Teratai Cantik Berpenunggu ! Jangan Diganggu.

Teratai Cantik Berpenunggu ! Jangan Diganggu. Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua, kisah benar ini hendak Bonde kongsikan sudah lama, tapi tidak tercipta entri untuk tajuk ini, masa PKP ini sesuai rasanya untuk Bonde throwback balik kisah Teratai Cantik Berpenunggu ! Jangan Diganggu.... Kejadian ini berlaku tahun lepas masa tu Bonde memang sangat aktif berjoging lepas waktu pejabat, lokasi joging tidak jauh mana? hanya bersebelahan pejabat Bonde sahaja.  Kisah ini juga Bonde berhasrat ingin kongsikan di ruangan kisah seram "Fiksyen shasha" tapi masih belum berkesempatan menulisnya disana.  Bonde ingin kongsikan pengalaman Bonde bersama pembaca blog Bonde terlebih dahulu.

Teratai Cantik Berpenunggu ! Jangan Diganggu.





Satu petang Bonde dan kawan telah bercadang nak joging, tapi disebakan ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan, kami berdua agak lewat keluar pejabat untuk joging, masa ni juga Bonde nak sudahkan virtual run yang Bonde dah daftar dekat facebook, memandangkan waktu pada petang itu menunjukkan hampir jam 6.00 petang, virtual run yang Bonde daftar 3 km sahaja, nak selesai 3 km memakan masa juga sebab Bonde bukan total berlari kalau dah penat ku bantai jalan nanti. Untuk virtual run ni syaratnya tak kisah pun berapa jam kita ambik masa untuk selesaikan berlari yang penting hanyalah screenshoot pedo pic kita, bila selesai/goal 3 km tu.. jadi timing kita boleh set sendiri jadi tak kisahlah kita nak jalan atau nak berlari.  Bonde pun join sebab suka-suka sahaja bukan ada target tertentu... cuma masa tu nak maintain kesihatan jantung dan untuk maintain kecergasan mental dan fizikal.  Sambil berjalan, Bonde berborak dengan kawan, Bonde cakap dengan dia yang Bonde suka tengok bunga teratai berkembangan, cantik sangat!  Bonde ada bagi tahu dengan kawan Bonde yang nak tengok teratai nanti masa nak balik dan kawan Bonde setuju dan kata ok, dia cadangkan pergi tengok dari atas jabatan seberang sana, lalu menunjukkan arah jabatan tersebut. Katanya dekat situ ada banyak pokok teratai sudah berkembangan memang cantik-cantik.

Kisahnya... terjadi pada pusingan terakhir, Bonde dan kawan  sampai dekat atas jabatan dimana yang dia tunjukkan tadi, tempat yang boleh tengok teratai dengan lebih dekat, masa tu Bonde sempat tengok jam dekat handphone waktu pada tu sudah jam 7.00 petang, maksudnya kami sudah menghampiri waktu senja.  Masa berapa diatas jabatan terdapat tiga orang kaum India, seorang dewasa lelaki dalam lingkungan belasan tahun, seorang wanita dalam lingkungan lima puluh tahun dan seorang kanak-kanak dalam lingkungan lima atau enam tahun.  Masa kami tiba diatas Jabatan, Bonde sempat tengok apa yang mereka sedang buat, rupanya... mereka sedang bagi kura-kura makan.  Tapi apa mereka bagi makan dekat kura-kura tu? bila Bonde dekati mereka... rupanya dibagi putik bunga teratai yang belum berkembang yang masih muda, mungkin bahagian tu lembut dan kura-kura suka.  Tak lama mereka bertiga pun berlalu meninggalkan kami berdua diatas jambatan.  Bonde pun gembira dapat tengok bunga teratai ada yang sedang berkembangan dan masih banyak yang baru berputik... cantiknya suasana tu.. suka sangat Bonde tengok.  Adalah sempat juga Bonde ambik gambar bunga teratai masa tu.




