7 Menu Makanan Jalanan atau Street Food Sedap Di Pulau Pinang Wajib Makan

7 Menu Makanan Jalanan atau Street Food Sedap Di Pulau Pinang Wajib Makan Assalamualaikum dan selamat pagi, Hai reader semua, kali ini Bonde nak kongsikan pengalaman Bonde ke Penang dan pastinya apa yang nak Bonde Kongsikan ini ialah pengalaman menikmati makanan yang sedap-sedap di Penang.  Bukan apa semua negeri-negeri di Malaysia ini memang terkenal dengan menu masakan tradisionalnya.  Begitu juga tarikkan yang ada di Penang.  Sejak PKP yang lalu memang ramai rakyat Malaysia support saranan kerajaan dengan #dudukrumah apabila kerajaan telah memberi kebebasan rentas negeri ramai yang rindukan nak bercuti sambil Jalan-Jalan cari makan, menu-menu yang ada terbayang masa PKP semua nak makan lepas PKP jadi "mood jjcm pon on"

Bonde sendiri, kalau rancang ke Penang akan senaraikan tempat nak pergi makan terlebih dahulu.  Bukan apa sekali jalan bercuti pergilah tempat makan yang sedap.  Bila rindu nak makan makanan tu rancang dengan family balik untuk pergi.  Sekurang-kurangnya bercuti yang dirancang awal lebih tersusun bajet dan jimat. Sebab utamanya kita merancang awal ialah penjimatan.  "sedar diri bukan level kayangan" 


7 Menu Makanan Jalanan atau Street Food Sedap Di Pulau Pinang Wajib Makan


1. Tammin Pasembur Rojak Sotong

gambar ehsan google












Bonde memang suka makan Pasembor, Kalau ke Penang Bonde suka makan dekat Tammin Pasembur Rojak Sotong sebab dekat sini Pasemburnya lain dari yang lain kuahnya pekat dan yang menariknya ianya dibanjiri oleh sambal sotong, sedap gabungan kuah rojak yang manis dan sambal yang pedas memanbg padu rasa dia.
Lokasi: 
No.5, Gurney Dr, Georgetown, 10250 George Town, Penang, Malaysia
Waktu Operasi : 
Setiap hari, 4.00 ptg - 11.30 mlm

2. Sani Char Kuey Teow, Bayan Baru

gambar ehsan google

Kalau ke Penang Bonde memang akan singgah di Sani Char Kuey Teow di Bayan Baru untuk menikmati kesedapan Char Kuey Teownya.  Makan semasa Panas  fuhh memang terangkat.  Yang menariknya lagi tentang Char kuey Teownya adalah kerana kuahnya yag pekat. Bila kuah pekat, bertambah padulah rasanya. Di dalam sepinggan hidangan Char Kuey Teow specialnya juga lengkap dengan udang, kerang dan telur. Mesti cuba!

Lokasi : 
Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi : 
Setiap Hari Kecuali Selasa (6.30 pm – 3.00 am) | Selasa (Tutup)

3. Laksa Pokok Jangus Kampung Perlis



gambar ehsan google

Kalau pergi Penang memanglah kena makan dan cuba Laksa! Kesukaan Bonde Laksa Pokok Jangus Kampung Perlis ini memang popular, selain tu ABC nya pon sedap anda harus cuba.

Lokasi : 
Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang

Waktu Operasi : 

Setiap Hari Kecuali Rabu (3.30 pm – 8.00 mlm) 

4. Nasi Kandar Beratur Original

gambar ehsan google
Keistimewaan nasi kandar yang dihidangkan di sini terletak pada kuah karinya yang dihasilkan dengan menggunakan bawang dan rempah kari giling yang banyak.

