekat Ramly Mart ianya akan dapat diskaun harga member, pada yang belum jadi member dekat Ramly Mart tu baik pergi sekarang.

Resepi Oblong Kambing Simple Ramly Mart

Oblong Kambing ni sedap makan masa berbuka puasa sama macam makan roti john, kalau bulan puasa mesti Kanda akan beli roti john ni.  Macam menu wajib ada masa bulan puasa.

Baiklah Bonde nak kongsikan Resepi Oblong Kambing Simple Ramly Mart.

Bahan-bahan :

2 keping - Daging oblong Kambing Ramly Mart
2  roti hotdog - Beli dekat kedai Aceh ( dekat Ramly Mart tak ada stok)
6 keping - hirisan timun
sedikit sos cili
sedikit sos lada hitam
sedikit mayonis
sedikit lada sulah
sedikit bajerin

Cara-caranya :

Panaskan pan letak sedikit majerin dan gorengkan daging oblong kambing hingga masak, daging boleh masak separuh atau penuh jika suka, Bonde masak separuh masak sahaja untuk tester lembut.

Kemudian sapu majerin pada roti dan panaskan atas pan.  Lepas tu letaklah hirisan timun, sos lada hitam dan daging oblong kambing atas daging letak sos cili dan tabur lada sulah.


Penyekkan sedikit roti hotdong tu untuk tester yang lebih lembut. Potong ikut saiz yang dikehendaki dan siap untuk dihidangkan dan bolehlah dimakan.



Selamat Mencuba semua.

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

3 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.