Sedang kami asyik melihat bunga teratai dekat sekitar jambatan tu, kura-kura tadi seakan mengekori kami dan menunggu kami beri makan.  Bonde cakap dekat kawan, "eh jom kita bagi kura-kura makan kesianlah macam lapar je kura-kura ni".  Kawan tanya nak bagi makan apa? Bonde cakaplah dengan kawan Bonde, apa yang Bonde nampak india tadi bagi makan putik bunga teratai.  Lalu kawan Bonde pun carilah putik bunga teratai tu... dekat sekitar tempat kami berdiri, tapi malangnya tak ada pulak yang dekat untuk dicapai... dan sempat Bonde menoleh kearah jam handphone masa tu dah menunjukan jam 7.15 petang, makan masa pulak nak dapatkan putik teratai, semuanya ada  dekat tengah-tengah tasik.. gigih jugaklah Bonde dan kawan mencari dekat ceruk-ceruk tepi tasik tu... jam menunjukkan 7.20 petang tanda sudah senja tau... (kami ni pulak galak bagi makan dekat kura-kura) dan akhirnya jam 7.25 macam tu selesai kami berdua bagi makan pada kura-kura tu... seronok pula tengok kura-kura tu makan berebut-rebut macam lapar sangat , kebulur tak makan.... leka jugalah kami masa tu... tiba-tiba tertengok jam dah pukul 7.30 petang... cepat-cepat Bonde ajak kawan balik... dalam perjalanan balik tu Bonde masih bercerita tentang kura-kura dan teratai tadi.  Kami plan esok-esok nak datang bawa roti nak bagi dekat kura-kura.  Sambil ketawa-ketawa seronok bagi kura-kura makan.  Memang tak fikir apa?




Apa yang terjadi pada Bonde malam itu???

Seperti biasa selesai tengok tv dan update blog, Bonde akan masuk tidur sekitar jam 1.00 pagi atau 1.30 pagi.   

Bonde alami mimpi ngeri dan seram...

Tiba-tiba... Bonde berada didalam air, diatas Bonde pula penuh dengan akar-akar poko eh, aku dekat mana ni? 

Penat Bonde nak naik kepermukaan air, tapi seperti ada yang menolak Bonde ke dalam... Bonde menjerit meminta pertolongan tapi seakan ada yang menolak ke dalam, Bonde di tenggelamkan oleh akar-akar pokok tu... pada masa itu Bonde terus teringat yang petang tu Bonde beri kura-kura makan putik bunga teratai. Puas Bonde meminta tolong tapi tiada yang mendengar... Bonde tarik akar-akar tadi, tapi semakin ditarik, semakin banyak menutupi Bonde, Ya Allah macam mana nak keluar ni? masih sempat lagi Bonde memikirkan cara nak selamatkan diri... padahal rasa nak lemas dah masa tu, nafas pun dah tercunggap-cunggap.... semakin banyak air tasik telah Bonde telah.  Bonde cuba sedaya upaya nak melepasi akar-akar pokok bunga teratai tu... semakin lama semakin sesak akar-akar yang menghalang pula semakin banyak.

Nak tahu tak? anda rasa apa berlaku pada Bonde? selepas itu...

Untuk makluman anda semua, cerita ini bersambung part 2 tau, stay tune To be continue part 2, apa yang terjadi dalam mimpi Bonde dan hari-hari seterusnya... jeng-jeng... 


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

6 PEMBERI ULASAN

  1. Balasan
    1. Memang seram bagi yang terkena memang terkesan diatas kejadian itu

      Padam
  2. Ala bonde... Dok syok baca ada plak sambungan.. Cepat sikit bonde.. X sabar nak tunggu sambungan ni

    BalasPadam
  3. Laa, saya ingat saya je ada mimpi macam tu, rupanya bonda pun kena juga.
    Saya paling suka melastik bunga teratai kat sebuah tasik di Perak. Masa ni saya kecil lagi, kira-kira 30 tahun lalu. Satu kepuasan bila dapat pecahkan bunga tu dari jarak jauh.
    Tapi malam tu, memang tak lena tidur. Ada "tuan puteri" datang marah-marah kerana rosakkan bunganya dan dia minta ganti. Saya tak boleh ganti, tapi saya saya cakap minta maaf sesangat dan janji tak buat lagi. Saya kan budak, bukan tahu ada penjanganya. Esoknya sebagai "Janji" kat Tuan puteri tu saya campakkan lastik kesayangan saya ke dalam tasik.

    Malam berikutnya....
    Ingatkan dah selesai...
    Tuan Puteri datang lagi. Dia minta syarat lain pulak..
    Eh melampau betulkan Jin ni kan, memang "payah bawa berunding"
    tahu apa diminta!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang dia minta? seram kan.. bila menuntut janji...

      Padam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.