Untuk menyempurnakan hidangan nasi kandar yang telah dilimpahkan dengan kuah kari yang beraroma mengancam ni, anda boleh memilih daripada 15 pilihan lauk-pauk yang ada seperti kari kepala ikan, kari ayam, ayam ros, rendang daging dan banyak lagi.
Lokasi :
A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

Waktu Operasi :
Setiap Hari (6.15 am – 1.30 pm)


5. Mee Sotong Hameed Pata



gambar ehsan google


Anda mesti cuba tau, kalau nak cuba makanan goreng-goreng yang panas haruslah datang dekat sini, Bonde memang suka makan masakan panas-panas, datang awal kalau lambat memang kena beratur lama dan jangan datang time 'lunch' memang penuh semua tempat maklum Medan selera.


Lokasi :
Medan Selera Fort Cornwallis, Padang Kota Lama.

Waktu Operasi :
Setiap Hari  Kecuali Hari Ahad (12.00 am – 8.00 pm)


6. Sup Hameed Dan Roti Benggali



gambar ehsan google


Salah satu makanan Panas anda perlu cuba.. Sup terkenal di Penang iaitu Sup Hameed



Dekat kedai Sup Hammed ni ada pelbagai jenis Sup antaranya ialah Sup Ayam, Sup Daging, Sup Lidah atau Sup Perut.  Bonde suka Sup Daging dan Sup Perut memang sedap cicah dengan roti benggali, Datang waktu malam, makan sup panas-panas segar rasa! 


Semua jenis menu sup akan dihidangkan dengan roti benggali, memang terangkat kena oder roti extra hi hi hi

Lokasi:

No.48, Jalan Penang, 10000 George Town, Penang.

Waktu operasi: 

Dibuka setiap hari, 24 jam.

7. Penang Road Famous Teochew Chendul


gambar ehsan google

Anda kena try cendol ni, Penang Road Famous Teochew Chendul ni memang sangat popular di George Town, Gerainya terletak di tepi jalan sahaja.  mengekalkan tradisi membuat cendol yang lama. Tidak hairanla ramai pelanggan beratur untuk menikmati Cendol ini, (hrrmm kalau Bonde yang minum, memang tak cukup semangkuk kasi tambah satu mangkuk lagi.

Lokasi :
Jalan Penang, 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi :
Isnin-Ahad 1030am-7pm



Faedah Merancang Perjalanan 


Dengan merancang banyak faedah yang kita dapat antaranya:

i.  Kalau dah tahu lokasi kedai tu dekat mana? jimat masa dan minyak kereta nak menuju ke lokasi.

ii. Harga makanan kedai tu mahal atau murah? masih dalam bajet kita atau tidak, kalau dah tahu mahal tapi teringin boleh asingkan bajet terlebih dahulu dan tak semua makanan harganya sama contoh nasi kandar ada macam-macam pilihan lauk Daging, Ayam, Ikan dan Makanan laut.  Semua harga makanan tersebut ikut harga pasaran ada mahal dan ada murah.  Jadi sediakan wang tunai secukupnya.

iii. Kedai Makanan sedap dan viral salah satu sebab kita "repeat" nak datang makan dekat situ.


Food Delivery Penang


Tapi sekarang kalau anda bercuti dekat Penang bawa family, duduk hotel atau homestay, nak "spend time" dengan family malas nak pandu kereta redah kesesakan jalan raya, lepas tu kena berpusing-pusing mencari parking kosong tapi tak ada... penat dan stress jadinya, Dah jumpa parking, kena keluar duit bayar parking..pulak.... untuk keluar makan bukan apa Penang sekarang pun tengah ramai pelancong datang. 

Jadi anda yang nak pesan makanan-makanan yang popular dan viral masa pergi bercuti di Penang. Klik jer link Food Delivery Penang makanan terus sampai di hotel dan homestay yang anda sewa untuk bercuti tu,  Makanan ampai boleh bergembira makan dengan family.

Banyak faedah yang dapat.. dengan cara ini dapat jimat masa, dapat jimat minyak dan dapat jimat tenaga...berganda-ganda "dapat" Boleh lepak-lepak layan isteri dan anak-anak mood cuti on! dan boleh bergembira dengan family setelah lama berkurung dirumah selepas PKP.

Selamat Bercuti.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

24 PEMBERI ULASAN

  1. antara semua ni feveret rina mee sotong tu. Serius sedap selalu makan kalau pi area padang kota sana.

