Resepi Sotong Masak Ala Thai Yang Simple

Resepi Sotong Masak Ala Thai Yang Simple  Assalamualaikum dan Selamat petang.. Hai reader semua, Ada tak peminat sotong..dikalangan pembaca Blog Bonde, sudah cuba sotong masak thai, Bonde pun dah cuba, disebabkan musim PKPB ada bahan tak cukup tapi tekak dah teringin nak makan Sotong Masak Ala Thai, Jadi terus jer buat dan... Ini adalah resepi derhaka dari Bonde... Yang penting suami dan anak kata sedap! teruja nak repeat resepi ni nanti... Kalau anda nak cuba pun boleh sahaja gunakan apa yang ada dalam peti sejuk tu... jangan keluar sesuka hati walaupun sekarang PKPB.


Resepi Sotong Masak Ala Thai Yang Simple





Resepi Sotong Masak Ala Thai Yang Simple


1/2 kg sotong (potong bulat dan bersihkan)


1 biji bawang besar 
(dihiris)

4 ulas bawang putih 
(dihiris)

8 biji cili padi (dihiris)

2 sudu jus limau nipis

2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)

2 sudu sos thai

1 sudu besar gula melaka

3 batang serai (dihiris)

Sedikit daun ketumbar




Cara-caranya:

1. Rebus sotong seketika. Ambil sedikit air rebusan (Bonde buat versi berkuah),  toskan sotong.

2. Bonde hiris-hiris cili padi dan bawang besar, bawang putih kasar-kasar sedikit (kalau nak halus bolehlah tumbuk).

3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula melaka, sos ikan dan jus limau nipis tadi. Masukkan cili api dan serai yang telah dihiris, gaul hingga sebati.

4. Masukkan daun ketumbar. (Stok ada sikit jer)..  Gaul rata.

Sedia untuk dinikmati.


Tips : anda boleh tambah tomato untuk menu nih, Bonde tak masukkan sebab tak ada stok dalam peti ais.


Selamat Mencuba!

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

0 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.