    BalasPadam
  2. betul..kalau husben saya, memang food panda la jawabnya. dia memang tak suka pi tempat makan yang ramai benor orang pas tu parking susah.

    BalasPadam
  3. Mee sotong dgn cendol tu mengiurkan..hehe..btw tak pernah pg ke penang ni...entah bila nak berjalan sana..

    BalasPadam
  4. Wah sedap semua list makanan tu Bonda. Ada yang pernah Kak Sue rasa dah masa pi Penang dulu..

    BalasPadam
  5. sedap2 nya semua nya tu. aduh dah lama tak pergi penang ni. lasti pergi sempat makan nasi kandar je. nak rasa jugak menu [popular yang lain

    BalasPadam
  6. Rawlins kalau balik Penang memang wajib pergi makan cendol dan sup Hameed tu. Macam mana pun keadaan mesti kena pekena, sekali pun jadilah.

    BalasPadam
  7. semua sedap.. kalau g penang wajib cuba nie

    BalasPadam
  8. Sup Hameed tu ya ampun sedapnya.. Hahaha... Tetiba rasa nak g Penang skrg jugak

    BalasPadam
  9. Ya Allah, lapar terus tengok gambar makanan ni. Singgah penang nanti boleh pi. Shad pun suka pasembor.

    BalasPadam
  10. Kalau pegi penang Lya suka makan Pasembor .. Sedap dan macam2 pilihan yang ada..

    BalasPadam
  11. Penang mmg heaven dengan makanan kan. Syurga makanan. Menu yang bonda share semua nampak sedap. Sampai penang kena cuba ni.

    BalasPadam
  12. Tak pernh makan yang lain.. Dulu dtg pennag makna pasembuq je.. Lain belum rasa.. Nak kene dtg penang la rasa semua ni.. Mesti sedap

    BalasPadam
  13. Tak pergi lagi penang. Ramai dah kawan share sana macam macam kene try makan. Makan sana sedap. Food street paling best tengok. Loghat sana saya boleh cakap heheheh. Senang la gi sana nanti.

    BalasPadam
  14. Haa... jenis artikel macam ni paling best Kak untuk dibaca. Time time travel pun kadang tak ada kan nak pergi mana, makan apa... Time tu, confirm google. Maklumlah...internet dihujung jari zaman sekarang ni kan kak.

    BalasPadam
  15. Semua tmpt AM bonde listkan AM dah pergi.. Anak jati Penang la katakan.. Kalau blk kg mmg jadi salah satu destinasi utk AM menjamu selera dgn anak2..

    BalasPadam
  16. Bestnya penang!!! Kebanyakan makanan dlm list tu saya dah cuba, yg belum cuba tu, tak sabaq nak p try kat penang! <3

    BalasPadam
  17. Rindu nak pegi sana. Tak puas lagi merasa macam2 makanan femes. Tengok semua menu ni rasa nak pegi skrang je. Haha

    BalasPadam
  18. Alahai bonde.. sedapnyaaa semua..
    terbayangkan char keteow tu.. laksa.. halah halaaah..
    tergugat pulak..

    BalasPadam
  19. wahhh tengok gambar semuanya menarik..nampak sedap and menyelerakan sungguh..
    hari tu iena g penang sempat pergi Penang Road Famous Teochew Chendul je.. Next time boleh cuba yg lain :)

    BalasPadam
  20. Sani Char Koey Teow tu memang terbaikkkk... Suka sangat kalau dapat ke Penang lagi... Maklumlah dulu belajo kat sana, memang heaven makanan sangatttt...

    BalasPadam
  21. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    BalasPadam
  22. Boleh save post ni, nanti ke Pinang nak try semua. Hehe... terluir tengok!

    BalasPadam
  23. Oh yessss! Penang memang banyak street food yang best best and wajib makan.

    BalasPadam
  24. bulan 8 nnt nak p penang.. hehheh tpt jatuh lagi dikenang... mmg projeck JJCm

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.